Assalamualaikum semua!Semoga para pembaca sentiasa di dalam perlindungan-Nya.
Cik nemo nk mencoretkan sedikit apa yg berlaku di hujung minggu baru-baru ni. Dah lebih 2 minggu lepas cik nemo dah plan2 dgn Qayyum untuk menghadiri majlis perkahwinan abangnya Azhan. Rancangannya, Qayyum akan ambil cik nemo dan menuju ke Damansara(Kuantan). Lepas tu cik nemo dikhabarkan dgn berita gembira, teman cik nemo di SMAI, Nurul Hanani akan bertunang pada hari yang sama dgn abang Azhan, 13 Disember 2008 (Sabtu). Cik nemo dah pening. Ditambah lagi, rakan2 cik nemo di KL semua turun. Husni Khatimah ngan Harith Fadhilah antara yang merancang untuk bersama-sama di majlis itu nanti. Hati berbelah bahagi, cik nemo dah lama tak jumpa mereka. Cik nemo berkira2, mungkin cik nemo nak ke rumah Azhan lambat sikit, sebelah pagi boleh ke rumah Hanani dulu. Okie, set! Lepas tuh...dikhabarkan lagi satu berita gembira, Kak Fizana, sepupu cik nemo akan melangsungkan hari bahagianya, di hari yang sama juga! Pada mulanya, takde ura2 macam nak pegi, sbb majlisnya di KL. Jadi cik nemo teruskan dgn niat cik nemo. Sehari sebelum majlis, tiba2 abah ngan umie merancang nak ke majlis kak Fizana! Huuu..hancurlah perancangan cik nemo. Bertambah-tambah, hari jumaat malam, cik nemo received call dari Harith. Cik nemo terpaksa ceritakan hal yang sebenar dgn hati yang berat..
Cik nemo sekeluarga bertolak dari Kuantan pukul 8.30a.m bersama-sama Ayah De Aziz. Travel beramai-ramai ni, riang ria sikit ehehehe.. Cik nemo, yayah satu kereta dgn abah dan umie. Ucop pulak, nak bersama-sama sepupunya memenuhkan kereta Ayah De Aziz. Kami berhenti berehat di Hentian Temerloh untuk membetulkan urat2 selain membuang segala hajat yg ade. Cik nemo, umie ngan yayah xbercadang untuk makan, jadi kami menunggu askar2 makan sambil membaca akhbar yg dibeli cik nemo memandangkan agak bosan menunggu. Hentian ni agak besar, nak shopping2 pon boley ;D Kemudian, kami menyambung perjalanan ke destinasi yg dituju. Semasa berhenti di Shell, yayah sempat snap satu gambar kereta mini copper yg sgt cute, cik nemo pernah tgk yg kaler biru, tp yg kaler mcm cokelet2 ni xpernah pulak. Tiba2, telefon cik nemo bernyanyi-nyanyi lagu Big Runga:
Cik nemo: Eh, Sujoe (a.k.a ajoe)! Hello!
Sujoe: Ade kat mane doh tuh?
Cik nemo: Baru lepas Temerloh Sujoe..
Sujoe: Nie..cam mane rancangan? Mari umoh Sujoe dulu lah dok? Kire juppe sinning lah senang.
Cik nemo: Okie2, beres2!(End Called) Abah, sujoe suh gi umoh die dulu, pahtuh kite gerok sekali.
Abah: Oookiee~
[Antara scene2 di perhentian Temerloh]
Sujoe ni selalu jadi 'tour guide' cik nemo sekeluarga kalau kami ke KL. Maklumlah, asal ke KL aje, musti mkn buah langsat (sesat!). Umah Sujoe jek la satu2 nye rumah yg kiteorg boleh cari tanpa bantuan ;p Jadi..khidmat sujoe untuk ke tempat kak Fizana mmg diperlukan! Sebab tu kami ke rumah sujoe dulu untuk berbincang2. Umie ajak sujoe ke majlis tu sekali, xkan la nak suh tunjuk jln aje kan..xpatut2..Kak Fizana ni anak sedara sebelah abah, sujoe pulak pakcik cik nemo sebelah umie, jadi xterkena lah majlis tuh, tapi dah pegi skali ngan kiteorg, hemtam aje ;D Keluarga cik nemo ngan Ayah De Aziz sampai kat umah sujoe dalam pukul 11.30a.m. Macam biaselah, Nabilah agak kekok dgn kedatangan kami, berkepit dgn maknye aje. Si kecil, Amalya a.k.a Nabihah pulak menangis-nangis kala kami sampai. Tibe2 ramai dtg kerumun, mane xterkejut ;p Si abg2, Aiman ngan Asyraf pulak sangat2lah suka hati bila Ayah Long nye sampai. Lepas bincang2, sujoe memberi cadangan supaya cik nemo sekeluarga naik satu kereta dgn sujoe, senang! Jadi 2 buah kreta jek, manela tau terlepas pandang, naya mkn buah langsat tgh2 KL. Cik nemo sekeluarga okie aje, cuma risau menyusahkan sujoe sekeluarga. Cik nemo memangku Amalya masuk ke kereta memandangkan Nabilah masih nak berkepit dgn maknya. Yayah pulak buat rancangan "Celoteh bersama Aiman&Asyraf" di sit belakang. Dah masuk air-cond, mata Amalya pon dah mula kuyu..dan akhirnya tidur di pangkuan cik nemo. Boleh tahan juge lenguhnya, berat ;p Semangat budak nih! Dah sampai di dewan tempat majlis berlangsung, Amalya masih nyenyak, sekali lagi cik nemo memangku Amalya, tgk2, jauh pulak! Tingkat 2. