Monday, December 31, 2012

Si kecil..

Ye betul..
Kitalah yg meng'gelap'kan hati mereka TANPA sedar..kemudian kita lebih gemar menyalahkan org lain atas ke'jahil'an kita sendiri, bukankah kita ibu dan ayahnya?

And..
At the end, we wonder why...they don't grow up right..

Mari bermuhasabah kawan2! Semoga kita menjadi ibu dan ayah idola buat anak-anak..insyaAllah!

Didikan mereka,
senantiasa menjadi peringatan dlm hidupku, 
kerna,
merekalah idolaku!

Sunday, December 30, 2012

Kembali

Alhamdulillah!
Segalanya berjalan lancar. Khamis lepas, kami ke KL untuk appointment Fitri pada keesokan harinya, Jumaat. Fitri kene terima satu injection yg diberi nama Synergis buat kedua kalinya. Vaksin ni Fitri dah terima pertama kali sebelum discharged itu hari. Another four Synergis shot to go yg mana jumlahnya adalah six shots, sebulan sekali..insyaAllah dijangka habis pada April nanti. Sebenarnya vaksin ni diperlukan oleh setiap bayi terutamanya premature baby untuk mengelakkan jangkitan yg dipanggil RSV (Respiratory Syncytial Virus). Dipendekkan cerita - untuk hindar dari respiratory infection. Fitri lahir bulan hujan...musim ujan ni ramai yg batuk, selsema dan sebagainya. Jadi, memandangkan sistem imunisasi badan bagi bayi pra-matang belum betul2 kuat, ia mudah berjangkit (minta dijauhkan..). Begitu juga dengan perokok, perlu dijauhkan! Eheemm..mcm doktor tak bertauliah berckp tak? :P Semua ilmu ni cik nemo dpt masa berkampong di spital itu hari..hehe..

Bukan setakat jadi doktor tak bertauliah, boleh jadi nurse tak bergaji juga haha..mana tak nya, mcm2 ubat dan vitamin nk kena study ;) tp skrg insyaAllah tak yah tgk diari lg..dh dlm kepala sukatannya..


Bukan Fitri aje perlukan vitamin, ibu juga memerlukan supplement yg cukup untuk sihat. Ibu ambil peluang berpantang lepas bersalin dipanjangkan..ye lah, dh alang2 mkn kena jaga, benda bagus, jadi kenela tahan nafsu mkn sket hehe..lagi pulak nk kena berjaga mlm..kena tenaga yg cukup supaya dalaman dan luaran xnmpak lesu dan letih ;) eh, abah Fitri dh sampai! :D stop dulu celoteh ptg2 ni, minum susu dulu sementara buaikan Fitri! daaaa~

Thursday, December 20, 2012

From this moment on..

Rasanya xlambat lagi untuk mengucapkan tahniah buat teman baik dunia akhirat cik nemo, sis Ain Zalikha a.k.a Megi. Tahniah Megi! Tulaa..lain kali jgn ckp beso..xnk kawen lagik kunun...pastu dh xley simpan, dtg bisik2 ngan I nk cerita gossip panas..haha.. Ur story, I knew it from the beginning and I'm praying for it to be the most wonderful and memorable story in you life. Terima kasih kerana memilih I untuk menjadi pendengar setia cerita2 you. Mana taknya, setiap kali you meeting kat Menara TM, kompem you akan dtg lepak opis I, even I ade meeting pon, kaki you dah tau sendiri mana nk pegi kan hehe..smpai dah kene mark tu...

Selamat Pengantin Baru Megi & Naz!
Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu, dan menghimpunkan kedua kamu dalam kebaikan, insyaAllah...Amiinn~

Tuesday, December 18, 2012

Miracle!

Sementara Fitri tido lena ni, boleh la surfing2 kejap. Baru lepas antar gambar Fitri kpd abahnya di KL. Bila duk tgk balik Fitri hari ni, jauhnya beza dengan 2 bulan yg lepas...siapa sangka..alhamdulillah! syukur padaMu ya Allah atas segala pemberian yg tidak ternilai ini...segala ujian dan cabaran aku terima dengan redha dan pastinya mempunyai hikmah tersendiri..

Fitri di awal kelahiran. Wajah yg setiap hari hati tidak sanggup melihat apa yg ditanggung.
Hari ini, selepas 79 hari, inilah Fitri! Ibu kasi tunjuk separuh dulu, baby Fitri maseh malu..hehe...

This is what we call - MIRACLE
thank u Allah..
thank u Allah..
thank u Allah..

Saturday, December 15, 2012

Penyelamat datang!

Sedar tak sedar dah 11 hari Fitri keluar hospital. Alhamdulillah, kesihatan dan beratnya semakin bertambah baik dari hari ke hari. Malam pertama Fitri di rumah, seperti jangkaan doktor dan nurse Fitri, Fitri mmg xberapa boleh tidur dan asyik merengek. Iyelah, peralihan tempat kata mereka. Lebih 2 bulan berada di NICU...Mommy jgn panic kata mereka hehe..hanya 2 mlm pertama, later on, Fitri mula get used with a new environment, alhamdulillah!

Khabar Fitri balik rumah telah diwar war kan kpd atuk2 dan nenek2 Fitri di KL. Terima kasih tak terhingga ibu Fitri ucapkan kerna memahami situasi kami. Sms mereka layangkan untuk menjenguk cucu mereka. Ibu Fitri appreciate sgt2, tapi dalam masa yg sama ibu Fitri cuba menerangkan keadaan Fitri yg masih tidak berapa kuat dan cepat terdedah kepada infection (minta dijauhkan..). Doctor dan nurse tak henti2 advice agar tidak mendedahkan Fitri di kawasan yg ramai org. Ibu Fitri pon sempat berpesan agar mereka2 yg nk dtg jenguk cucu biarlah pagi hari sbb baby pon maseh fresh, jgn dtg lewat petang dan malam..maklumlah, budak kecil kan...kita tak tahu, dengan keadaan yg masih agak lemah...mcm2 gangguan boleh berlaku...waima bayi normal pon org tua2 selalu berpesan mcm tu..

Feedback dari mereka:
Cik Lie: Ehh..kalau mcm tu kami tunggu baby fit sikitlah baru dtg
Ayah Mie: Kami xmau dtg lagilah, lagipon amie ade batuk2 sket, danial pon selsema
Chekde: Kami dtg nnt2 lah tgk cucu..

Sesungguhnya kami sekeluarga tidak kecil hati langsung, malah berterima kasih kerna memahami keadaan mujahid kecil kami..Fitri normal, sehat..cuma kami masih kena berjaga-jaga untuk beberapa bulan ni..

Sedikit ujian kecil buat kami, bermula malam hari selasa, Fitri mula merengek rengek yg berpanjangan, xtidur..ibu, abah dan nenek Fitri mula bergilir-gilir memujuk..membaca ayat2 yg patut..dari pukul satu pagi, pukul 5 pagi baru Fitri tidur lena..kesian sgt tgk matanya yg bengkak menahan mengantuk...kami xtidur xkisah, tp bila tgk Fitri...sayu rasanya...perasaan bercampur baur, ibu Fitri cuba untuk membuang jauh perasaan kusut dan marah dengan keadaan yg ibu Fitri dpt jangka sebabnya...oh Tuhan, maafkanlah aku berperasaan begitu..

Keadaan berlarutan sehingga khamis mlm, sampai serak2 suaranya menangis...ok, i need to do something! Tgk jam di dinding - 1a.m

"Umie, tolong talipon abah, along rasa kita balik..next appointment nnt lain pikir.. "

Sebenarnya, mmg kami rancang untuk bawa Fitri balik kg, tapi selepas next appointment untuk injection, budak kecil, kesian nk bawak travel jauh2 ke hulu ke hilir...sedangkan kita yg tua ni pon rasa penat, apetah lagi si kecil..sbb tu lah kami hold kan dulu hajat utk pulang ke kg. Apepon, inilah yg dikatakan..kita hanya merancang..

Terima kasih xterhingga buat ayahanda tersyg yg bergegas dari Kuantan ke KL pagi2 buta semalam. Terima kasih juga kulayangkan buat bonda tercinta kerna sentiasa bersama aku dalam setiap keadaan sekalipon. Alhamdulillah, Fitri tidur lena sepanjang perjalanan..kami yg terlebey risau...perubahan positif dpt kami lihat hari ni, moga2 berterusan...amiinnn~ Doakan buat Fitri yer ;)

sumtimes,
u hv to be strong..
for urself..

Saturday, December 8, 2012

My appreciation

Di kesempatan ini ibu Fitri nk ucapkan bebanyak terima kasih kpd semua atas doa dan sokongan kalian. Muhammad Fitri discharged with 2.16kg on 5/12/12 setelah 52 hari dlm 'bungalow'nya dan 66 hari di NICU Hospital Pantai KL. Mudah-mudahan mujahid kecil ini membesar dgn sempurna seperti bayi normal yg lain insyaAllah!

Bermula dari 5/12/12, ibu Fitri telah mengambil keputusan untuk mengambil cuti tanpa gaji bagi menjaga Muhammad Fitri. Sejak hari Fitri dikeluarkan dari 'bungalow'nya, setiap hari ibu Fitri dtg pagi waktu org pegi ofis, dan balik mlm harinya..orientasi di hospital on how to handle premature baby. Dari cara mandi, feeding, cara tgk machine2 support bekerja sehinggalah memberi mkn ubat, semua perlu di'train'.  Bukan mudah dan ibu Fitri perlu kuatkan semangat untuk menghadapinya. Xramai org akan faham dengan keadaan ni..dan bukan mudah untuk membuat org faham. Rasanya xkan ada baby sitter yg sanggup untuk buat semua procedure ni melainkan...yg berbayar tinggi la kan...

Semoga Tuhan mempermudahkan segala urusan kami, dirahmati dan diberkati hidup, insyaAllah..

Tuesday, December 4, 2012

I'm back!

Yuuuhuuuu!
I'm back to the office yesterday..1st thing yg cik nemo buat bila sampai office, cik nemo betulkan calendar atas meja yg dah outdated..dari bulan lapan lagik xbergerak..hehe..dalam hati, sekejap nye masa berlalu, it's already 2 months..lepas tu meja xpayah nk kemas sgt, sbb meja cik nemo xbersepah, cuma mungkin masa ketiadaan tempat cik nemo digunakan utk testing ker ape, wayar LAN sampai ade 3 tuu berselirat atas meja..so sudah selamat cik nemo sorokkan hehe..lepas tu angkat talipon, oh nooo...! takde bunyik! musti depa duk main cabut2 kat bilik server blakang niee...disebabkan baru masuk keje, so macam xheran sgt talipon xbunyik, otak kan baru nk refresh giteww...hehe..sudahnya, ari ni pon mungkin kong lagik..bagus2..

Hari kedua, masih lagi kelam kabut dalam menguruskan masa bila dah bertukar title nie..barang Fitri nak kene ready every morning, sampai opis, breakfast ngan abah Fitri, terus headed ke hospital utk memberi salam and say gud morning to our luvly son for being with us!

Times up! Got to go. C ya!

Thursday, November 22, 2012

Salam Tahun Baru!

Alhamdulillah..
Syukur kepadaMu ya Allah kerna masih memberi peluang buat kami menjadi khalifahMu di muka bumi ini, kerna masih dipinjamkan nafas buat kami untuk terus sujud kepadaMu, dan menghadiahkan kami sebuah perasaan yg tidak boleh digambarkan - menjadi seorang ibu dan ayah kepada mujahid kecil kami, Alhamdulillah!

Kata orang, masuk tahun baru, pastinya mempunyai azam baru! Ye betul, berubah! Biasanya, perubahan ke arah kebaikan ni selalu susah nk dilaksanakan kan..ehehehe...biasalah, dah selalu berada di tabiat yg lama, walhal sedar tabiat itu kurang baiknya ;) Bagi cik nemo, sewaktu melangkah ke alam perkahwinan, cik nemo dan abah Fitri sama2 berdiskusi mengenai beberapa perubahan yg perlu dilaksanakan bagi memenuhi keperluan hidup sebagai sepasang suami isteri. Iyelah, dulu bujang, lepas tu berdua..bak kata org suasana tu dah jadi lain.

Kalau dulu kita seorang yg cepat marah, sekarang perlu menjadi lebih penyabar dan rasional. 
Kalau dulu kita kurang dalam pengurusan masa, sekarang perlu lebih bijak dalam mengatur masa.
Kalau dulu kita agak kurang arif dalam ilmu agama, sekarang perlu lebih mendalaminya.
Kalau dulu kita suka buruk sangka dgn org, sekarang perlu lebih menjernihkan minda dan bersangka baek.
Kalau dulu kita agak boros berbelanja, sekarang perlu lebihkan ke arah keluarga serta banyakkan bersedekah.

Bila sebut pasal perubahan ni, bukan semua org dpt menerimanya, terutama dari kalangan org2 terdekat. Persoalan spt kat bawah ni cik nemo rasa normal kot:

"Si polan tu, sejak kawen ngan si polan tu..dah berubah! Dah lain sgt!"
"Kene queen control la tuu.."

Itu contoh2nya la kan..tp rasanya xsalah juga dengan persoalan dan kenyataan begitu..iyelah, mana mungkin org2 terdekat boleh menerima perubahan drastik dalam masa terdekat..dulu sepenuh perhatian dizahirkan buat keluarga sendiri sahaja, tapi bila dah berumah tangga secara automatiknya, keluarga mertua juga menjadi keluarga kita..jadi separuh ke sini, separuh ke sana. Dalam setiap perubahan yg cik nemo dan abah Fitri cuba laksanakan, cik nemo selalu berpesan kepada abah Fitri agar lebih mendahulukan keluarganya kerna;

Redha Allah pada seorg isteri terletak pada redha suaminya, manakala
Redha Allah pada seorg ank lelaki terletak pada redha ibu bapanya.

Terutama bakti pada seorang ibu. Cik nemo juga mempunyai seorg adek lelaki, jadi cik nemo akui naluri seorg ibu kepada seorg ank lelaki ini amat halus, malah lebih mudah terasa hati. Boleh terjadi di mana penyerahan anaknya kepada seorg gadis utk dijadikan seorg isteri dirasakan kehilangan atas sesuatu yg amat dia sayangi..mungkin boleh membawa kepada perasaan bahawa anaknya "dirampas" org... Kerna itulah, pesanan kepada abah Fitri sering cik nemo ingtkan bila terlupa ...

Tidak kisahlah perubahan apa pun yang kita laksanakan, mudah mudahan menjadi lebih baik dari sebelumnya. Cik nemo tahun ni dah jadi seorang ibu kepada seorang anak lelaki, alhamdulillah! Mudah mudahan, diberi peluang menjadi seorang ibu yg baik dalam memberi didikan yg sempurna buat mujahid kecil ini. Doa ini jugalah cik nemo selitkan tatkala sama-sama mengaminkan doa awal tahun yg dibaca oleh tokki bersama tokwan, bonda, dan abah Fitri sejurus slps solat Magrib.. Mudah mudahan doa kami diterima. Amin~

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Semoga Tuhan merahmati kita semua..insyaAllah!

Tuesday, November 6, 2012

FYP

Seingat-ingt cik nemo la kan..bulan2 mcm ni 3 tahun yg lepas, cik nemo ngan besties baru lepas satu fasa 'kegelapan' - 1st phase of Final Year Project.

Oh mase tu, xtahu lah apa yg kami bebelkan dan kelentong juri2 hakim yg mendengar..dan yg pasti kelentong kami tu akan kene libas lah kan di akhir presentation session ;p mau tak nya, masing2 baru nk familiar ngan ape yg nk kene buat..kunun present konsep..kelentong habes habesan..gempak2 masing2...time 2nd phase on the final semester, haa amek kau...mata masing2 mcm zombie..jalan pon xberapa nk center, tido mlm asyik mengigau kira antenna frequency (aku la nie...) lah, kire motor rotation laa..MPEG la...JPEG laa..bergantung kpd project masing2..yelah, nk buktikan konsep yg dikelentong tu betol ;p nk kene pahamkan juri2 hakim lagi..dapat mcm cik nemo ni ha..juri hakim foreigner, mau xgagap2 jawab! soalan2 tanye pulak mcm biaselah, yg kite xprepare tu lah die tanye kan...naseb badann...


Kami masing2 duk cek jadual masing2 bila kena present...lepas tu pakat2 gi tgk presentation member, bukan ape...bagi semangat giteww...tp yg bestnye..jauh dari sudut hati masing2 sebenonye, kalo boleh jgnla member dtg tgk ;p haha..tapi sbb nk bls budi kan..ko dtg tgk aku, aku dtg tgk ko lah kann..padahal cm bls dendam jek sebenonye hehe..tapi tu lah, kami student2 Melayu ni ciput sgt kat fakulti kami ni..itu yg sorang jadi abg long, sorang jadi kak long, sorang jadi adek..kire mcm adek beradek lah..


Sungguh lah, xboleh nk lupa semua moment2 ni..bila dah final sem, perasaan tu lagik xboleh nk ditafsirkan..duk sibuk nk bukukan projek masing2..mase tu aku rase kaya kedai stationary kat bukit beruang tuu..mane taknya, 3 copy nk kene buat..juling mata duk print mende2 alah tuu...last minute action kalo xde mmg xsah la kan sebagai student ;p bila dah hantar, fuuhh legaa~ Ni lah hasil 5 tahun bertapa..


Selepas 3 tahun nie, byk sgt yg dah berubah...kami kebanyakan nya dah mula berkeluarga..tapi silaturrahim dan ukhuwah yg dibina tetap utuh..walau tidak byk lagi berkomunikasi face to face, msg2 di talipon, tapi MukaBuku kan ade ;) Doa cik nemo, moga2 ikatan persahabatan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat insyaAllah!

MAY GOD BLESS US!

Pssstt! Nazri dah lepas, pastu sis Megi...xsabar nk tunggu cik diba, sis aida, ruby, and my forever luvly bros - arep, amir and zahid for their turn!

Friday, November 2, 2012

Saya setuju!

I'm truly agreed with Farah Lee when she said,

"A good muslimah is not the one who is only good at reading the Quran, but also in managing her time, her home, and her appearance".

Tuesday, October 30, 2012

30hb

Pejam celik pejam celik dah sebulan pon our lil' mujahid, Muhammad Fitri. Keadaannya alhamdulillah makin stabil dan beratnya naik dari hari ke hari..wayar2 seranggoh di tgnnya juga dah dicabut dan yg paling rasa terharu, nurse dah pakaikan sarung tgn dan kaki yg dibeli abah Muhammad Fitri sehari selepas raya. Abahnya kalut balik spital, sampai2 umah duk jinjing beg plastik, penuh ngan sarung2 kaki tgn + napkin. Sebenarnya, stok sarung2 kaki tgn Muhammad Fitri dah ada dibeli oleh Cik Ngah, Uncle Bani ngan Acik Yayah dia...tp bonda bawak balik semula ke Beserah..katanya nanti xda org basuh kat sini..hehe..mekaseh umie!

Ramai yg tanya, "dah ade nama ker baby?", "nama baby ape?"
Seingt-ingtnya beberapa hari selepas kelahiran, kami duk kalut pk nk letak nama apa, pasalnya Muhammad Fitri nk kena duk hospital lama, jadi kene wujudkan profile dia cepat2...sejujur-jujurnya ibu dan abah Muhammad Fitri belum lagi ada nama yg dirancang-rancang...cuma sewaktu kami tahu jantina baby, kami start panggil Muhammad..cuma Muhammad..sibuklah makcik2, acunya, atuk ngan neneknya sama2 pk sewaktu di hospital...

Kata ayahanda, "Abah rase kita bagi nama Muhammad Asri lah"
"Haaahh?" Masing2 macam terkejut sambil ketawa...bonda awal2 lagik dah reject..haha..macam mana lah abah boleh terpikir nama tu...katanya masa nk angkat takbir smayang tiba2 terlintas, oh.. Muhammad lahir masa waktu Asar...jadi bagi nama Muhammad Asri...haha...tak kusyuk ok abah smayang! ;p Kata abah, xkisahlah nama ape2 pon, asalkan maksudnya elok, jgn panjang2.. tak terlalu "gempak" sgt namanya..kata org tua, takut tak tertanggung nama tu dibawa tuannya...

Last2, abah Fitri pon sebutlah satu nama - Muhammad Fitri.
Kami semua dengar macam sgt sesuai jer namanya..jadi kami semua pon sepakat setuju ngan nama comel tu ;)

Bila dah menjawab persoalan tetamu2 yg hadir melawat mengenai nama mujahid kecil ni, byklah pulak komen2 yg diterima kan... "Kenapa Fitri? Bukan hari raya pon..", "Haah? Fitri?"

Kenapa...? Pelik sgt ker..? Ataupon agaknya dah jadi ritual org2 skarang bagi nama yg agak gempak2 kan..jadinya nama ni mungkin nampak agak 'kekampungan' kot...whatever....hehe.. xkisahlah org nk ckp ape, yg pasti abahnya ada ceritanya sendiri..Fitri bermaksud semulajadiku..asalnya dari perkataan Fitrah. Secara fitrahnya, secara semulajadinya, anak kami nk lahir awal, nk keluar dengan cara yg begitu....pasti mempunyai hikmah di sebaliknya kan..asalkan selamat semuanya..insyaAllah ;)

Muhammad Fitri..
Does it sound nice?
Oh yeaahh...
Whatever they gonna say,
Mom & Dad luvs u damn much!
Mmuahh!

Friday, October 26, 2012

Salam Aidiladha

Hari ni dah raya. First time tahun ni kami xbalik kampung untuk beraya. Teringt pulak time duk MMU dolu2...seingtnya tahun kedua cik nemo duk beraya di Melaka..dengan kedai tutupnya...last2 pegi mkn kat JJ Ayer Keroh...phewww...mmg xbest! Seb baek ade Ja ngan Ain...semuanya gara2 XM pas raya...balik jer mkn, masuk bilik, terus duk kat meja ngadap dinding masing2..oh..sgt stress...org duk mkn daging..kami duk kekoh notes yg bersepah!

Tapi kali ni berbeza pulak situasinya. Tahun lepas raya aji berdua..tahun ni bertiga :) Tahun lepas kebetulan raya aji tu kami boleh dikira pengantin baru lagiklah sbb kawen time Syawal kan..jadi kami xbeli baju raya pon, pakai aje baju nikah hehe..

Tahun ni pulak, baju raya mmg xdelah kan...terberanak awal ;p jadi bgn pg2 masa abah Muhammad Fitri gi smayang raya, ibu Muhammad Fitri pon bukak almari cari baju kurung...dengar takbir raya, rase lah jugak nk bergaya..bak kate bonda, "Dalam pantang ni slalu kene kemas2...wangi2..jgn selekeh2.." Oh mmg btol..rasa mcm org sehat! Nampak baju mengandung, teringt pulak kat Muhammad Fitri...kalau tak, musti Muhammad Fitri maseh dlm perut ni ha...die nak raya kat luar rupanya..hehe..

Cepat2 besar yer my luvly son..ibu ngan abah senantiasa menghitung hari untuk peluk cium kamu! Semoga menjadi anak yg soleh dan pandai!

Friday, October 19, 2012

Saya seorang..

IBU!

Ya! Benar..cik nemo telah bergelar seorang ibu bilamana cahaya mata yg ditunggu-tunggu selamat dilahirkan pada 1st October yang lepas..Alhamdulillah...walaupon keluar agak awal dari bayi2 normal yg lain, keadaannya alhamdulillah baek semuanya..kecuali saiznya lah kan...cepat2 besar yer my luvly son! Boleh keluar hospital cepat2...

Rentetannya bermula pada Sabtu 29th September yg lepas bilamana cik nemo dan my lifetime drebar seperti biasa ke hospital untuk membuat check-up. Hasilnya, cik nemo terpaksa ditahan kerana air ketuban dilihat sangat kurang untuk environment baby kat dalam 'rumahnya'. Kalau ikutkan kata2 doktor yg mmg cik nemo tak kan lupa sampai bila2:

"Hidayah, I think..we need to take out this baby today.." Cik nemo pandang my lifetime drebar..perasaan masa tu sapa2 tak boley nk interpret termasuklah diri cik nemo sendiri..my lifetime drebar juga kelihatan di awan awangan..genggaman tangannya semakin kuat dirasakan....Ya Allah..permudahkanlah....doaku di dalam hati..

"Doc, what's the chances if I'm to go thru this?"
"Oh, the chances is good..but the baby need to be place in the incubator..sbb saiz dia yg kecil.."

Dipendekkan cerita, doktor pon dah tgk cik nemo yg dah berlinangan air mata..dah xboley berckp..doc pon bagi a new suggesstion...tahan cik nemo selama 2 hari di wad untuk monitoring..hari Isnin 1st October doktor akan scan balik dan buat keputusan...dan keputusannya..semua pon dah tau..mmg kene keluarkan baby sbb air ketuban pagi Isnin tu hanya cover part muka baby jer...tpt lain dah xada...kebetulan ayahanda pon ada masa keputusan dibacakan *ok..mcm dlm mahkamah dgr keputusan*...jadi cik nemo dah kene start puasa sbb procedure akan dijalankan pada pukul 4.30ptg nnt...

Terima kaseh kepada keluarga tercinta sbb dtg truz ptg Sabtu tu..trime kaseh kepada ayahanda dan bonda for everything...both of u made me strong to went all thru this..

Patient kene pose, jadi tokki ngan tokwan amek semangat perabeh makanan! Heartfelt thanks Umie & Abah..
for all that you have done for me. Luv both of u damn much!

Cik nemo xsangka Nadiah pon dtg..thanks a lot to my bro in law, Bani for giving her permission to visit me..
Mekaseh uncle Bani, sbb belikan banyak barang untuk Muhammad Fitri yg mana ibunya sendiri pon xsempat!
I'm prayin' for the best of both of u!
Lagik xsangka bila Yayah dan Ucop yg akan start semester on Monday 1st October turut serta dtg untuk bagi semangat buat Along..sacrify ur few days on ur semester...mekaseh semua....u  all know that I need it...

Gigih tunggu along di luar Operation Theatre sambil study..a million thanks to both of u for ur care, attention and luv!
Along luv both of u damn much!
Orang yg btol2 berada di samping cik nemo sepanjang masa..the most and the greatest thanks to my lifetime drebar...my beloved husband...we are now so called Abah and Ibu! ;D

"Ayah baby amek semangat" Yeah..pic dan kata2 oleh Nadiah terserlah dalam gambar ni..terima kaseh abang..kerna berkongsi debaran ini bersama..(kalau die susah ati mmg die akan tido) @2.00p.m
I wanna say,
I'm the wealthiest woman in the whole world b'coz I have the most loving husband ever! And now I have a lil' mujahid of mine!

