Wednesday, December 31, 2008

* Entri khas *

Ya! Entri khas!

Entri ini cik nemo mahu tujukan buat bestie cik nemo, sis Ain Zalikha Razali a.k.a Megi yang menyambut ulang tahun kelahirannya semalam. Cik nemo memang nak post entri ni semalam, tetapi jadual agak sibuk. Moh cik nemo ceritakan kronologinya:


Malam 29hb, cik nemo online, tapi invisible to sis Ain, sbb nak buat ucapan kejutan for her. Cik nemo dah nampak statusnya, mengira detik memasuki alam 22. Haihh..orang dah lama 22, die baru nak masuk tuh ;p kemudian 10.30p.m abah sampai dari Melaka. Cik nemo ke depan, menyambut kepulangan..kemudian bersantai-santai depan TV..sehinggala cik nemo masuk ke bilik untuk menanti jam 12 tgh malam. Tapi...akhirnya...cik nemo ter "zzZZzzz" :(


Fine! Cik nemo akan call die kat opis! Bangun pagi, bagi makan Kiki Lala..lepas tu ke opis. Menyelesaikan segala tugasan yang ada, dan tiba2 cik nemo nampak 2 kereta masuk di parkir kereta. Salah satu kereta cik nemo kenal.. En. Saiful! Eh buat ape pulak datang die ni.. sempat juge bersembang skejap..tapi kedatangannya adalah kerja, bukan bersembang ngan cik nemo ;p Lepas tu, pukul 12.30p.m umie kol, program nye di skolah dah selesai..jadi cik nemo kene amek umie. Dah alang2 dekat kul 1, bantai aje kuar ;p Balik2, cik nemo terima mesej dari Fideq, berkenaan hal subjek elektif next trimester. Haa..kalau citer ni panjang nie..nanti cik nemo ceritakan di entri yang lain. Ini kan khas nie ;p


Jadi, cik nemo dapat satu idea, alang2 untuk bgtau hal yang dibincangkan dgn Fideq kat sis Ain, cik nemo meneruskan niat mencelah-celah utk call die! Lepas lunch hour, cik nemo menekan-nekan nombor sis Ain, salah satu nombor xberjaya dihubungi, cuba untuk second number, dan yes!! Suara yang ditunggu-tunggu kedengaran di corong telefon. Dah bersembang-sembang..cik nemo xlupe tujuan asal, untuk mengucapkan ucap selamat buat si sahabat yang dikasihi. Cik nemo mintak tolong die merangka-rangka surat untuk di'appeal'kan kat Assc. Dean, Dr.Khoo..die agak keberatan pada mulanya, dan tiba2:


sis Ain: Adekah ini tugasan buat hari jadi saye?


Adehhhhh~ Belum sempat cik nemo nak buat surprise! Cepat betul die pintas! Haaaihh..xjadi rancangan..ingtkan die lupe ;p Apa-apa pun, cik nemo doakan yang terbaik buat kamu yeh, dan semoga our friendship is last forever!


Ain Zalikha antara sahabat cik nemo yang agak rapat. Dialah seorang insan yang xpernah nak ambil tau hal remeh kwn2..membuatkan dia seorang yang natural, no bias to anyone! Die seorang yang sangat confident dengan dirinya dalam apa jua yang ingin dilakukan tanpa mengambil kire apa kate org! Nak makan banyak sampai 2 pinggan nasi ayam kat kedai abg Zul, die makan aje, pedulik dgn org! Kerana kekonfidenan nye, die berjaya menjadi seorang emcee yang cik nemo kire agak brilliant. Dan untuk mengumpul kekuatan diri sebelum beraksi di pentas, cik nemo akan menemaninya bermain badminton disambut sorakan 'beruk2' makyeh kat ostel tuh, ngok ngek! Ditambah lagi, dielah teman cik nemo dikala aktiviti hiking mencelah di waktu2 free kami..huuu takot woo pegi sesorang, monyet2 banyak sekali! Sampaikan uncle2 yg selalu hike akan tertanya-tanya bila xnampak muka kami untuk sekian lamanya. Ain Zalikha juga rajin mengajak cik nemo berjalan-jalan..pusing2 di bazaar Ramadhan ;p aaaa..teringt popia basah yg sodap!


Pendek kata, dia seorang yang happy go-lucky, dan kurus! ;p Here it is, my wishes to you ;)


Middle age is when you've met so many people that every new person you meet reminds you of someone else. Your life is a gift from the Creator. Your gift back to the Creator is what you do with your life. Selamat hari lahir sahabatku!!

Tuesday, December 30, 2008

* Tahun baru *

Salam hijrah untuk semua pembaca budiman,

Semalam, semua orang bercuti umum, kerana menyambut tahun baru Islam. Mungkin cuti umum itu ditunggu-tunggu, tetapi intipatinya dilupai umat. Setiap saluran di televisyen memaparkan tazkirah-tazkirah, perbincangan mengenai Maal Hijrah. Dan, dikala itu kita dapat lihat pengacara yang tidak bertudung, bertudung di kala dan saat itu sahaja. Buat apa?? Tidak terbit rasa insaf, tudung yang dipakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Tidak merasakan kehinaan diri dan banyak berdosa dengan Tuhan mahupun manusia. Tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan kecil yang memang mampu kita laksanakan. Tudung dipakai hanyalah kerana melaksanakan arahan dan tugasan yang diberi producer kononnya sekadar menghormati hari mulia ini. Tidak pula terfikir untuk melaksanakan perintah dan amanah Tuhan. Ditambah pula slot-slot bagaimana menggayakan tudung-tudung yang sudah sedia maklum berbagai fesyen di abad ini. Tipulah sekiranya tidak terbit rasa bangga di hati tatkala berjaya menggayakan fesyen-fesyen tersebut. Walaupon bertudung, riak semakin membesar dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah, terasa tudung kitalah yang paling cantik, sofistikated, up-to-date, ada kelas dan sebagainya. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Tiada langsungkah perasaan kekerdilan dengan jasad yang dipinjamkan ini? Kerna itu kadang2 terbit dalam hati, "baik toksah pakai tudung kalo camtuh! buat malu jek!" Nilai tudung sudah dicemari dengan orang-orang sebegini.


Walau apa-apa sekalipon, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap Muslimah. Samada baik atau tidak akhlak seseorang itu, itu adalah antara mereka dengan Allah. Kerna itu, persoalan yang terbit tadi cik nemo cuba buang jauh-jauh. Tidak wajar rasanya mengatakan si A itu walaupon bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran itu adalah satu dosa, tidak menutup aurat adalah satu dosa lain. Cuma bila begitu, sedikit mencemarkan imej Islam itu sendiri. Mungkin ada yang berpendapat, "aku ni belum sampai seru, belum cukup baik untuk pakai tudung, nanti aku pakai tudung, aku buat perkara bukan2, kan ker parah tuh". Tidak bermakna akhlak belum boleh jadi molek tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, kesilapan diri boleh diperbaiki dari masa ke masa. Tudung di luar, tudung di dalam juga (hati) ;)


Tanpa kita sedari, orang-orang bukan Islam mungkin tawar hati untuk masuk Islam dek sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum hakam Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Cik nemo mengeluarkan pendapat ini kerana cik nemo pernah berada di dalam situasi di mana keluarga besar cik nemo pernah menerima seorang saudara baru satu saat dulu.


Maisarah Mei: Kenapa perlu pakai tudung? Kenapa ada saja orang Islam yang tak pakai tudung? 


Itulah persoalan yang dilemparkan bilamana dia tau, seorang yang dah memeluk Islam wajib  memakai hijab. Di waktu itu cik Fadhilah mengeluarkan hujah2 nya memandangkan umur cik nemo dikala itu boleh dikata masih hingusan. Nak mengeluarkan pendapat, ilmunya kecil sangat. Bukan sekadar itu, umat Islam sendiri yang sudah mula mahu berjinak dengan pemakaian tudung kadangkala mematikan niat kerana kerenah yang tidak molek dari si pemakai. Tetapi, mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih! Cik nemo agak gentar untuk mengeluarkan bibit bicara mengenai peralihan budaya ini, kerna cik nemo sendiri juga belum cukup mantap perilakunya. Hanya sekadar memberi peringatan buat diri sendiri yang kadangkala lagho dalam kehidupan seharian. Maaf dipinta sekiranya menyinggung mana-mana pihak. Tidak terdetik dalam hati cik nemo untuk menuju kepada mana-mana pihak, semua ini datang pabila cik nemo melihat sendiri keadaannya. Cik nemo selalu mengingatkan diri sendiri, semuanya bermula dari sendiri kerna kitalah agen pengembang agama!


Haaa..cik nemo lupa nak cerita, perihal kedatangan Cik Lie sekeluarga di teratak cik nemo Ahad yang lepas. Kedatangannya membawa tokki dan tokwan berjalan-jalan ke rumah cik nemo. Pagi2 lagi cik nemo telah diberi tugas untuk keluar membeli laksam, sebagai juadah untuk tamu yang jauh. Di waktu ptg, cik nemo menjadi pemandu pelancong buat mereka pusing2 Kuantan ditemani hujan yg agak lebat. Mereka mengambil keputusan untuk pulang ke Kemaman lepas magrib. Semua berjemaah bersama diimamkan tokki selepas azan dilaungkan. Kami juga turut mengaminkan doa awal tahun yang dibaca tokki dalam keadaan yang tenang. Selamat berhijrah semua! Bagi cik nemo, hijrah bukan sekadar tunggu waktu dan tika ini, malah hijrah boleh dilakukan setiap hari!

Monday, December 29, 2008

* Kiki Lala *

Haaa..sekarang cik nemo dah bley ceritekan kenapa cik nemo ditinggalkan itu ari..abah ke Kemasek untuk amek haiwan peliharaan baru - ANGSA! Itulah surprise kami untuk nadiah ngeh3..masa abah mengeluarkan hasrat hatinye untuk bela angsa, cik nemo dah gerun dek teringt mase2 kecik2 selalu takut dikejar angsa kat umah tokwan. Mau tak takut, disudunye kalau nmpak org yg xdikenali! Cik nemo slalu menyorok blakang Acik Yatie, Ateh ataupon Cik Fadhilah ;p Nanti cik nemo ceritakan kerenah angsa cik nemo yg diberi nama - Kiki dan Lala ;D lain halnye, cik nemo xtakut, tapi cik nemo syg!! Malas dah nk main2 ngan ayam ;p Opps, jap lagi nk ke rumah Adli, ade cukur jambul anak sedarenye..cepat2!


