Alhamdulillah..
Syukur kepadaMu ya Allah kerna masih memberi peluang buat kami menjadi khalifahMu di muka bumi ini, kerna masih dipinjamkan nafas buat kami untuk terus sujud kepadaMu, dan menghadiahkan kami sebuah perasaan yg tidak boleh digambarkan - menjadi seorang ibu dan ayah kepada mujahid kecil kami, Alhamdulillah!
Kata orang, masuk tahun baru, pastinya mempunyai azam baru! Ye betul, berubah! Biasanya, perubahan ke arah kebaikan ni selalu susah nk dilaksanakan kan..ehehehe...biasalah, dah selalu berada di tabiat yg lama, walhal sedar tabiat itu kurang baiknya ;) Bagi cik nemo, sewaktu melangkah ke alam perkahwinan, cik nemo dan abah Fitri sama2 berdiskusi mengenai beberapa perubahan yg perlu dilaksanakan bagi memenuhi keperluan hidup sebagai sepasang suami isteri. Iyelah, dulu bujang, lepas tu berdua..bak kata org suasana tu dah jadi lain.
Kalau dulu kita seorang yg cepat marah, sekarang perlu menjadi lebih penyabar dan rasional.
Kalau dulu kita kurang dalam pengurusan masa, sekarang perlu lebih bijak dalam mengatur masa.
Kalau dulu kita agak kurang arif dalam ilmu agama, sekarang perlu lebih mendalaminya.
Kalau dulu kita suka buruk sangka dgn org, sekarang perlu lebih menjernihkan minda dan bersangka baek.
Kalau dulu kita agak boros berbelanja, sekarang perlu lebihkan ke arah keluarga serta banyakkan bersedekah.
Bila sebut pasal perubahan ni, bukan semua org dpt menerimanya, terutama dari kalangan org2 terdekat. Persoalan spt kat bawah ni cik nemo rasa normal kot:
"Si polan tu, sejak kawen ngan si polan tu..dah berubah! Dah lain sgt!"
"Kene queen control la tuu.."
Itu contoh2nya la kan..tp rasanya xsalah juga dengan persoalan dan kenyataan begitu..iyelah, mana mungkin org2 terdekat boleh menerima perubahan drastik dalam masa terdekat..dulu sepenuh perhatian dizahirkan buat keluarga sendiri sahaja, tapi bila dah berumah tangga secara automatiknya, keluarga mertua juga menjadi keluarga kita..jadi separuh ke sini, separuh ke sana. Dalam setiap perubahan yg cik nemo dan abah Fitri cuba laksanakan, cik nemo selalu berpesan kepada abah Fitri agar lebih mendahulukan keluarganya kerna;
Redha Allah pada seorg isteri terletak pada redha suaminya, manakala
Redha Allah pada seorg ank lelaki terletak pada redha ibu bapanya.
Terutama bakti pada seorang ibu. Cik nemo juga mempunyai seorg adek lelaki, jadi cik nemo akui naluri seorg ibu kepada seorg ank lelaki ini amat halus, malah lebih mudah terasa hati. Boleh terjadi di mana penyerahan anaknya kepada seorg gadis utk dijadikan seorg isteri dirasakan kehilangan atas sesuatu yg amat dia sayangi..mungkin boleh membawa kepada perasaan bahawa anaknya "dirampas" org... Kerna itulah, pesanan kepada abah Fitri sering cik nemo ingtkan bila terlupa ...
Tidak kisahlah perubahan apa pun yang kita laksanakan, mudah mudahan menjadi lebih baik dari sebelumnya. Cik nemo tahun ni dah jadi seorang ibu kepada seorang anak lelaki, alhamdulillah! Mudah mudahan, diberi peluang menjadi seorang ibu yg baik dalam memberi didikan yg sempurna buat mujahid kecil ini. Doa ini jugalah cik nemo selitkan tatkala sama-sama mengaminkan doa awal tahun yg dibaca oleh tokki bersama tokwan, bonda, dan abah Fitri sejurus slps solat Magrib.. Mudah mudahan doa kami diterima. Amin~
Kalau dulu kita seorang yg cepat marah, sekarang perlu menjadi lebih penyabar dan rasional.
Kalau dulu kita kurang dalam pengurusan masa, sekarang perlu lebih bijak dalam mengatur masa.
Kalau dulu kita agak kurang arif dalam ilmu agama, sekarang perlu lebih mendalaminya.
Kalau dulu kita suka buruk sangka dgn org, sekarang perlu lebih menjernihkan minda dan bersangka baek.
Kalau dulu kita agak boros berbelanja, sekarang perlu lebihkan ke arah keluarga serta banyakkan bersedekah.
Bila sebut pasal perubahan ni, bukan semua org dpt menerimanya, terutama dari kalangan org2 terdekat. Persoalan spt kat bawah ni cik nemo rasa normal kot:
"Si polan tu, sejak kawen ngan si polan tu..dah berubah! Dah lain sgt!"
"Kene queen control la tuu.."
Itu contoh2nya la kan..tp rasanya xsalah juga dengan persoalan dan kenyataan begitu..iyelah, mana mungkin org2 terdekat boleh menerima perubahan drastik dalam masa terdekat..dulu sepenuh perhatian dizahirkan buat keluarga sendiri sahaja, tapi bila dah berumah tangga secara automatiknya, keluarga mertua juga menjadi keluarga kita..jadi separuh ke sini, separuh ke sana. Dalam setiap perubahan yg cik nemo dan abah Fitri cuba laksanakan, cik nemo selalu berpesan kepada abah Fitri agar lebih mendahulukan keluarganya kerna;
Redha Allah pada seorg isteri terletak pada redha suaminya, manakala
Redha Allah pada seorg ank lelaki terletak pada redha ibu bapanya.
Terutama bakti pada seorang ibu. Cik nemo juga mempunyai seorg adek lelaki, jadi cik nemo akui naluri seorg ibu kepada seorg ank lelaki ini amat halus, malah lebih mudah terasa hati. Boleh terjadi di mana penyerahan anaknya kepada seorg gadis utk dijadikan seorg isteri dirasakan kehilangan atas sesuatu yg amat dia sayangi..mungkin boleh membawa kepada perasaan bahawa anaknya "dirampas" org... Kerna itulah, pesanan kepada abah Fitri sering cik nemo ingtkan bila terlupa ...
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
No comments:
Post a Comment