Genggaman tangan itu..
Titisan air jernih itu..
Di tika dan kala itu..
Akan menjadi ingatan ku..
Sepanjang hayat..
Terima kasih abang..
Oleh itu..
Terimalah hadiah ku buat mu..
Muhammad Fitri b. Farhan Affandi..


Credit: Pssstt! Terima kaseh tak terhingga juga buat makcik2 dan pakcik2 cik nemo yg duk update condition cik nemo di fb group bersama adek2 cik nemo dari pagi hari sampailah saat kelahiran Muhammad Fitri.. Terima kaseh banyak2 atas doa2 kalian! Hanya Tuhan yang mampu membalasnya.. You guys now dah jadi nenek dan atuk tau! hihi...

Wednesday, October 17, 2012

Tahniah!

Congratulation to all my fren yg dah konvo for their Master! ;D

Sunday, September 23, 2012

Pengaturan..

Yang pastinya Allah mempunyai pengaturan-Nya sendiri yg tidak diketahui oleh hamba-hambanya..kami cuma bermohon dan akan terus bermohon moga2 dipermudahkan segala urusan kelahiran mujahid kecil ini...buat masa sekarang aku perlu berehat dan makan byk2...mudah mudahan mujahid kecil ini membesar dengan sihat dan sempurna...

Bila nk dibuat perbandingan dengan ilmu pengetahuan doktor dan kecanggihan teknologi skarang yg boleh mengesan bermacam-macam proses pembentukan bayi..fuhh mmg terkedu dibuatnya...bila tahu byk benda, rasa takut dan gelisah mulalah bermain di fikiran...tak tenteram dibuatnya...mujur ada suami tercinta yg byk menyokong dan memberi semangat yg tak pernah putus2....ditambah dengan bonda dan ayahanda tersyg yg xputus2 memberi kata2 semangat untuk menghilangkan gundah gulana anakanda...terima kasih tak terhingga..mudah mudahan doa2 kami didengari dan diperkenankan .. insyaAllah...

Kepada pembaca teratak Cherry pink Apple blossom yg xseberapa nie...doa2kan buat cik nemo dan my lil' jr. yer..mudah mudahan pengakhiran yg baek buat kita semua...amiin...

Friday, September 21, 2012

Merdeka!

106..106!! *kuk...kuk...kuk..pintu tebal dilekuk-lekuk*
Sila bukak pintu skrang!
106....106!!!
Bukak pintu skrang!

Tersentak. 
Terjaga.
Err..berat sungguh tgn org sbelah yg suke sgt sentuh lil' jr. nya...
Eh bunyi ape mende tu...? Mimpi ker aku? Jap2...dengo skali lg...
Eh takkan room service pagi2 buta ni..jeling tingkap nmpak gelap..kol bape nie..
Wah...nyenyaknya org sebelah dgn selimut tebalnya!

Bunyi itu berterusan..
Nak kejut abg ker? Takpelah kot...bukan bilik kami pon....

*********************************************************************************

Cuti merdeka itu ari mmg fully utilized! Letih die terasa seminggu..mana taknya..berjalan sakan..al-kisahnya abg long a.k.a. my brother in law ajak bersama2 konvoi ke Port Dickson untuk beraya di rumah Mak Long a.k.a kakak mak mertuaku...jadi Khamis mlm tu lebih kurang pukul 1.00pagi, abg long, kak gee dan mak sampai...dan aku yg sememangnya kaki tido awal, dah lena dibuai mimpi.... hihi....nk bgn awal ok...

Pagi tu awal2 lagi aku dah bgn...siapkan mkn pagi...aku dah prepare lauk di mlm arinya, pagi kira nk tanak nasi jek...pastu aku buat acar sikit...ari raye kan...buat ns minyak special sket utk dibawa ke umah tamu...pasal sedara2 lain prepare sikit2 sorang juadah yg nk dibawa ke umah mak long...takkan aku nk pegi tgn kosong pulak...lgpon ni lah first time sejak aku kawen aku ke rumah mak long..time buat acar, aku dihadap oleh mak ngan kak gee yg baru bgn...oh byk sungguh komen dari masterchef beso tu hihihi...ilmu tu...kene share..aku suke blajar cara2 lain selain dari cara yg diajar umie...tambah knowledge gitew org kabo... itulah..ibu mertuaku..hehe...

Kami sampai di PD lebih kurang pukul 10.50pagi, terus ke homestay yg ditempah kak gee. Bukan apa, bila ramai2 ni, kami sepakat taknak susahkan mak long..rupanya selang berapa lorong aje rumahnya ngan rumah mak long...mak dan amar prefer to stay umah mak long...dipendekkan cerita, my lifetime drebar dah siap kros kros di tgh ari buta..tuan punya rumah call kak gee untuk 'menghalau' kami dgn cara baek gitew...die pegi buh nama kami dengan 2 buah lagi keluarga di hari dan waktu yg sama...oh nooo....mane kami nk tido? kate tuan rumah, die akan pulangkan balik duit kami yg dibayar FULL..dan counter offer ngan kami - tido di kondonya FREE *wah! excited!* dekat Tg.Keling MELAKA....dush...dushhh...ok...mmg tak la kan....

Dipendekkan cerita...lepas Jumaat kami ngan abg long dan kak gee keluar pusing2 bandar PD utk silau2 kot2 ade lah tempat utk berteduh...kak gee search2..dan jumpa satu hotel yg not bad jugak lah...dan boleh la utk kami tido jek pon..hehehe....set! Kami menginap di situ...kak gee check-in kan...

Kak gee: Nah, kunci korang..bilik 108..kami sebelahnya...109..

*********************************************************************************
"108! 108!" *kuk..kuk kuk!!*
"Sila bukak pintuu!!"
Tersentak balik. Oh mmg aku tak mimpi!

Apa lagik..sah! Mmg aku xmimpi!
"Abang2! Bangun2....dengo dak tuu..? Orang jabatan agama kott!"

Yes! Mmg la tepat sekali sangkaan aku....my lifetime drebar punya mamai2...sampai wallet pon xtau duk kat mana...nk cari IC ngan kad kawen...aku pulak dah ready ngan kain selimut yg aku buat cam tudung..mane sempat nk capai2 tudung sume...mane la tau...depa ambush masuk!

Naseb baek laa warga negeri Pahang nie diberi 2 keping kad kawen, satu untuk si suami dan satu untuk si isteri....disebabkan my lifetime drebar xjumpa2 wallet nye, IC dan kad kawenku ada dijadikan bukti....haduii...kalo xpecaya jugak ingt bgn nk tunjuk perut hihi.....

Yup! Itulah kejadian yg berlaku pada kami di pukul 4pagi....kemudian kami senyap2 dan dengo...


"109! 109!" *kuk..kuk kuk!!*
"Sila bukak pintuu!!"