Again..hari ni cik nemo ditinggalkan bersama ucop, abah ke Melaka antar Nadiah. Umie, Yayah dan cik Hasanah menjadi penumpang setia. Bwk cik Hasanah sbb die belum pernah sampai tpt belajar cik nemo tuh. Acik Yatie, Ateh ngan cik Fadhilah dah pernah berjln2 ke sana. Next time abah nk bawak tokki ngan tokwan pulak ;) Cik nemo rase, tokwan kalo pegi, habes disapu beg2 rotan kat gerai2 tuh.



Jumaat lepas cik nemo diberi kebenaran oleh bos untuk bercuti ;D Mmg cik nemo nk bgtau bos, sbb tgh hari jumaat ada kenduri tahlil di Kuala Terengganu untuk sebelah abah. Jadi, adek beradek abah kebanyakan balik, tak terkecuali kami. Jumaat pagi, kami mcm biasa 2 buah kereta bertolak dari Kuantan dan bersarap di Balok. Kemudian cik nemo beralih kereta ke kereta abah sbb Nadiah ngan Yayah nk transit di Kemaman, dan kami meneruskan perjalanan ke KT. Pohon kelapa melambai-lambai sepanjang perjalanan kami..maklumlah, menyusuri Pasific Ocean..lepas tuh, agak jammed biler melalui kawasan masjid tuan guru Haji Hadi, jumaat..pastinya ade ceramah. Lebih kurang pukul 11a.m lebey, kami tiba di KT. Majlis tahlil start lepas jumaat, jadi kami membedal ape2 yg patut dulu ;p Lepas tu kami singgah di rumah Pak Alang, merehatkan diri, mewangikan diri setelah berpeluh satu ari dan solat. Mak Alang sedia mkn ptg pulak! Adeeii..byk betul mkn! Apelagik, rezeki jgn ditolak! ;p







Tepat pukul 6p.m kami bertolak dari umah Pak Alang. Di pertengahan perjalanan, hujan turun rintik2..dah bulan 12 ni..ujan ajelah pantai timur. Dan..dikala itu, cik nemo menyaksikan satu pemandangan sgt indah!




Kami berenti di Dungun umah Su Nor untuk menunaikan solat Magrib dan Isyak. Lepas tu kami bertolak ke Kemaman untuk bermalam di sane. Otw ke Kemaman, cik nemo terlelap, sedar2 dah depan umah tokki. Cik nemo mamai2, bersalaman dgn sume yg ade, termasuklah family Cik Lie yg baru tiba dari KL. Esoknya, cik nemo ikut abah ke umah Tok Chik Berahim tgk angsa belaannya. Fuuhh! Garang! Xjadik amek ;p Lepas Zohor, abah balik ke Kuantan dulu ngan Umie dan Ucop. Sebabnye, cik Hasanah nk drive keretanye sendiri. Jadi cik nemo diberi taklimat xformal oleh Nadiah selaku pengerusi:
Nadiah: Along, mung ngan Yayah satu kreta, aku ngan cik Hasanah satu kreta, boleh?
Cik nemo: Okie aje!

Kami sampai umah lebey kurang 6 petang. Hujan yg mcm xmau berenti menyebabkan kami bertolak lambat. Lepas tuh tgh jln tibe2 cik Hasanah masuk Shell, cik nemo pon belok sekali lah, rupe2nye, nak basuh kaki sbb kene ketik nyamuk! Ahahhahahaa~ Dalam kereta pon nyamuk nk menggatal~

Wednesday, December 24, 2008

* Swan *

Haaaa...tgh ari tadi cik nemo lewat stengah jam! 2.30p.m baru masuk opis balik..huuuu..semput2 cik nemo tatkala melabuhkan punggung di kerusi opis ni. Mauk2 jek Pakcik Bakri dah bising2 dek sbb cerita dongeng Indonesia tiap2 ari tuh..ape lagik, ketawe jek lah tgk si gergasi2 dalam tibi tuh.


Cik nemo balik jer tgh hari tadi, nampak kereta tokki. Aik...xder dgr pon kate nk dtg. Rupe2nye ayah teh Ma ngan putera2 die dtg. Umie pulak xbalik skolah lagik, mesyuarat. Dah nk bukak skolah ni..mesyuarat aje lah..cik nemo dah pk2, cam mane niee..dieorang sure mkn tgh hari di rumah cik nemo. Abah tibe2 balik dari pasar, bwk balik ikan..kembung ade, selar ade, aya ade, udang pon ade! Cik nemo kerling ke arah jam, 1.15p.m! Sempat ker nieee~ Dgn semua belum bersiang. Cik nemo trus tukar uniform, mau menghanyirkan diri. Naseb baik ader Yayah..bley bantu cik nemo yg berperang di dapor..mengejar masa..kerna itu, 2.30p.m cik nemo baru tiba di opis ehehehehe, dan cik nemo sendiri xsempat mkn pon~


Ahad lepas, cik nemo terima sms dari kawan lama cik nemo di T.I. Cik nemo tgk2, eh, Taufiq! Ketua class cik nemo mase cik nemo di 4Elektrik1.


Taufiq: Aku kat Kuantan ni!


Cik nemo ape lagik, menyoal siasatlah ketua kelas cik nemo tuh, maklumlah, dah 5 tahun xjumpe, xsangke die ingt lagik cik nemo ni. Al-maklumlah, dulu2 selalu buli cik nemo, agaknye tuh ingt tuh. Dolu2 cikgu selalu ckp, kelas 4E1 ni bagus..ade Taufiq wal Hidayah. Lengkap. Ahahahhaa..lucu jugak kalau diingt2kan..buli2..gaduh2..pastu merajuk..Taufiq laa..bkn cik nemo ;p Lepas asar, cik nemo ajak Amin teman cik nemo ke pantai Batu Hitam untuk bersua muka dgn sahabat yg telah lame terpisah..ABC gelas beso menjadi hidangan utama kami. Haaa! Kami terlalu excited bersembang, sampai lupe nk snap gambar. Kalau tak, boleh cik nemo paparkan gambar si "Jun Sang" ni. Panggilan tuh, diberi oleh cikgu Yatie sbb katenye muka Taufiq mcm hero Winter Sonata..ahahhahahaa~ xpon~ Sembang mcm xhengat dunia, abeh org tgk, mungkin sbb kepekatan pelat Terengganu kami..aaahh..kisah ape, bahasa kebanggaan tuh!
Semalam, balik kerja cik nemo ke rumah acik Yatie memandangkan kalau balik umah, xder org pon..ayam2 aderlah. Dieorang sume ke Kemasek untuk..opppsss! Cik nemo terlupe!! Dah nk tulis, erase balik..adeehhh..cik nemo teringt warning umie ngan yayah lepas isyak tadi. Jadi, cik nemo xboleh crite lagik! Kene tunggu Nadiah balik sini dulu..cepatla balik weeehhh~ Dah sampai umah acik Yatie cik nemo solat Asar jek truz, sbb nk balik pon..sorang2..lepas tuh, cik nemo jln2 ke pantai..saje jln2..bwk tamu umah acik Yatie..dan yang pasti ABC gelas beso menjadi hidangan utama berulamkan angin sepoi2 bahasa. Err..cik nemo teringt pulak kat Auntie Emanuel warganegara Belanda yg pernah menetap di Malaysia satu tika dulu. Cik nemo kenal sbb suaminya Uncle Marcell pensyarah satu tpt ngan ayah Cik. Hobi cik nemo dolu2, asal pegi pantai, cik nemo suke bwk khemah kesayangan cik nemo tuh. Penat2 psg, tapi hepi sbb bley duk rehat ramai2 kat dalam, trime kaseh kat Abah sebab belikan ;) capacity 6 org. Bila cik nemo rehat2 tepi khemah bersama-sama family..ditambah Auntie Emanuel satu tika dulu, cik nemo pon ckp,


Cik nemo: Bestnyeee!! Angin sepoi2 bahasa!

Auntie Ema: Aa..ngin see..poii baha..sa.. Apa ertinya? ( Pandai ckp melayu tau nie! Tapi paham2lah org Perancis ckp melayu..byk bunyi huruf 'gha' ;p )

Cik nemo: Errr..macam mana nak terangkan..errr..macam mane ah acik? (Kulemparkan soalan tuh kat acik Yatie ngeh3 )

Auntie Ema: in english?


Haaaa..dalam english ape ek? Ntahhhh..cik nemo pon xtau ;p cik nemo ngan acik Yatie bersungguh-sungguh terangkan bg Auntie Ema paham..ahahahhaa..ape eh kalau dlm english? Sis Ain? En Norhan? Anyone?

Friday, December 19, 2008

* Memaafkan *

Does forgiving means forgetting?
Ada org mengatakan bahawa memaafkan tidak bererti melupakan ataupon dalam bahasa omputih nye "forgive is not to forget". Haaa..betul ker? Cik nemo rasa setiap org pon penah mengalami dilema permasalahan kan..marah dan sakit hati yg membuak-buak dikala perkara yg tidak disukai terjadi. Di kala inilah kadang2 perbuatan, percakapan agak tidak relevan. Bila terjadi satu2 perkara yang dirasakan meragut ketenangan:

Maaf atau tak?

Boleh ker kembali seperti sediakala?


Kerna, pepatah mengatakan, sedangkan nabi ampunkan umat. Mungkin kerana itu, manusia mudah memaafkan, tetapi xmudah melupainya. Tidak mudah melupai, lama kelamaan tidak mustahil menjadi satu dendam pula.


Benar2 ikhlas ker maaf tuh?

Kalau ikhlas, nape xleh lupe?

Bukankah dgn melupai, anda lebih tenang dan tidak dirundung kemurungan tatkala kisah suram tiba2 mendarat di landasan minda?


Yang pasti masing2 punya pandangan yg tersendiri. Dalam Christianity, they do support forgive and forget. Melupakan pasti dapat memaafkan. Dalam Jeremiah 31:34- forgetting precedes forgiving. Dalam Buddha, mereka melihat kemaafan sebagai latihan menghalang pemikiran jahat daripada menjadi kacau bilau kepada kesihatan mental seseorang. Mana taknye, dendam, hasad dengki boleh meninggalkan kesan jangka panjang dalam karma minda. Kerna itu, agama Buddha menggalakkan percambahan fikiran yang boleh meninggalkan kesan positif yang menyeluruh.


Cik nemo xbermaksud apa2 yg tidak baik dengan mengeluarkan sedikit quote dalam ajaran ini. Kerna yang pasti, ajaran Islam juga menganjurkan konsep kemaafan yang sangat mulia. Sekiranya para pembaca salah seorang pelajar Comparative Religion Program, pasti para pembaca memahami maksud cik nemo. Setiap ajaran menganjurkan yg molek2 untuk para penganutnya tetapi yg pasti, ajaran Islam adalah ajaran yang terbaik dan mulia di sisi Allah, tiada pincangnya. Islam memuji sifat individu yang dapat menahan marah, dengan tidak memuaskan nafsu marahnya atau melepaskan perasaan marahnya dengan suatu tindakan, namun hanya dengan menahan marah masih belum dapat mengikis perasaan dendam di dalam hati. Oleh itu, Islam menggalakkan umatnya saling bermaafan kerana dengan kemaafan boleh meredakan ketegangan dan perasaan dendam. Mereka yang dapat menahan marah, kemudian menyusul dengan kemaafan dapat membersihkan hatinya daripada perasaan dendam. Allah itu Yang Maha Pemaaf dan Maha Pengampun. Dia sentiasa menyuruh kita supaya selalu memaafkan kesalahan orang seperti dalam firmanNya "Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'aruf serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh."(Al-A'raf :199)


Okeh, nak cerita sikit ape yg berlaku semalam. Cik nemo pagi2 dah jadi camera woman, duk click sane click sini untuk satu insiden yg agak menyedihkan bagi empunya diri.

Kereta Pakcik Harun dilanggar bas. Pemandu bas yang kurang asam telah membuat statement yang bertentangan dgn kebenaran. Itulah dunia~

Wednesday, December 17, 2008

* Travelling *

Assalamualaikum semua!Semoga para pembaca sentiasa di dalam perlindungan-Nya.

Cik nemo nk mencoretkan sedikit apa yg berlaku di hujung minggu baru-baru ni. Dah lebih 2 minggu lepas cik nemo dah plan2 dgn Qayyum untuk menghadiri majlis perkahwinan abangnya Azhan. Rancangannya, Qayyum akan ambil cik nemo dan menuju ke Damansara(Kuantan). Lepas tu cik nemo dikhabarkan dgn berita gembira, teman cik nemo di SMAI, Nurul Hanani akan bertunang pada hari yang sama dgn abang Azhan, 13 Disember 2008 (Sabtu). Cik nemo dah pening. Ditambah lagi, rakan2 cik nemo di KL semua turun. Husni Khatimah ngan Harith Fadhilah antara yang merancang untuk bersama-sama di majlis itu nanti. Hati berbelah bahagi, cik nemo dah lama tak jumpa mereka. Cik nemo berkira2, mungkin cik nemo nak ke rumah Azhan lambat sikit, sebelah pagi boleh ke rumah Hanani dulu. Okie, set! Lepas tuh...dikhabarkan lagi satu berita gembira, Kak Fizana, sepupu cik nemo akan melangsungkan hari bahagianya, di hari yang sama juga! Pada mulanya, takde ura2 macam nak pegi, sbb majlisnya di KL. Jadi cik nemo teruskan dgn niat cik nemo. Sehari sebelum majlis, tiba2 abah ngan umie merancang nak ke majlis kak Fizana! Huuu..hancurlah perancangan cik nemo. Bertambah-tambah, hari jumaat malam, cik nemo received call dari Harith. Cik nemo terpaksa ceritakan hal yang sebenar dgn hati yang berat..


Cik nemo sekeluarga bertolak dari Kuantan pukul 8.30a.m bersama-sama Ayah De Aziz. Travel beramai-ramai ni, riang ria sikit ehehehe.. Cik nemo, yayah satu kereta dgn abah dan umie. Ucop pulak, nak bersama-sama sepupunya memenuhkan kereta Ayah De Aziz. Kami berhenti berehat di Hentian Temerloh untuk membetulkan urat2 selain membuang segala hajat yg ade. Cik nemo, umie ngan yayah xbercadang untuk makan, jadi kami menunggu askar2 makan sambil membaca akhbar yg dibeli cik nemo memandangkan agak bosan menunggu. Hentian ni agak besar, nak shopping2 pon boley ;D Kemudian, kami menyambung perjalanan ke destinasi yg dituju. Semasa berhenti di Shell, yayah sempat snap satu gambar kereta mini copper yg sgt cute, cik nemo pernah tgk yg kaler biru, tp yg kaler mcm cokelet2 ni xpernah pulak. Tiba2, telefon cik nemo bernyanyi-nyanyi lagu Big Runga:


Cik nemo: Eh, Sujoe (a.k.a ajoe)! Hello!

Sujoe: Ade kat mane doh tuh?

Cik nemo: Baru lepas Temerloh Sujoe..

Sujoe: Nie..cam mane rancangan? Mari umoh Sujoe dulu lah dok? Kire juppe sinning lah senang.

Cik nemo: Okie2, beres2!(End Called) Abah, sujoe suh gi umoh die dulu, pahtuh kite gerok sekali.

Abah: Oookiee~



[Antara scene2 di perhentian Temerloh]




Sujoe ni selalu jadi 'tour guide' cik nemo sekeluarga kalau kami ke KL. Maklumlah, asal ke KL aje, musti mkn buah langsat (sesat!). Umah Sujoe jek la satu2 nye rumah yg kiteorg boleh cari tanpa bantuan ;p Jadi..khidmat sujoe untuk ke tempat kak Fizana mmg diperlukan! Sebab tu kami ke rumah sujoe dulu untuk berbincang2. Umie ajak sujoe ke majlis tu sekali, xkan la nak suh tunjuk jln aje kan..xpatut2..Kak Fizana ni anak sedara sebelah abah, sujoe pulak pakcik cik nemo sebelah umie, jadi xterkena lah majlis tuh, tapi dah pegi skali ngan kiteorg, hemtam aje ;D Keluarga cik nemo ngan Ayah De Aziz sampai kat umah sujoe dalam pukul 11.30a.m. Macam biaselah, Nabilah agak kekok dgn kedatangan kami, berkepit dgn maknye aje. Si kecil, Amalya a.k.a Nabihah pulak menangis-nangis kala kami sampai. Tibe2 ramai dtg kerumun, mane xterkejut ;p Si abg2, Aiman ngan Asyraf pulak sangat2lah suka hati bila Ayah Long nye sampai. Lepas bincang2, sujoe memberi cadangan supaya cik nemo sekeluarga naik satu kereta dgn sujoe, senang! Jadi 2 buah kreta jek, manela tau terlepas pandang, naya mkn buah langsat tgh2 KL. Cik nemo sekeluarga okie aje, cuma risau menyusahkan sujoe sekeluarga. Cik nemo memangku Amalya masuk ke kereta memandangkan Nabilah masih nak berkepit dgn maknya. Yayah pulak buat rancangan "Celoteh bersama Aiman&Asyraf" di sit belakang. Dah masuk air-cond, mata Amalya pon dah mula kuyu..dan akhirnya tidur di pangkuan cik nemo. Boleh tahan juge lenguhnya, berat ;p Semangat budak nih! Dah sampai di dewan tempat majlis berlangsung, Amalya masih nyenyak, sekali lagi cik nemo memangku Amalya, tgk2, jauh pulak! Tingkat 2. Orang bersesak-sesak naik lif, Amalya tetap lena di dlm tidurnya. Orang duk hingar bingar luar dewan, Amalya tetap seronok diulit mimpi indah barangkali. Sampailah sujoe amek time cik nemo nak mkn, Amalya tetap mcm tuh jugak. Fuuhh..ngantuk betul! Kemudian kami mkn2..amek2 gambar..dan bertemu si mempelai. Pak Alang, Mak Alang, Ayah Teh Man dan Mok Teh Ha turut serta memeriahkan suasana. Lebih kurang pukul 2.30p.m, kami mengundurkan diri, sebab Ayah De Aziz meminta bantuan 'tour guide' kami menunjukkan jalan ke hotel tempat di mana Ayah De Aziz akan bertemu dgn Mok De Lah yg berkursus di hotel tersebut. Kali ni, Nabilah pulak tidur di pangkuan cik nemo. Bak kate Sujoe dan Su Yah, "lenguhla kaklong.." Sekali sekala ehehehe.. Selepas melambaikan tgn tanda perpisahan, kami pulang ke rumah Sujoe untuk bermalam di sana.

[nabilah yg malu-malu]

[Aiman&Asyraf]

[ kala tiba di tingkat2..tgk si budak kecik tuh, lena betul! ]

[ senget sebelah ]

[ lena diulit mimpi indah ]

[ makan-makan, sembang-sembang ]

[ bergambar-gambar ]

[ kehijauan ]

[ Nabilah dah mula rapat2 ]

[ kan..dah baek tuh~ ]

[ si budak kicik sudah bgn! ]

Pada malam harinya, cik nemo rasa mcm xbley nak bukak mata, ngantuk sgt2..padahal baru pukul 8.30p.m..cik nemo golek2 sebelah Amalya, kakinya bagai mengikut rentak irama menendang-nendand cik nemo yg bergolek-golek sbelah nye. Agaknye tau cik nemo nk tdo kot ;p Tapi mmg pon..last2 sekali cik nemo terbaring di situ sampailah umie kejut suh cik nemo mkn, maap yer Su Yah, mmg nk ke dapor menolong..tapi xlarat sgt2..Keesokan paginya, kami menunggu kedatangan Ayah De Wan sekeluarga, termasuklah Tok Su Nah yg rupa2nya sudah pulang ke tanah air selepas ke Abu Dhabi bertemu Kak Fatin. Kire ala2 bercuti lah tuh ehehehe..lepas tuh gamatlah rumah tuh bilamana Tok Su Nah membuat gaya ala2 Mak Arab berckp arab..paham2 jek la tok sedare cik nemo sorang tuh kan..tak sah kalo tak buat lawak gile2nye~


Lepas Zohor, masa bersiap2 untuk bergerak pulang ke kampung halaman kami, Amie a.k.a Ayah Ngah Mie tiba2 sampai di umah Sujoe. Rupa2nya, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah mereka dari Kemaman, jadi singgah dulu untuk bertemu kami ;) Si kecil, Danial bad mood, jadi dieorang xmasuk pon, sembang2 kat luar aje..hulurkan tgn pon, muka tetap masam mencuka..haiihh anak papa sorang~


Usai kepulangan Amie, kami pula melambaikan tgn buat Sujoe sekeluarga. Terima kaseh yang tak terhingga buat Sujoe dan Su Yah kerana menumpangkan kami semalaman di sana, dan bawa kami jalan2 ;)

[ A big tenkiu! Mmuah3 ]

Friday, December 12, 2008

* Jumaat lagik! *

Jumaat lagi! Cik nemo baru balik dari mengambil reading di beberapa antenna. Fuhh~ Berpeluh-peluh..bley kurus macam ni, bukan dekat..kene jalan dari satu cabin ke cabin yg lain. Minggu ni baru cik nemo diberi authority untuk mengambil reading di tempat2 tu sume. Sebelum ni cik nemo hanya pusing2 dalam bangunan ni aje, xmemerlukan access card untuk masuk. Sekejap jer cik nemo rasa, dah berlalu minggu ni..haihh..report cik nemo belum siap. Sebelum cik nemo menghabiskan latihan industri ni cik nemo kene menyediakan report untuk dihantar kepada supervisor. Memang dalam jadual yang dibekalkan buat cik nemo sepanjang training ni ada tertulis "Penyediaan laporan dari cik Nurhidayah Mohammad" iaitu di dua minggu terakhir cik nemo di sini.

