Salam hijrah untuk semua pembaca budiman,
Semalam, semua orang bercuti umum, kerana menyambut tahun baru Islam. Mungkin cuti umum itu ditunggu-tunggu, tetapi intipatinya dilupai umat. Setiap saluran di televisyen memaparkan tazkirah-tazkirah, perbincangan mengenai Maal Hijrah. Dan, dikala itu kita dapat lihat pengacara yang tidak bertudung, bertudung di kala dan saat itu sahaja. Buat apa?? Tidak terbit rasa insaf, tudung yang dipakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Tidak merasakan kehinaan diri dan banyak berdosa dengan Tuhan mahupun manusia. Tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan kecil yang memang mampu kita laksanakan. Tudung dipakai hanyalah kerana melaksanakan arahan dan tugasan yang diberi producer kononnya sekadar menghormati hari mulia ini. Tidak pula terfikir untuk melaksanakan perintah dan amanah Tuhan. Ditambah pula slot-slot bagaimana menggayakan tudung-tudung yang sudah sedia maklum berbagai fesyen di abad ini. Tipulah sekiranya tidak terbit rasa bangga di hati tatkala berjaya menggayakan fesyen-fesyen tersebut. Walaupon bertudung, riak semakin membesar dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah, terasa tudung kitalah yang paling cantik, sofistikated, up-to-date, ada kelas dan sebagainya. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Tiada langsungkah perasaan kekerdilan dengan jasad yang dipinjamkan ini? Kerna itu kadang2 terbit dalam hati, "baik toksah pakai tudung kalo camtuh! buat malu jek!" Nilai tudung sudah dicemari dengan orang-orang sebegini.
Walau apa-apa sekalipon, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap Muslimah. Samada baik atau tidak akhlak seseorang itu, itu adalah antara mereka dengan Allah. Kerna itu, persoalan yang terbit tadi cik nemo cuba buang jauh-jauh. Tidak wajar rasanya mengatakan si A itu walaupon bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran itu adalah satu dosa, tidak menutup aurat adalah satu dosa lain. Cuma bila begitu, sedikit mencemarkan imej Islam itu sendiri. Mungkin ada yang berpendapat, "aku ni belum sampai seru, belum cukup baik untuk pakai tudung, nanti aku pakai tudung, aku buat perkara bukan2, kan ker parah tuh". Tidak bermakna akhlak belum boleh jadi molek tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, kesilapan diri boleh diperbaiki dari masa ke masa. Tudung di luar, tudung di dalam juga (hati) ;)
Tanpa kita sedari, orang-orang bukan Islam mungkin tawar hati untuk masuk Islam dek sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum hakam Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Cik nemo mengeluarkan pendapat ini kerana cik nemo pernah berada di dalam situasi di mana keluarga besar cik nemo pernah menerima seorang saudara baru satu saat dulu.
Maisarah Mei: Kenapa perlu pakai tudung? Kenapa ada saja orang Islam yang tak pakai tudung?
Itulah persoalan yang dilemparkan bilamana dia tau, seorang yang dah memeluk Islam wajib memakai hijab. Di waktu itu cik Fadhilah mengeluarkan hujah2 nya memandangkan umur cik nemo dikala itu boleh dikata masih hingusan. Nak mengeluarkan pendapat, ilmunya kecil sangat. Bukan sekadar itu, umat Islam sendiri yang sudah mula mahu berjinak dengan pemakaian tudung kadangkala mematikan niat kerana kerenah yang tidak molek dari si pemakai. Tetapi, mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih! Cik nemo agak gentar untuk mengeluarkan bibit bicara mengenai peralihan budaya ini, kerna cik nemo sendiri juga belum cukup mantap perilakunya. Hanya sekadar memberi peringatan buat diri sendiri yang kadangkala lagho dalam kehidupan seharian. Maaf dipinta sekiranya menyinggung mana-mana pihak. Tidak terdetik dalam hati cik nemo untuk menuju kepada mana-mana pihak, semua ini datang pabila cik nemo melihat sendiri keadaannya. Cik nemo selalu mengingatkan diri sendiri, semuanya bermula dari sendiri kerna kitalah agen pengembang agama!
Haaa..cik nemo lupa nak cerita, perihal kedatangan Cik Lie sekeluarga di teratak cik nemo Ahad yang lepas. Kedatangannya membawa tokki dan tokwan berjalan-jalan ke rumah cik nemo. Pagi2 lagi cik nemo telah diberi tugas untuk keluar membeli laksam, sebagai juadah untuk tamu yang jauh. Di waktu ptg, cik nemo menjadi pemandu pelancong buat mereka pusing2 Kuantan ditemani hujan yg agak lebat. Mereka mengambil keputusan untuk pulang ke Kemaman lepas magrib. Semua berjemaah bersama diimamkan tokki selepas azan dilaungkan. Kami juga turut mengaminkan doa awal tahun yang dibaca tokki dalam keadaan yang tenang. Selamat berhijrah semua! Bagi cik nemo, hijrah bukan sekadar tunggu waktu dan tika ini, malah hijrah boleh dilakukan setiap hari!

No comments:
Post a Comment