Hahahhaa! Kami duk gelak, kompem abg long duk sumpah seranah sepuluh juta kali!

Moral of the story:
Bawaklah kad kawen anda ke mana sahaja anda pergi! Lagi2 kalau muka anda2 sekalian ala2 budak sekolah giteww!

Sekian ceritera Hari Merdeka!

Thursday, September 13, 2012

Secebis...

bingkisan di pagi hari...



Mudah mudahan dipermudahkan segala urusan pada hari ini...
InsyaAllah...aaamiin~

Monday, September 10, 2012

Monday!

Dah nk abes pon ari senin...
Dan aku...
CIBI.....
Ulang alik jamban sampai lebam!
Mungkin semua gara2 open house..
Xsabo eh nk kelik!

Friday, September 7, 2012

Jamuan Raya Lagi!

Rabu pot-luck x-PD.
Khamis yakni smlm jamuan raya utk our new division.
Makan lagi...lagi..dan lagi...

Tapi yg pasti division baru ni jumpa muka2 baru lah..lagi2 High Level Management yg baru..Aku cakap nie cm bajet dah lame jek keje....mcm kenai semua org ehhh....hehe..bkn apa, division lama xder la beso sgt utk aku ingt muka org2 penting nie....yg baru nie...mak aihh...sampai kene buat jamuan raya kt TM Convention Center tu....kompem aku fenin tgk ramainya manusia! Tunggu punya tunggu bila la dpt serbu tpt makanan...sekali tunggu VVIP..aku duk pk sapelah pulak, terlupa pulak big boss baru belum sampai..lambat beno eh omputih ni nak mai....duk tunggu ke dia...kebuluq...

Division baru ni, xada VP, direct to CTIO...kene ckp omputih la aku pasnie....oh my english! oh xpon aku kene blajo ckp Italy, pasai tu tanah tumpah darah dia....tapi satu yg buat aku respek kt mamat Italy ni, bila time dijemput nk bg speech, dengan selamba die bg speech in Malay! Dalam bahasa Melayu ok! Sgt cute! Kita duk sebok sgt nk speaking meaking....amek ha...mmg la xdok intonasi, noktah ngan koma berterabur....tp ok ape...brape ari tuuu dia berlatih...*clap clap clap* Pastu ade surprise lagi....dia naek pentas time org mkn...

"Saya akan menyanyikan lagu M.Nasir Satu Hari di Hari Raya in Bahasa Italy"

Sakit perut aku tahan gelok...nok gelok kuat2 malu....cover2....haha...tu la die...our handsome daddy, Mr.Georgio. VVIP tp sgt cool mencemar duli bergambo ngan staff..oh rugi sungguh aku tubik awal utk mencari eskrim!
Ni ngan Kak Zana with high heel, kalau ngan cik nemo, kompem die boleh usap2 kepala bajet mcm anak dia..tingginya!
Tema yg ditetapkan adalah purple. Ungu lah kan...kire org kampong panggil warna kundang gitew...tp handsome daddy pon pakai itam...maybe tu jek kot saiz yg ada hehe...

Enjoy the splash of purple day! PD in memory lane....capturing all those memories sblm ke Convention Center...


my super duper cool x-GM, en Ithnin (duduk ke3 dari kanan)
TM Convention Center

Wednesday, September 5, 2012

Pot Luck Raya x-PD!

Oh...
Perut sgt tegang!
Seisi x-PD membawa juadah masing2...
Lemang, ketupat, rendang, laksa penang, laksa johor, nasi lomak, ns goreng, kek dan agar2 berbagai jenis, eskrim kentot2 akim..
Tak lupa dominos pizza En Amin...dan mcm2 lg lah...
Sampai sekarang aku duk tgk mulut masing2 belum berhenti mengunyap sejak pagi..
Haha..biarlah!
Mungkin lepas ni belum tentu dpt begini lagi..
Masing2 dgn haluan sendiri...
Walau PD dibubarkan,
Sillaturrahim dan segala kenangan tak akan pudar..

Some join NSSI, some join Sys Tech..
n I'll be in Tech & Innovation..
Whenever we are...
we are still x-PD!
Yosh!






 



Sayonara everyone!

Tuesday, September 4, 2012

Salam Aidilfitri!

Sedar tak sedar dah pertengahan Syawal rupanya!
Motif baru buat entry raya? 
Malas menaip. Ya. Pasti! Hehe..

Cepatnya masa berlalu. Life back as usual...balik KL, kerja..bla...bla...bla...oh bilelah masanya xperlu nk balik KL? hehe...Seperti puasa, raya tahun ni juga merupakan raya pertama pegang status sbgai isteri.. banyak sangat bezanya dengan tahun2 sbelumnya..kalau dulu hanya berfikir tentang keluarga sendiri saje, tapi tahun ni, bertambahnya keluarga baru dalam hidupku..

Tahun ni, aku bgtau kat my lifetime drebar yg aku nk beraya sebelah mertua. Walaupon my lifetime drebar xdecide apa2...aku tulun decide kan dahulu hehe...bukan apa, selama hidup 25 tahun, beraya bersama keluarga tercinta, tahun ni nk rasa kelainan sikit....sikit aje, pasalnye xsampai 10 minit jer pon ke umah mertua...tp pengalaman dan perasaan tu, sukar nk diceritakan...iyelah, biase pagi2 raya..siap2 nk smayang raya nmpak muka bonda, ayahanda...kali ni, pas smayang raya bg salam toleh kanan, nmpak jasad ibu mertua..suasana masjid pon lain...jemaah2 nya pon lain...kalau di surau kat umah tu...pusing2 tgk Cik Dah, pusing2 nmpak Cik Bee, paling2 nmpak Cik Zah...(aihh..nk sebut nama ramai2 sampai esok xabeh..) kire senang, kebanyakannya aku kenal....tak macam di masjid Semambu...

Tapi, dalam pada terasa mcm alien sbb org2 duk pandang2 jeling2...pusing2 belah kiri nmpak cm kenal....aku toleh2 lebey kurang, isk...kang die kabo aku ngintai pulak...pusing depan balik...iskk...xleh jadi! Betul2kan sejadah sambil jeling2...sah! Aisehhh...tp aku lupa pulak namanya!

Cik nemo: Eh akak!! (cover2...sambil tepuk2 peha..sampai skrg namanya aku lupa)
Akak sebelah: Laaaa!! Kaklong rupanya!! Raya sebelah sini ker??

Bermula lah pok pek pok pek di dlm masjid....oh sgt excited sbb akhirnya ada juga manusia yg kenal aku di dunia Semambu ni! ngeh3....

Cik nemo: Mak, ni la kakak ipar kawan endy...gondok... (muka bangga sbb boley kenalkan kt mak lg tuh...ngeh3)
Mak: Hooo...menantu Mok Ngoh ker?
Akak sebelah: Haa....ye2.....