Semalam, waktu cik nemo nak balik, cik nemo tgk phone, cik nemo received 2 sms, satu dari norhan dan satu dari yayah. Sms dari norhan hanya bertanyakan notes Communication Network mengenai Wimax. Katanya xade dalam simpanan. Cik nemo rase lah norhan, norhan xamek la chapter Wimax tuh time final exam, sbb tuh xder notes tu kot. Kan kite same2 pakat xmo amek chapter Wimax yg panjang lebar tuh. Sms kedua dari yayah, bgtau bekalan air mungkin terputus kembali hari ni! Waduhh2! Dah seksa 2 hari takde air baru2 ni, time raya pulak tuh. Ingatkan cukuplah satu hari suntuk xder air, rupe2nye keesokan harinya pon masih sama keadaannya. Cik nemo terpaksa menumpang solat di rumah acik Yatie memandangkan air tangki rumahnya xberusik dek kerana mereka sekeluarga pulang berhari raya ke Kelantan. Cik nemo balik tgh hari, amek umie, yayah dan ucop untuk ke rumah acik Yatie. Balik kerja pon sama, cik nemo dah suruh mereka ready2, terus ke rumah acik untuk solat Asar. Cik nemo mengharapkan magrib adalah air, rupe2nye hampeh jek! Cik nemo amek keputusan untuk naik ke opis ngan yayah dan ucop untuk amek air. Haihhh..penat satu hari xmandi! Busuk betul! Rupe2nya, pakcik Bakri pon bawak satu family die ke opis untuk mandi dan bersolat. Tibe2 baru 2 hari ada air, dah buat hal balik. Tapi cik nemo berfikir jugak, macam tu lah agaknya keadaan umat yg tak berkemampuan seperti yg dipaparkan di Bersamamu TV3. Cik nemo ni masih bernasib baik, banyak lagi alternatif yang boleh diguna pakai. Datang satu kesedaran dalam diri: Xbaik bersungut!!

Cuaca sangat baik petang semalam walaupon sedikit berangin. Mungkin kerana lokasi cik nemo yang terletak di atas bukit. Terfikir juge untuk ke pantai, tetapi umie ckp nak tengok episod terakhir Sutera Maya. Lepas tuh cik nemo tgk yayah sibuk menggoreng roti canai! Umie masak kuah kari tgh hari tuh, dah sesuai la tuh ngan roti canai. Haaa..apelagik! Cik nemo pon buat air minum petang, lepas tuh hampar tikar kecik kat depan. Sambil2 tgk TV boley la mengunyap ;p
Pagi2 lagi umie menguak pintu bilik cik nemo. Mau diajak membeli makan pagi rupa2nya. Cik nemo memilih nasi lemak ikan untuk juadah pagi ni :D Agak lambat ke tempat kerja, sbb dikala bukak pintu pagar, abah pulak berjaya mencabut sedikit tinted di tingkap belakang kereta. Cik nemo ape lagik, dah memang nk cabut dari dulu lagi, sbb tinted tuh dah xokie, xcantik, pening kepala sapa2 yg duk dibelakang. Dah dapat koyak sikit, cik nemo tarik sampai abes. Masalah yang terjadi selepas tu, banyak sisa2 gam yang tertinggal. Mula2 abah guna minyak gas, tertanggal, tapi perlu menggunakan tenaga yg kuat untuk menggosok. Cik nemo xlarat! Lepas tuh abah guna thinner pulak, cik nemo dah bersedia untuk mengelap sbb bimbang terlekat di mana2. Mudah! Tapi lepas tuh tgn panas, dek kerana thinner tuh 'makan' tgn. Sedar2 dah pukul 9a.m ;p Lewat setengah jam! Ahahahha..xpelah, shift leader pon nak balik mkn juge ;p

Tuesday, December 9, 2008

* Salam Aidiladha *

Salam Aidiladha buat para sahabat semua. Cik nemo dah start masuk opis hari ni. Ikut perancangan, cik nemo nk cuti hari ni sbb ingat lepas hantar nadiah ke stesen bas untuk pulang ke Melaka pukul 3p.m semalam, cik nemo merancang untuk menjenguk Tokki dan Tokwan di Kemaman. Seperti yg diketahui ramai, pantai timur sibuk diperkatakan dgn bencana bah yg menimpa. Jadi, hujan tak berenti2 turun sejak 3 hari yg lalu. Cik nemo risau juga, takut2 insiden bah yg berlaku di kediaman cik nemo 5 tahun yg lalu kembali berulang. Mengikut perancangan, cik nemo akan ke Kemaman bersama umie, yayah dan ucop memandangkan abah kerja mlm semalam. Hujan yg lebat membuatkan kami membatalkan niat ke Kemaman, cik nemo xberani memandu dalam keadaan yg xmenentu tu. Jadi kami xdapat menghadiri majlis cukur kepala si kecil, Darwisy mlm semalam. Mengambil keberkatan Aidiladha, uncle turut serta dalam aktiviti qurban, aqiqah untuk anak lelakinya tu. Katanya, sekira tiada apa2 aral, mereka sekeluarga akan berangkat ke Penang pagi ni. Bermakna, berakhirlah percutian Mea di rumah Tokki. Ibu Mea pon dah abes pantang. Cik nemo xsabar nk mengikuti perjalanan hidup Mea sekeluarga di Penang nanti, maklumlah ada pertambahan ahli kan ;)


Tgh hari Ahad, cik nemo dapat berita Mea sekeluarga bersama cik Hasanah nk singgah rumah. Kedatangan itu disebabkan membawa Darwisy ke klinik kanak2 akibat selalu menangis di malam2 hari. Nak ikut kak Mea yeh Darwisy. Mengimbau kembali sewaktu kelahiran Mea, waktu siang Mea akan tidur aje..charge battery agaknya..tgh malam jer..haa..start la die menangis..sampai ke Subuh. Lepas Tokki memangku, Tokwan pulak, lepas tu ke tangan orang2 lain yg ada dikala itu, tetap xmau senyap..bak kata Tokki..dah habis ayat baca..Mea tetap menangis xhenti2..sampai la Subuh. Tak tidur lah penghuni2 rumah tu dek kerenah manja Mea. Sekarang adek Mea mengikut jejak langkah kakaknya ;p Naseb baek Mea sekeluarga singgah rumah cik nemo, dapatlah kami jumpa mereka sebelum pulang ke Penang memandangkan kami xdapat pulang ke Kemaman. Maklumlah, nak jumpe balik..hmm..jauh tuh, jumpe tak jumpe agaknya waktu walimatul urus cik Hasanah nanti..agaknya Darwisy di kala itu dah tembam. Dan yg pasti cik nemo dah kembali ke Melaka semula untuk meneruskan sisa2 perjuangan cik nemo di sana.


Cik nemo sekeluarga beraya di Beserah, tahun ni giliran ucop mengambil bahagian dalam aktiviti qurban. Sejak ahad lagi, cik nemo sibuk di dapur bersama-sama umie, persediaan untuk juadah di hari raya. Di pantai timur ni, sambutan raya haji lebih kurang meriahnya dengan raya puasa. Itu yang unik, masih ada para tamu yg datang berziarah. Memakai persalinan yg cantik2. Umie dah sediakan menu2 yg akan dihidangkan di hari raya, yang pasti rendang umie xterlepas dari senarai menu. Pagi2 lagi, lepas Subuh, umie membuka bilik cik nemo:


Umie: Kaklong, nk gi pasar tani dok?

Cik nemo: Err..ujan2 nie..xmboh la umie ;p


Hujan xhenti2, jadi cik nemo malas nk turut serta bersesak-sesak di pasar tani yg sememangnya penuh dgn org. Ditambah dengan hujan yg lebat, pastinya manusia2 di sana sesak dengan "umbrella traffic". Kalau dah setiap sorang pegang payung, tak ker jammed. Sepeninggalan abah dan umie ke pasar tani, cik nemo berkira-kira, mengharapkan abah tak terpikir untuk menyembelih ayam kampong seperti raya puasa yg lepas. Fuuhh..9 ekor tuh, sekerat ari cik nemo berbau ayam. Balik2 aje:


Abah: Haihh..sapela nok pegang ayam nok sembelih kekgi..

Cik nemo: Huh? Abah beli ayam kapong ker??

Abah: Ade! Tuh 2 ekor.

Cik nemo: Xdok doh org laen.. (teringt peristiwa raya puasa yg lepas, memegang 9 ekor ayam untuk disembelih, garang2 pulak tuh sume)


Rupa2 nya abah tambah lagik sekor ayam kampongnye. Jadi, 3 ekor semuanya. Okielah tuh, buat sederhana2 cukuplah. Tapi kali ni, umie menawarkan khidmatnya untuk memegang ayam untuk disembelih. Lagipon, xbyk..jadi cik nemo bersiap sedia untuk proses seterusnya, merebus air untuk mencabut bulu ayam. Lepas sembelih, cik nemo take part, umie memproses daging yg dibelinya di pasar tani untuk dibuat rendang. Cik nemo bersih2 ayam ngan abah, lepas tuh cabut bulu. Haa..bukan senang tau kawan2. Bulu ayam yg halus xdapek nk dicabut ngan tangan. Abah ngan yayah keluar sekali lagi ke pasar tani untuk membeli kuih deram yg diidamkan Nadiah. Cik nemo masih meneruskan perjuangan meremang ayam atas api pulak. Kali ni xberpeluh-peluh sebab ujan ;p Umie pulak sibuk menyediakan juadah Mea sekeluarga untuk tgh hari tu. Dah abes tugas meremang ayam, abah balik bawak sebesen ikan selar untuk dibuat sambal nasi impit. Cik nemo terjun ke bidang memproses ikan pulak. Lepas tu cik nemo mkn tgh hari bersama Mea sekeluarga. Agak ptg juge uncle pulang ke Kemaman, hujan terlalu lebat! Lepas magrib cik nemo masuk dapo kejap, sbb umie bg tugas kat cik nemo wat kek batik untuk nadiah bawak balik ke Melaka esok harinya. Cik nemo bereskan cecepat, lps isyak dah bley ready untuk juadah hari raya. Sekali lagi cik nemo ditugaskan untuk menyediakan acar nasi minyak.



Semalam, sambutan hari raya berlangsung dgn lancar. Walaupon hujan, aktiviti korban tetap berlangsung. Cik nemo teringat kat keluarga pakcik cik nemo di bukit antarabangsa. Ayah de Wan sekeluarga merupakan antara yg terperangkap akibat insiden tanah runtuh Sabtu pagi yg lalu. Kawasan runtuhan hanya bersebelahan dgn taman kediaman ayah de. Syukur, semuanya selamat! Pagi2 lagi umie terima SMS dari ayah de. Sejak pagi, kami sentiasa di depan kaca TV menanti berita terkini. Lepas cik nemo balik dari hantar ucop tuisyen, cik nemo dgr perbualan abah dgn ayah de. Chekde Noor pon bercerita ngan umie bagaimana sukarnya mereka sekeluarga keluar dari taman kediaman mereka. Waktu itu, jalan alternatif belum diwujudkan. Mereka sekeluarga terpaksa berjalan meredah hutan, manaiki bukit untuk keluar ke jalan utama. Mujur di kala itu semua sepupu2 cik nemo bersama ayah de dan chekde melainkan Aisyah yg berada di Yogjakarta yg meneruskan pengajiannya di sana. Cik nemo berharap ayah de sekeluarga tabah dengan musibah yg terjadi, dan semoga hari2 mendatang berjalan dengan lancar.

Friday, December 5, 2008

* Merindu *

Cik nemo baru lepas menyelesaikan tugasan harian cik nemo - mengambil bacaan untuk "antenna tracking". Di saat melabuhkan tubuh di depan PC, cik nemo sempat menjeling rancangan2 yg terpapar di skrin2 TV di depan cik nemo. Mata menangkap satu rancangan TV, rancangan yg dipilih Dr Zul - Arab Saudi TV (Cik nemo tak tukar2 sejak hari tuh). Cik nemo tgk lama..manusia2 berduyun-duyun di dlm Masjidil Haram. Cik nemo terus bgn, memperlahankan suara TV yg lain sambil meninggikan audio level untuk rancangan TV yg menangkap hati cik nemo itu. Cik nemo berkira2 dalam ruang minda yg dianugerahkanNya..berfikir..kaki sudah melekat di depan kaca TV. Bagaikan tau apa yg difikirkan cik nemo:


Pakcik Man: Eh, live ker ni??

Cik nemo: Haaa..tu lah, rase2 gituh lah Pakcik Man, live nie! Tgh baca doa ni.. (cik nemo mula berkira-kira waktu di Mekah skrang)

Pakcik Man: Hah? Bace doa?

Cik nemo: Tunggu subuh ni Pakcik Man, tolak 5 jam, dieorang pukul 5 lebey skrang nie, smayang sunat kot ni..


Dikala itu, azan Subuh berkumandang. Cik nemo bersandar di kerusi empuk menikmati keadaan yg amat dirindui..Cik nemo tgk Pakcik Man juga semacam dalam dunianya sendiri, yg pasti mata tak lepas memandang kaca TV. Setelah bertahun-tahun lamanya cik nemo tinggalkan tanah suci itu..ingatan tetap segar dalam minda cik nemo. Takungan air mata cik nemo seakan-akan bergenang di kala menikmati ketenangan mendengar laungan azan yg merdu. Sebak, rindu bercampur baur..memori yg tersimpan sekian lama seakan berlegar-legar satu persatu depan cik nemo. Cik nemo teringt di saat cik nemo melambaikan tgn tanda perpisahan, cik nemo berdoa agar lambaian itu bukanlah lambaian terakhir cik nemo. Agaknya nnt solat jumaat pon live jugak ni kot..kene tgk ni..errkk..cik nemo nye waktu keje dah abes lah kot waktu tuh, kalau zohor kul 1, di Malaysia dah pukul 6, ye tak? Sebelum cik nemo bersembang dgn Adah Rabu mlm yg lepas, cik nemo sempat menelefon Norhan. Cik nemo agak terkejut bila norhan bgtau yg cik nemo sepatutnya dilawat oleh Dr. Rosli Besar! Cik nemo xbukak lah buletin board 2hb hari tuh, gara2 terkejut Dr Zul nk dtg 3hb. Tapi yg peliknya, dalam CV cik nemo nama Dr Zul yg terpampang sejak minggu pertama cik nemo ber'training'. Agaknya ada pertukaran di situ..cik nemo pon xpasti. Hari ni Jumaat, genaplah 6 minggu cik nemo di KSES. Cepatnya waktu berlalu~

Thursday, December 4, 2008

* Kejutan *

Cik nemo agak terkejut bila menerima satu panggilan pada pagi Selasa yg lepas. Hanya nombor telefon yg tertera di skrin telefon. Yang pasti panggilan dari KL.


Cik nemo: Assalamualaikum.

Pemanggil: Waalaikummussalam. Nurhidayah?

Cik nemo: A'aa..yeye, betul2 (Aishh..sape pulak ni? Macam penah dgr suare ni..)

Pemanggil: Haa..ni Dr Zul ni.

Cik nemo: Aaaa Dr Zul! (Cik nemo bergegas keluar dari control room yg bingit dgn rangkaian TV yg banyak)


Cik nemo dah agak, ini pasti pasal ITP Visit. Di awal2 training, cik nemo dah tgk nama Dr Zul di CV cik nemo menandakan cik nemo di bawah inspection dia. Cik nemo ingat, lecturer Melaka yg dtg, rupa2nya Cyberjaya. Dr Zul menyatakan hasratnya untuk melawat hari Rabu yakni semalam. Cik nemo apelagik, terkedu! Telefon Selasa, nk dtg Rabu! Fuuhh..cik nemo ingt minggu2 depan ker ape..adeehh Dr Zul.. Cik nemo dah xsenang duduk. Cik nemo bgtau Boss, Supervisor, dan anak2 buah ramai yg takde. Boss ke Melaka E/S atas urusan ISO audit, 2 org ke Cyberjaya E/S out station, 2 org ke Terengganu- Monsun Cup. Kata Dr Zul, die nk dtg juge, nk tgk2 environment cik nemo bekerja. Nanti, die akan deal ngan boss. Cik nemo xrisau sgt psl kerja, tapi penguat2 semangat cik nemo xade...Haihhh~ Teringt keluh kesah sembang2 cik nemo dgn zahid di YM awal2 training dulu:

Edzahid: Guane training?

Cik nemo: Okie aje..ehehehe..zahid guane? Tau doh sape mari melawat kekgi?

Edzahid: Haduiii..kene wak repot sokmo duk sinning, mmg keje ngan company Jepun kene sharp waktu. (Zahid bgtau lecturer yg terbabit untuk lawatan ke company tu, sambil menanyakan soalan yg sama buat cik nemo)
Cik nemo: Huuu..xmboh wi name, teke sendiri, ingt dok zaman dolu2, sape hok ngajo kite Field Theory hok kite dok paham satu habuk tuh? ;p
Edzahid: Dr Zul??
Cik nemo: Ahahahahaha~
Sape yg xkenal ngan Dr Zul, w'pon subjek Field Theory tuh cik nemo amek masa semester pertama cik nemo 4 thn lebey yg lalu, cik nemo xlupa. Tgk, Zahid pon xlupe. Kemudian Dr Zul berpindah ke MMU Cyberjaya untuk menyambung khidmatnya. Lebey kurang 3.45p.m cik nemo received call dari Dr Zul, mengatakan yg die sudah berada di Kuantan, unit switching. Sepatutnya cik nemo bersama-sama dgn sorang chinese student di unit switching, tapi cik nemo mintak ditukarkan ke unit satelit bumi. Lepas tu 2 3 kali jugak Dr Zul call bertanyakan lokasi cik nemo. Cik nemo punya tempat ni atas bukit, sbb tu payah sikit kot. Cik nemo menawarkan khidmat untuk mengambil Dr Zul sekeluarga di mana2, tp akhirnya Dr Zul berjaya sampai di KSES. Sekali lagi cik nemo menjemput isteri dan anak2 Dr Zul untuk masuk ke bilik tamu, tapi kata Dr Zul sekejap aje. Cik nemo bawak Dr. Zul pusing2 tempat, memberi sedikit pendedahan tentang teknologi di KSES. Dr Zul agak terkejut sbb katanya xpernah dtg tempat yg mcm ni. Cik nemo dah agak, jadi cik nemo dah lukis2 block diagram, cik nemo kepilkan sekali dan cik nemo "handed"kan kepada Dr Zul di awal2 perjumpaan. Dia pon nampak selesa dgn adanya lukisan cik nemo yg xseberapa tuh. Cik nemo maen lukis bodoh2 jek, dgn pensel lagik tuh..bukan ape, cik nemo tau, susah bg yg 1st time datang sini, jadi cik nemo permudahkan dgn medium tu, cik nemo pon mudah nk terangkan dgn tenang. Cik nemo pon panik jugak ;p Tiba2 Dr Zul ckp nk talipon satu lagi student di bawah pengawasannya.
Dr Zul: Sy nk call sorang lagi student ni, kat Gebeng, xsempat dah nk pegi tgk die.
Cik nemo: (Ini mesti nk lame ni) Gebeng? Qayyum?? (opps, cik nemo terlepas pulak!)
Dr Zul: Eh, awk kenal?
Cik nemo: Classmate sy dr ;D
Dr Zul keluarkan senarai student di bawah pengawasannya. Laaa..rupa-rupanya cik nemo, Qayyum, Adah, Kak Yunie, Malia (cj) di bawah lecturer yg sama. Lepas tu berlakulah perbualan antara Qayyum dan Dr Zul. Cik nemo gelak sorang2 bila Dr Zul sebut lokasi die dikala itu bersama nama cik nemo sekali. Sure Qayyum bengang sbb org yg ditunggu-tunggu xjadi dtg. Itulah perasaan cik nemo bila pukul 3 Dr Zul belum kunjung tiba. Lagipon, nk ke Gebeng, office hour pon berakhir. Memang xsempat. Kata Dr Zul, die lambat sikit dari KL. Travel bersama family, mmg akan mcm tu. Plus2 dgn anak yg masih kecil. Berbalik kpd cerita tadi, lepas sedikit penerangan ttg KSES cik nemo bawak Dr Zul ke control room. Kebetulan AsiaVision tgh online (pertukaran berita antara negara2 Asean), jadi Dr Zul berpeluang tgk. Cik nemo cerita dgn Dr Zul awal2 tadi, di KSES kita boleh tgk siaran TV negara mana yg kita nak as long as xder encryption. Jadi, dah abes crite2, cik nemo nk tunjuk secara praktikal pulak. Baru cik nemo berkira-kira nk tekan button2 di decoder, tibe2:

Dr Zul: Eh, pakcik2 tu bagi ker awak maen dgn alat2 ni sume??
Cik nemo: (Sengih) Xpe2, boleh2.