Oh ibu mertuaku,
Setiap genap pelusuk Semambu die kenal.....itulah dia....

Itu cerita di pagi raya. Malam raya, lain pulak ciriteranya! Siangnya aku membuzikan diri di rumah umie, buat  persiapan utk raya esok harinya...kalau stail umie, mmg die tak suka buat mlm2....die kabo, mlm2 waktu untuk berehat...isi2 kueh raya dalam balang je...sambil takbir raya hehe...jadinya siang2 ari kami dah bertapa kat dapo...buat rendang, rebus nasi impit..bla...bla...bla...tahun nie aku amek part buat kerja yg perlu duduk jek dan xperlu ke sana ke mari! yg kehulu kehilir tu bagi kat cik yayah kite yg cergas dan cerdas hehe..! My lifetime drebar pulak aku suh dia ke umah mak, kemas apa2 yg patut..teman mak beli brg2 dapo...mlm nnt aku ke sana bantu yg mana2 belum settle...haa..itulah kelebihan kawen ngan org dekat2 ni ;)

Malam harinya, selepas isyak, aku ke rumah mak..tgk ruang tamu dah beres dikerjakan my lifetime drebar...yg tinggal hanya nk mop dan lap2 aje...mak pulak tak berapa sehat mlm tu...sampai2 jer nmpak mak terbaring nyenyak atas sofa...aku terus ke dapo untuk bersilat di sana...naseb aku baik mlm tu...aku xbersilat seorg diri...ditemani birasku, Kak Gee..pelbagai aksi dan bunyi lah yg dapat dikesan tanpa menghiraukan suami masing2 yg sibuk memesin kelapa dan mewangikan bahagian depan rumah...dan yg pasti mak tak terkejut sikit pon dengan kebisingan melampau kami ber4! hebat tak kami? hihi...tepat pukul 1 pagi, kami menyandar di sofa sambil mengisi kuih dan kerepek ke dalam balang-balang..fuhh! wat a very tiring day!

Apa-apa pon, maseh tak terlambat untuk mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua kan! Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin, ikhlas dari saya...mudah mudahan diberkati seluruh kehidupan kita insyaAllah...

Monday, September 3, 2012

Salam Ulang Tahun!

1st year anniversary with him..Alhamdulillah!

My dearest abang,
Thanks for being there for me thru out everythings..
Thanks for being my husband, my partner, my lover..and of course my best best fren...
U are one of the best things that happen to me.
I luv you and I will always be!

A good wife gives happiness and long-life to her husband..
Allow me my dear,
for today to wish u..
to share this long life with me!
together with our becomin' little jr.!
InsyaAllah..


Wednesday, August 15, 2012

Bukan semua..

Salam Hari Rabu!

Bila difikir-fikirkan kembali, perlukah semua kebaikan atau pengorbanan yg dizahirkan itu perlu diwar-warkan agar seantero dunia tau? 

Oh, mana keikhlasan tu?

Penilaian setiap manusia itu tidak sama...bukan semua benda baik yg kita lakukan dpt dilihat mahupon difahami oleh manusia lain...termasuklah yg menerima kebaikan itu...tp maukah kita menjadi seorg yg hipokrit? Tidak ikhlas kah kita membantunya? Mengharapkan balasan kah kita atas semua pengorbanan itu? Sungguh byk noda2 hitam di hatimu sehingga begitu byk prasangka buruk dilemparkan kpd aku...aku tahu itu...canang2kan lah lagi....

"Sesungguhnya Allah bersama dengan org2 yg sabar"
Ya! Kerna itu aku tidak mahu melatah! Aku tidak gusar jika ada yg menghakimi, kerna tiada hakim sebaik Allah..KepadaNya aku bermohon moga ditabahkan hati..diberkati segala urusan pekerjaan yg dilakukan..yg zahir...maupon TIDAK....mudah mudahan dikurniakan hidayahNya, juga di kalangan kamu...dan pengakhiran yg baik juga bersama kamu...

Janganlah membuat kesimpulan awal sblm kau benar2 mengenali hati budinya...kerna..dia bukan kau...

Mungkin kabur di mata kau...
Mungkin juga kabur di mata yg dirai...
Tapi..
Tak mungkin kabur di mata Sang Pencipta..
Itu pasti!

-renungan di Ramadhan ke-25-

Tuesday, August 14, 2012

my precious walk to remember!

Salam Hari Selasa!
Saje2 godek pc dan terjumpa pic2 yg sgt meruntun rindu di hati!


 










Cepatnya masa berlalu....

Friday, August 10, 2012

Ramadhan dan Puasa

Salam 10 Ramadhan terakhir saudaraku!

Pejam celik pejam celik...dah nak raya..lagu raya tu diaaa...cair taik tlinga aku dibuatnya! Tahun ni aku rasa lagu raya paling awal didengari..mane tak nya, singgah Giant beli brg puasa ke 2, dah dengo lagu raya! Semangat no eh Giant...

Ramadhan ni kalau kira2, Ramadhan pertama aku pegang title sebagai - Isteri *angkat2 kening mode*

Keseronokan? Kene crite bab cabaran dulu hihi..
Cabaran pertama yg aku kena lalui ialah aku terpaksa bgn lebih awal dari sebelum2 nie *bujang mode* untuk menyediakan juadah sahur. My lifetime drebar jenis kena mkn nasi waktu sahur...jadi sebelum tido lg aku dah siap2 masak nasik, bgn pg sambil kesat2 taik mata ngan air liur basi, tekan suis rice cooker, panaskan balik..hihi..tipu ok, of coz aku dah cuci muka dan gosok gigi okay...apa yg penting bila memasak di dapo?

KEBERRRSIHAN! yes!

Aku xkisah sangat sebab aku pon kena mkn nasik, jadik biasanya aku akan masak simple2 di mlm ari, dan panaskan aje balik di pg hari...kalau kebetulan aku rasa xlarat sangat, then masa ptg sebelum berbuka, my lifetime drebar dah siap2 ckp: dok soh nok ngade2 ah masok..kite beli jek lauk utk sahur ok..

Oh! Thank u! Mmuah2... err..itu hanyalah internal emotion yg terjadi di bazaar..bukan btol2 buat! hehe..Bila si dia memahami tu yg buat rasa nk melompat! Perasaan nak rehat awal2 akan terlaksana! Ade lah masa2nya yg aku rasa mcm lembik, xbertenaga..mungkin my lil' jr. dah semakin hari semakin membesar dengan cepat skrg :)

Bukan apa..kalau ikutkan hati mmg nak masak aje....duk mkn yg beli2 nie....xberapa berkenan di hati dan tekak...lagi2..xberapa sehat kan..masak sendiri nie...w'pon simple2, xsedap sgt...tp puas ati..dan akan membuatkan my lil' jr. terjaga sekali di pg2 hari :) dia suka kot mkn yg ibu masak! 