Cik nemo tunjukkan kepada Dr Zul senarai rancangan TV yg boleh dilihat, cik nemo memilih siaran dari Middle East untuk ditonton. Jadi boleh tgk rancangan dari Kuwait, Sudan, Oman (tpt Suleiman ;p) dll. Cik nemo buat sedikit calculation, dan masukkan mana2 data yg patut. Dr Zul kelihatan gembira bila rancangan tu terpapar di skrin TV. Melihat kegembiraan tu, cik nemo meminta Dr Zul pula memilih rancangan yg diingini. TV Arab Saudi menjadi pilihan hati. Di kala jarinya menekan butang 'enter', keluarlah gambo pak arab ngah beri ceramah di masjidil haram. Lepas tu cik nemo meneruskan lagi discussion bersama Dr Zul sambil kaki berjalan dan mulut pok pek pok pek. Tempat agak besar, jadi perlu byk berjalan. Dah hampir sejam lebey berdiskusi, Dr Zul meminta izin mengundur diri. Cik nemo sempat bertanyakan keadaan isteri dan anak2 Dr Zul yg agak lama di dalam kereta. Katanya, die pon xsangka akan lama di KSES.

Malam semalam cik nemo telefon Adah, berkongsi cerita memandangkan Dr Zul akan melawat die hari ni. Agak lama bersembang, dah lama xborak2, mcm tu lah jadi..bak kate Adah, kalo cik nemo ade depan mata, dah dipeluk-peluk cik nemo! Adah pon gundah gulana sbb boss2 die sume xder..haihhh..2x5 la ngan cik nemo..Ingat besok nk call die lagi, tanye keadaan. Tambah2 cik nemo nk tanye die psl passport die ke offshore. Masa sembang2 ngan Adah, cik nemo sempat bgtau kesukaran training yg Adah kene lulus utk dptkan passport tuh. Salah satu, Adah kene terjun dari chopper ;p berendam dalam air dah pasti daah~ Semoga berjaya Adah!

Pagi2 buta tadi cik nemo bersembang dgn Qayyum. Seperti yg dijangka, die bengang Dr Zul xsempat dtg smlm ;p Tapi sambil gelak2 lah..katenye die dah suruh HR tempah mknn untuk menyambut kedatangan Dr Zul..waahhh..rugila Dr Zul, patutnye ckp ngan die awal2 Qayyum ;p boleh cik nemo tumpang sekaki, tukang tunjuk jln kt Dr Zul ngeh3.. Cik nemo balik kerja td, cuaca sgt best! Laut nmpak sgt cantek! Biasanya time balik jek mesti ujan..hari ni ceria aje cuaca di waktu petang. Cik nemo teringt ke'terperanjat'an Dr Zul time cik nemo bwk die pusing2 KSES.


Dr. Zul: Eh, tuh laut ker??

Cik nemo: A'aa Dr..nnt otw Dr nk turun Dr bley tgk betul2..agaknya td ujan time Dr sampai, sbb tuh xberapa nk nampak ;p


Nanti cik nemo uploadkan view dari tempat keje cik nemo yeh ;) Jadi, ptg tadi cik nemo amek keputusan nk ke pantai. Ajak umie, nk menjahit katanya..cik nemo pegi ngan Yayah jln2 tepi pantai..hilang beban di kepala rasanya saat mata menangkap pemandangan ciptaan Yang Maha Agung, cantek! Waiting for si kembar tomorrow~

Monday, December 1, 2008

* Lepas itu.. *

Cik nemo punye jadual harian minggu lepas sangat pack, lepas kursus 2 hari, selasa dan rabu, cik nemo ke Exchange TM di Kemasek, betul2 depan Mesra Mall yg gah disebut-sebut oleh org2 Terengganu. Pukul 10a.m cik nemo dikhabarkan perlu mengikuti team KSES ke sana. Cik nemo mcm biaselah, bergegas ke kereta untuk memakai kasut ehehehe, sempat bertanya En Din sama ada cik nemo perlu tukar attire dgn berseluar atau pon tidak..nnt ade pulak yg bising, ckp cik nemo pakai baju kurung xsesuai..spt yg dijangka, mmg kene pon..ngok ngek..cik nemo tau la cik nemo budak kampong..tapi cik nemo ikut keadaan, kalau memerlukan cik nemo pakai santai, cik nemo akan pakai..ape lagi kerja luar. Jadi, xperlu nk kutuk2..terdiam jugak ari tuh tgk cik nemo panjat tangga dgn berbaju kurung. Hari yg cik nemo dikutuk tuh, cik nemo kan tibe2 kene masuk kursus, jadi mane cik nemo tau..boss pon xbising, lagi sekali..ngok ngek!

Pakcik Jay memberi jawapan kepada soalan cik nemo tadi, "Xpayah long..pakai jek baju kurung tuh, boleh aje, no problem!" Amekk..Untuk kali kedua cik nemo dikutuk, cik nemo menang! Lebih kurang pukul 10.30a.m cik nemo berlepas dari KSES dan sepanjang perjalanan cik nemo ditemani hujan yg xberhenti-henti turun. Cik nemo berkira-kira dalam hati..mcm ada gaya nk banjir ni..Lebih kurang pukul 11.45a.m cik nemo tiba di destinasi yg dituju. Cik nemo turun sambil memayung kepala dengan diari yg cik nemo selalu bawak. Berlari-lari anak la cik nemo masuk ke opis. Dah tengok keadaan Indoor Unit, cik nemo keluar untuk join pakcik2 ke Outdoor Unit pulak. Belum sempat cik nemo keluar, cik nemo disoal-siasat oleh pekerja bertugas. Cik nemo serba salah nk panggil kak ker..makcik ker..mcm ada baya2 umie, sepatutnye cik nemo panggil puan, tapi cik nemo tak terpk dikala itu dek ditanya bermacam2 soalan. Ada satu dialog yg membuatkan cik nemo gelak tiap2 kali teringat:


Cik nemo: Makcik mmg asal org sining? (ape lagik, kluarkan loghat kebangsaan anda! ;p)

Puan Manisah: A'ah..mmg sejok kecik lagik duk sining

Cik nemo: Kire mmg skoloh sinning dari dulu2? (cik nemo berkira2 nk tanye satu soalan cepumas, hanya org yg asal situ saja yg boleh jwb ;)

Puan Manisah: Memang lahir kat sini (sengih).

Cik nemo: Aaa..ye ker? Tokki sy sebenanye mmg asal org sini jugok..Cikgu Long Hassan..

Puan Manisah: Ya Allah! (menepuk dahi, sudah dijangka cik nemo ;p org asal situ mmg sure akan kenal tokki cik nemo yg bekeng tuh ;p) Oooo..maknenye ni anak sedare Nan Nurshidah la niieee~

Cik nemo: (Ketawe) Nan Nurshidah tuh bukan mak sedare, mak saye.

Puan Manisah: Ya Allah! (Menepuk dahi kali kedua).


Ahahaha..macam2 bila dah berjejak kaseh ni..lepas tu cik nemo keluar untuk ke kabin belakang. Sekali lagi cik nemo meredah hujan yg gayanya mmg macam xmau berenti. Nyesal xbawak sweater td. Tapi nasib menyebelahi bila mana antenna 1.8m yg bermasalah. Jadi cik nemo dapat payung besar, berpayung bawah tuh la. Agak lama jugak kat situ sbb kena ulang alik ke dalam opis untuk melihat status IDU sehat ker tak. Lebey kurang 2.30p.m semuanya beres. Hujan macam tadi juge, terus dan terus membasahi cik nemo di kala kaki melangkah keluar.

En Din: Duk depan lah.

Cik nemo: Huh? Duk depan?

En Din: Aaa..pegi2 duk depan..kite gi mkn nasik dulu.

Cik nemo: Err..okie!


Memang perut cik nemo dah bg 'sms' lapar. Kami mkn tgh hari di Kemaman. Lepas tu bergerak pulang ke KSES. Sempat singgah beli kropok lekor dulu. Nyum2..cik nemo beli spuloh hengget utk cik nemo, dan spuloh hengget utk Pakcik Jay. Lama jugak menunggu, sbb org terlalu ramai, cik nemo sempat la sembang2 dgn tokey kedai yg semamangnye cik nemo kenal. Lebey kurang pukul 4.45p.m cik nemo sampai di KSES. Barulah nmpak cerah, kalau tak, mendung aje ;D Laut pon nmpak cantek aje. Sepjg training ni cik nemo xberkesempatan lagi nk ke pantai, last pun masa 3 teruna tuh dtg melawat Kuantan. Cik nemo agak penat, balik awal ;p


Sekarang, cik nemo kekenyangan, sbb cik nemo dijemput mkn oleh Pakcik Mail ngan Pakcik Man..cik nemo ketawa bila Pakcik Mail ckp air cik nemo buat xrasa ape2..sbb cik nemo dah mention kat Pakcik Man, xbley manis2..bahye ;p Kata Pakcik Mail, mentang2 la org2 tua.. ahahahha..sekaligus cik nemo dah menyelamatkan dieorang dari ketinggian paras gula dalam badan ;p Sunyi sikit opis sepanjang minggu ni yg pasti, 2 org ke Cyberjaya E/S berkursus, ala2 cik nemo itu hari, Pakcik Jay ngan En Din pulak ke Terengganu-Monsun Cup. Pagi2 cik nemo sampai, Pakcik Man dah tanye, "Xikut Pakcik Jay ke Monsun Cup? Kene banjir laaa~" Bila sebut Cyberjaya cik nemo teringt jurutera yg dtg KESS minggu lepas, die mengatakan ada 3 org budak training dari MMU kat sane, dua perempuan, sorang lelaki. Cik nemo rasa cik nemo tau siapakah gerangan mereka2 ;) Sekurang-kurangnya ada kawan2 bersama. Cik nemo sunyi juga sorang2 kat sini. Cik nemo masih menunggu-nunggu apekah kejutan minggu ni ;D

Thursday, November 27, 2008

* Kursus oh kursus *

Cik nemo xlarat nak sambung crite semalam dek kerana penat berkursus satu hari, hari last semalam! Hari pertama cik nemo masuk bilik mesyuarat, cik nemo agak gugup sbb cik nemo xkenal sape2 pon..rata2 pegawai semuanya. Mata semua memandang cik nemo saat cik nemo melangkah masuk. Cik nemo kenal muka beberapa org yg cik nemo sengih2kan dalam control room sblm diarahkan boss untuk join training VSAT tuh. Dah masuk, satu lagi masalah cik nemo, kat mane patut cik nemo duduk? Cik nemo dah la tarinee jek, takkan nak duduk satu meja ngan dieorg..last2 cik nemo duduk betul2 hujung meja mesyuarat, bermakna cik nemo betul2 mengadap jurutera yg ditugaskan untuk berckp hari tuh. Cik nemo berkira-kira umur jurutera2 yg ditugaskan untuk buat presentation untuk 2 hari ni..cik nemo jamin, belum sampai 30! Dan mata cik nemo mencuri pandang lagi org2 sekeliling..maklumla, cik nemo jer wakil KESS dalam bilik tuh, rasa mcm xsenang duduk. Dan tiba2 cik nemo nampak seseorg yg amat cik nemo kenal, En Rosli! Cik nemo tibe2 mcm nk menepuk dahi sendiri, tapi naseb baek di dalam kawalan lagi..mmg la En Rosli akan ade, die kan boss paling atas VSAT, cik nemo teringt carta organisasi department GND yg cik nemo amek dari web TM Intra. Maknenye jurutera2 muda tuh anak2 buah En Rosli! Cik nemo agak ke'tension'an..naseb baek en Rosli xperasan cik nemo. Tiba2 En Din masuk, join sekali. Fuh! Lega cik nemo, sbb bukan cik nemo sorang wakil KESS. Terus die duduk sebelah cik nemo. Alhamdulillah! Tapi tibe2:

En Din: Eh ade pegawai baru rupenye.. (sambil sengih2 kat cik nemo, cik nemo dalam hati.."jgnla ckp bukan2 En Din weh..rase tebal dah muke ni") En Rosli, ni tgk ni, ade pegawai baru ni.. (sambil juehkan mulutnye ke arah cik nemo)

En Rosli: Eh, haaa..mcm kenal! (ketawe)


Cik nemo xtau nk buat xpression cam mane..semua tgk cik nemo..ni la keadaan yg mane cik nemo kurang selesa..ditambah lagi, cik nemo xtau ape2 pasal kursus ni..ditambah lagi..cik nemo menjadi the only one flower lagik kat situ..mmg rasa sgt tertekan! Untuk fasa pertama, cik nemo betul2 lost dgn discussion tu..tapi cik nemo cuba sedaya upaya untuk catch up ape yg berlaku dlm hidup cik nemo di kala dan saat itu..kepala mcm xdpt nk fokus sgt. Masuk slide fasa kedua, cik nemo dah rasa mcm selesa sikit, sbb cik nemo dah ade sikit2 view..sbb slide tuh hundred percent teori psl VSAT..dan kebanyakannya cik nemo dah tau dari segi teorinya, cik nemo pernah belajar dlm subjek Sat Com, pastu cik nemo dah didedahkan dgn teknologi ni awal2 di KESS, jadi cik nemo rasa part of cik nemo punya otak dah stabil sikit keadaannya compare di awal2 kursus td.


Cik nemo: En Din, Petronas pakai DAMA jugak ek? (berbisik-bisik time presentation berlangsung) Bukan PAMA aje?

En Din: A'ah, dua2 pakai.

Cik nemo: Oooo..okie2..


Time cik nemo bisik2, one of the presenter terus tgk cik nemo. Huuu..en presenter, sy pon tau juge psl ni..jgnler tgk pelik2.. ;p Di waktu ptg pulak, dieorang nk ready2 alat untuk praktikel hari esok. Cik nemo tunggu jugak la dalam bilik mesyuarat tuh, bile nk mula. Tibe2:


En Saiful (presenter): Err..name ape td?

Cik nemo: Hidayah.

En Saiful: Aaa..hidayah, jom!

Cik nemo: Erk..gi mane?

En Saiful: Tracking antenna.

Cik nemo: Okie!


Cecepat cik nemo bgn, takut ketinggalan..Masalahnye..mane org2 lain, lps lunch truz ilang..So, ptg tuh cik nemo tgk dieorang psg antenna 1.8m..xder lah besar mane, cume nk psg tuh mmg cik nemo tau, cerewet. Cik nemo tgk ajelah kan dieorang sume psg..xkan cik nemo nk sibuk2kan diri di kalangan kaum2 adam tuh. Dah sampai pukul brape ntah, dah berdiri antenna tuh dieorang sume minum ptg. Tinggal la cik nemo, pakcik Jay ngan pakcik Man. Yes! Org da xder! Cik nemo dan 2 org pakcik lg meneruskan kerja2 terbengkalai iaitu mengetatkan skrew2 yg berjuta2 tuh..dan psg feedhorn. W'pon pakcik dua org tuh xterlibat, dieorg ringan tulang tlg membereskan kerja2 tu. Pakcik Jay letak tangga, cik nemo panjat sbelah kiri, pakcik Jay panjat sbelah kanan. Cik nemo dah truz tukar slipar jepun, lantak la..org2 penting da xder depan mata ehehehe..dah selesai, pakcik Man suruh cik nemo join dieorang minum ptg kat KUA-2, tapi cik nemo xmboh..cari psl nk campor ngan dieorang lg sekali, mane ade org nk sembang2 ngan cik nemo..nnt otak biol lg sekali mcm dlm bilik mesyuarat ;p cik nemo bercangkung tepi koridor sambil berpok pek pok pek tanye itu ini kat pakcik Jay. Maklumlah, dah lama sgt berdiam diri sejak pagi..dah peram lama ;p Lepas tuh, org2 penting tuh sume dah packing2 nk balik, cik nemo kene tunggu pukul 5.30p.m. Cik nemo ckp kat pakcik Jay:


Cik nemo: Ini baru psg, belum tracking, biler nk track nye?

Pakcik Jay: Kul bape doh ni, mmg dok doh ari ni..

Cik nemo: Tu lah, bukan senang nk track, esok la tuh agaknye. (Cik nemo teringt track antenna mase transmission Bhutan ari tuh)

Pakcik Jay: Eh kaklong, dieorg xtrack mcm kite track tuh tau, dah xpakai spectrum analyzer, skrang pakai laptop jek.

Cik nemo: Huh? Pastu kire bacaan signal level jek lah? Xder nmpak carrier lah?

Pakcik Jay: Hoo..die ade alat die tuh, sambung jek nnt ke laptop.

Cik nemo: Dok paham.


Ngeh2..biolah, esok2 tgk cam mane jurutera tuh buat. Cik nemo tdo awal mlm tuh. Pastu tgh mlm cik nemo dpt satu kol, lebey kurang pukul 1 lebey..sape pulak org kol mlm2 ni..cik nemo tgk number jek yg terpapar di skrin phone. Rupe2nye akh Hamdan! Adeehh..dah la ngusik lagi mula2 tuh, aku ingt mamat mane mlm2 buta ngacau..ingt nk letak aje..ditambah mata yg mengantuk dan kaki yg lenguh. Mmg itu jek masa terluang kata Hamdan. Katanye dah lame xsembang2 ngan cik nemo. Maklumlah, dulu2 cik nemo rapat sgt ngan Hamdan ni, lps die join SRC dan jadi presiden, cik nemo dah jauh sikit ngan die..dah jd org penting, mmg bz la..jumpe tgh2 jln pon kdg2 sempat hai2 bye2 aje..Ntah nape mlm tu die teringt kat cik nemo..dikacaunye cik nemo tgh2 mlm ;p cik nemo pon mamai2 jek..tp dgrla masalah ke'tension'an die training, kesian juge, mungkin dah tak tahan simpan kot..Tapi mmg cik nemo betul2 terkejut bila Hamdan kenalkan diri, sbb dah hampir setahun kot tak berjumpa. Kawan punye psl, layan~


Pagi esoknya, cik nemo sambung berkursus lagi. Dah tgh hari, cik nemo xsabar tunggu pukul satu, cik nemo nk balik lunch hour ni, nak jumpa Yayah, Yayah dtg ngan che Iz dan cik Fadhilah, bwk cik Hasanah untuk beli brg2 hari perkahwinan die nnt. Lepas tuh tgh cik nemo merangka-rangka plan, presenter ckp sambung lps mkn. Yes! Tibe2:


Mr.A (xtau nama, one of the participant from Johor): Boss, is it takes a much time to complete the praktical one?

En Saiful: Err..no2..maybe around half an hour.

Mr. A: Is it? Can we juz continue? So that we can go back straightly after that.

En Saiful: Boleh ker sume?

Cik nemo(dlm hati): Argggghhh! Sambung jek la nnt..Gile ape, tracking pon belum. Ingat senang ker? Opps..pakai laptop utk track, maybe betul agaknye, cepat.

En Saiful: Okeh! No problem!


Bermula lah ranjau duri ber'tracking' tgh2 hari buta tuh, tapi waktu tu mendung, nak ujan..jadi xder rasa bahang sangat. Sekali lagi cik nemo berdiri kat tepi melihat segala perlakuan2 si pengajar dan anak2 murid yg terlibat. Cik nemo cuba tgk apa yg berlaku di laptop En Saiful. Ooooo..mcm tu rupenye dalam hati. Tapi signal level sgt rendah..separuh tgk laptop, separuh pusing antenna. Bukan senang nk cari satellite untuk 'facing'kan antenna ke arahnya. Cik nemo terus dan terus tercegat tgk dieorang pusing sana sini antenna tu. Cik nemo berkira-kira dalam hati..pelik dgn cara tuh..betul ker dieorg nie? Nak bersuara, mcm xpatut. Cik nemo pandang pakcik Jay dan brader Mat. Dieorang punye ekspresi muka mcm apa yg cik nemo rasa. Pakcik Jay ngan brader Mat pon berdiri tgk2..nk kacau, mereka xterlibat. Last2 dieorang fed up, waktu dah menunjukkan hampir pukul 2, dah sejam! Dieorang sume pegi mkn. Yes! Sekali lagi, tinggal cik nemo ngan pakcik Jay dan brade Mat. Cik nemo nampak En Saiful tak pegi mkn, rupa2nya die berehat dalam control room.