Cabaran seterusnya? Hehe...part II ya....nk pejam mata sat sementara kaum adam smayang Jumaat...malu ah kalau depa nmpak air liur leleh...ngan dengkur kuat! ~@_@~

Wednesday, August 8, 2012

Oh noooo~~

Ari ni ade shooting raya laaa!!

Dan...

Aku xpakai gojes2 pommm!

Dush! Lupa!!

Saturday, July 28, 2012

Alhamdulillah..

Selamat sampai ke tanah tumpah darah pada pukul 8.00pm smlm! Our lil' jr. is kickin' me along the journey.. sama excited ngan ibu die kot! hihi..(gelak di bulan puasa...)

Ptg sket insyaAllah, nk bertolak ke Kemaman untuk majlis berbuka puasa di rumah tokki dan tokwan...mmg dah jadi rutin tokwan, setiap Ramadhan, musti akan ada satu hari yg die akan panggil budak sekolah pondok berbuka puasa bersama kat rumah ramai2...kate umie, ramai juga budaknya kali nie...lebih kurang 80 org... jadinya, arahan Puan Besar @ Tokwan untuk pulang awal sudah diterima dgn jayanya! ;p

Kepada Nadiah, 
Alang2 mung doh jadi org Kemaman..kire mung gi nyusul dulu la deh ...hihi....

Dear lil' jr. pengarang hati ibu,
Pls me nice to mommy today okay! I luv u soooo damn much!!

saje upload gambo dah abeh mkn licin di bulan pose nie...hihi..

Friday, July 27, 2012

I really miss it!

OH!
Nampak pic ni kat fb dari RilekSantai.

Perasaan: Saya NAK!!

Friday, July 20, 2012

Thank you Allah!



Org yg bersyukur sentiasa malu untuk "dimiliki" selain oleh Allah.
Apabila manusia tidak merasakan memiliki dan dimiliki, hatinya subur dgn syukur.
Itulah kemuncak ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup.
InsyaAllah...
-Solusi Isu 43-

Friday, July 13, 2012

Surat pendek buat abang!

Dear abang,
Terima kasih yang tidak terhingga untuk dinner sotong celup tepung yg sgt sedap..sorry sbb xtolong apa2...dah la sotong abang yg pegi candat, bgn2 tido, dah boleh makan...terima kaseh juga sbb belikan roti sedap yg diidam idamkan kat Plaza Pantai..sampai ari ni pon blom habes stock nye ;p 

Abang,
Cepat balik, both of us miss u so much!

Tuesday, July 10, 2012

Marilah Husnuzon!

Swing~

Cik nemo....oooo cik nemo...
Senyap jek!
Sakit ker?
Ooooo cik nemooo~~~

Sikit mood swing today.. maklumla..cik nemo kan ade perangai pelik sikit..brg2 kepunyaan kalau diusik org tanpa diletakkan kembali ke tempat asalnya mampu membuat cik nemo kurang berckp sehari...nk marah2..tengking2 pon xguna kan...jadi senyap je lah... kate Silence is Golden kan... bukan mengada-ada..tp itulah sifat yg tertanam dalam diri sejak kanak2..kadang didikan org tua yg kurang berkenan dgn keadaan 'syurga' kami yg bersepah-sepah dan tidak terurus terbawa-bawa dalam diri sehinggalah sekarang..

Sebenarnya kalau dipk-pk..satu sifat yg positif kan?
Yang xberapa nk positif ialah consequences daripada kejadian2 yg tidak diingini itu..oleh sbb itu kalau boleh tolonglah menghormati salah satu sifat cik nemo tu... 

Terima Kasih.

Being positive!!
Keep swimming..
Keep swimming..

Friday, July 6, 2012

Is this true?

It's on ur hand!
Friendly reminder to me ;)


Wednesday, July 4, 2012

Ubahlah!

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yg ada pada sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa yg ada pada diri mereka sendiri"

So, being positive friend!
So do I!
Mari mengubah apa yg kurang...xjatuh air muka lah!
Malah mungkin akan lebih dihormati ;)

Kongsi 6 tanda2 org Positif:
1- Yakin terhadap diri sendiri.
2- Mampu melihat positif terhadap org lain.
3- Dpt melihat peluang dlm setiap keadaan.
4- Fokus pd penyelesaian bukan pada permasalahan.
5- Dorongan yg tinggi utk memberi.
6- Seratus peratus memikul tanggungjawab.

Friday, June 29, 2012

Thursday, June 28, 2012

La Tahzan!

Good day! :D

"Ya Allah..berikanlah kebahagian kepadaku ketika kesedihan sedang mengisi segenap ruang hatiku..Kuatkanlah hatiku dalam menghadapi berbagai kesulitan dan kelukaan dalam hidup ini..Maafkanlah segala keluhan dan keraguanku, jadikanlah aku insan yg selalu bersyukur kepada Mu ya Allah..Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Amin...ya rabbal'alamin...

Biarlah...org berkata...bercanang-canang..
Tentang kekurangan...kelemahan..dan keburukan diri..
Mungkin jua mereka sedang menuding jari kepada diri..
Mungkin jua sedang menyalahkan diri dgn keadaan yg berlaku kini..
Biarlah....aku hanya mampu bermuhasabah diri...
Mudah mudahan terselit sedikit ruang buatku bertapak di dalam hati mereka...
Bukan untuk mencari belas kasihan..
Hanya sedikit perasaan kasih sebagai saudara...

Kau kata...
Cara pendekatan kita mungkin jauh berbeza..
Namun yg pasti,
Kita punyai satu matlamat yg sama...
Mudah mudahan insan itu berjaya..
Dunia dan akhirat...
Padaku, biarlah diri ini nampak hodoh di mata mereka..
Mudah mudahan indah pada pandangan Sang Pencipta..
InsyaAllah...

kalaulah..
di kala  kesedihan itu..
boleh ku rembeskan air mata  ini..
di bahumu..

Tuesday, June 26, 2012

Rezeki

Salam semua! ;D
Ustaz Don kata, antara sebab mengapa rezeki SUSAH nak masuk ialah:

1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik duk mencanang perihal duit yg tak cukup2 untuk urusan itu dan ini
3. Berkira sangat untuk bersedekah walaupon seringgit
4. Berkira sangat untuk membantu memudahkan hal yg baik
5. Dah bersedekah, riak pulak
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/Kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur dan byk mengeluh!


Rezeki Tuhan itu..
Bukan sekadar duit sahaja...
Renung-renungkan...

Wednesday, June 20, 2012

Yosh!

Let the stress gone! Yosh!


psssst bos!
surat tukar dah ade depan mata nie..
hihi...

Tuesday, June 19, 2012

Cute!

Let's the pics speak!






I wanna be part of their happiness!