Brader Mat: Jay! Buat kuar brg kite!


Cik nemo tarik kabel dari luar cucuk kat spectrum analyzer dlm control room. En Saiful ade situ, cik nemo pk2..xpelah, wat xtau aje. Cik nemo dah ready nk menjerit ni. Pakcik Jay dah ready pgg antenna, dan dikala itu hujan turun. Bak kate brade Mat, kejer tak kire hujan panas! Cik nemo sahut cabaran!


Cik nemo: Okey Pakcik Jay! Azimuth, pusing one direction! (sambil melihat isyarat dari brader Mat yg monitor dlm control room, cik nemo kire mcm org tgh) Lagi...lagi...lagi...lagi..pusing3..okie! Reverse! Lagi..lagi...lagi...lagi..dan lagi..dan lagi.. (cik nemo jerit2..dan jerit..) Okie! Elevation, one direction! (Pastu duk lagi..lagi..lagi...sampai rasa mcm sebut gila pon ada)


Cik nemo xkekok sgt sbb cik nemo dah penah lalui mender ni. Lagi2 bekerjasama dgn pakcik2 ni. Dah biasa. Xsampai setengah jam, mission complete! Lepas tu brader Mat bagi arahan supaya simpan balik alat2 KESS, dan tukar balik alat yg mereka bawak. Lepas tuh cik nemo pegi mkn mknn yg disediakan. Cik nemo tgk dah kosong tpt mkn tuh. Cik nemo pk2..sure dieorang dah pegi site balik semula, cik nemo baru nk mkn..Heee..lantakla..dah pukul 3, perut dah xtahan. Cik nemo mkn aje! Dah la xbley balik! Mr.A punye pasal la ni!


Petangnya cik nemo kemas2 nk balik, pakcik Man ajak minum ptg yg disediakan untuk peserta kursus. Cik nemo okie aje sbb ade teman ehehehehe ;p Sampai kat situ cik nemo tgk En Saiful ade, En Rosli ada, dan ada 2 3 org lagi. Cik nemo senyum jek la kan, truz ke toilet cuci tgn. Cik nemo kuar toilet, cik nemo dgr suara ckp dekat En Rosli suruh anak2 masuk minum sekali. Cik nemo jenguk, nampak isteri En Rosli ngan anak2 die sampai dgn kereta nk amek En Rosli. Cikgu Uyun! Cik nemo bergegas keluar, dan dari jauh cikgu Uyun nmpak cik nemo, die terus keluar, dan peluk cik nemo. Cik nemo xkisah dah org2 kat dalam tgk.


Cikgu Uyun: Praktikal sini ker?

Cik nemo: A'ah cikgu, cikgu2 jom masuk meh, kite minum ptg, lame betul xjumpe.


Cikgu Uyun ni cikgu cik nemo di Technic Institute (T.I) dulu, w'pon die xmengajar cik nemo, cik nemo rapat juga dgn die. Maklumla, cikgu Uyun cikgu Akaun, cik nemo pulak budak PKEE, mmg xselaliran lah. Kiteorg sembang2 kat luar la pulak. Lepas En Rosli sekeluarga pulang, cik nemo pulak kemas2 brg cik nemo untuk pulang. Dah sampai control room cik nemo agak terkejut, En Saiful belum balik lagi! Ingt tadi dah hilangkan diri sume da chow. Cik nemo kemas2 nk kuar simpan brg2 dlm kreta, sempat lalu depan En Saiful yg baru lps berborak dgn staff:


En Saiful: Tu, pegi cabut antenna balik.

Cik nemo: Xlarat!


Ehehehe..cik nemo sengih mcm kambeng jek sambil berlalu simpan brg2. Dan kebetulan cik nemo nk balik, die pon nk balik. So seiring dan sejalan, eh tak2, En Saiful di depan, dan cik nemo di belakang, maklumla, umah cik nemo dekat aje, nnt sampai simpang cik nemo belok aje. Dan En Saiful meneruskan perjalanannya pulang ke Cyberjaya.


2 hari berkursus, cik nemo rasa bertuah, at least dpt tau sumthing yg cik nemo xtau. Letih mmg la letih..tp xperience is much precious. Dan hari ni tiba2 pukul 10.30 pagi, cik nemo diajak oleh En Din untuk kerja luar lagi sekali..ke Kemasek, dekat2 dgn Petronas Kerteh yg cik nemo pegi itu ari. To be continue...


Opps..cik nemo sampai rumah pukul 5.30p.m td cik nemo nmpak kereta Ayah Ambak, lps tuh cik nemo dgr suara si kecil jerit "Mak Long! Mak Long!" Farisha!! Cik nemo parking kereta, teruz ke arah si kecil. Wawa pon ade sekali rupenye. Ayah Ambak ngan Mak Yah bwk cucu jln2 rupenye. Dan kami minum ptg bersama-sama..

Tuesday, November 25, 2008

* Pengorbanan *

Sedar tak sedar, dah sebulan cik nemo di KESS, cepat betul waktu berlalu. Tiba2 terasa beban juge kepala bila terpandangkan tool box FYP ;p Norhan, bile mau buat ni? Programming pon sangkut2 lagik..haihh~ Ade nk kene marah ngan ayahanda Khair Razlan ni Norhan..


Semalam, lebey kurang pukul 11 lebey pagi, abah kol suruh balik kejap sebab ada tamu istimewa dari jauh datang. Cik nemo minta kebenaran Shift leader yg bertugas, dan memecut ke rumah. Rasa gembira, sebak suma bercampur baur bila memeluk si tamu. Lama sungguh cik nemo tak berjumpa dengan cik Ani dan cik Dan..bertahun2 sudah. Gembira sbb xsangka dapat jumpa semula dgn org yg selalu memberi kata2 semangat di saat diri sedang melangkah ke alam dewasa. Sedih sebab..pasangan suami isteri itu menghidap penyakit yg agak serius. Cik nemo tersengih bila masuk ke ruang tamu rumah. Cik nemo xkenal yg lain2 tetapi mata cik nemo tertumpu kepada sekujur tubuh yg agak kurus, tapi cik nemo masih dapat mengenali insan yg bernama Suryani tu. Cik nemo tgk sambil tersenyum, mengharapkan sedikit kata2 terkeluar dari mulut cik Ani tanda dia masih mengingati Cik nemo.


Abah: Cik Ani xnampak tu Along.
Cik nemo: Erkk.. (terus ke tempat duduk cik Ani)


Cik nemo melutut menghulurkan tgn, cik Ani bagaikan org buta mencari-cari tgn cik nemo. Cik nemo rasa macam nk menitis air mata..sebab xsangka sampai begitu sekali rupa setelah sekian lama xjumpa. Hati yg sebak terus ke dapur, cari umie, sbb seorg lagi insan xdpt kucari.


Cik nemo: Umie, mana cik Dan? Xdok pong Along tgk..
Umie: Cik Dan yg duduk tepi sekali kerusi tuh..yg nampak mcm dah tua sgt.. (senyap).. Umie pon xkenal tadi..
Cik nemo: Ha? Ya Allah! Marahla cik Dan..Along xtego die, tp mmg along xdpt nk recognise yg mane satu umie..


Cik nemo bergegas ke depan semula. Sekujur tubuh di tepi dinding, memandang cik nemo. Terkejut! Cik nemo cuba kawal emosi dgn senyum..


Cik nemo: Cik Dan...(terkedu)..err..jemput minum kat sini cik Dan..
Cik Dan: Ha...xpe2, cik Dan xleh mkn nie..nk buat hemodialisis jap lg..


Penyakit cik Dan telah cik nemo ketahui awal2 dulu, tapi cik nemo xsangka begitu cepat perubahan diri cik Dan..kurus..jln dah xberapa betul..sebelah kiri badan mcm dah keras kesan strok..Teringt 4 tahun lalu, cik Ani mengambil keputusan untuk bertukar ke Penang, atas alasan keluarga cik Dan ada bersama untuk menjaga cik Dan. Cik Ani lah yg bwk kreta, bwk cik Dan untuk berubat..cik Dan seratus peratus bergantung pada cik Ani yg setia menemani. Di kala ini, cik Ani pula terpaksa meminta bantuan dari org lain untuk menuntun tgnnya untuk berjalan. Matanya dah xboleh melihat..Cik nemo terpk, mcm mana suami isteri ni meneruskan hidup..kedua2nya masih muda. Mmg sgt2 muda lah dari abah ngan umie..tapi..kedua2nya kelihatan sgt gembira...tp siapa tahu gelora di hati kan..Cik nemo doakan yg terbaik buat mereka berdua. Semoga ditabahkan hati mereka..dan cik nemo juga!


Pagi ni waktu cik nemo teman umie menyediakan breakfast, tibe2 cik nemo nampak sesuatu atas bumbung kreta..amboi2..kucing rupenyee..lenanye die tidur! pic tuh cik nemo snap bila kucing tuh dah menggeliat nk bgn.. abeh lekat tapak kaki die..

Hari ni cik nemo susah sangat nk pilih baju kurung mana satu cik nemo nk pakai, cik nemo terpk, buat ker ada pelawat dtg, pakai cincai2..susah jugak..tapi cik nemo memilih nk pakai simple2 jek ari ni, no belit2 tudung ehehehe, juz lepas kedepan aje..Sekali, sampai opis, mmg ada org nk dtg, ada kursus VSAT rupenye..engineer dari cyberjaya akan turun. Dah duduk2, dieorang sampai..cik nemo buat2 biasa jek la kan, cik nemo bukan kenal pon, sengih2 jek lah, pastu muka engineer2 tuh serius aje, takot jugak cik nemo. Cik nemo pk2, cik nemo xterlibat dgn mender2 besar mcm ni..jadi..juz sit comfortably ;p Dan tiba2..

Boss: Hidayah, jom join kursus, 2 hari ni, ari ni dan esok!

Cik nemo terkedu. Biar betul boss nie. Cik nemo dah la xtau ape2 pasal kursus ni.

Cik nemo: Err..betul ker nie? Join kursus tuh? Betul ni? Xpe ker?

Ntah brape kali Boss sebut "Iye!" cik nemo bergegas keluar, ke kereta utk memakai kasut! ;p al maklumla..berselipar jepun~ Err..cik nemo rasa dah mengantuk, cik nemo sambung esok jek lah apa yg terjadi kat cik nemo dalam kursus tuh, esok kursus lagik! Huuuu..mintak2 okie la esok.. Amin~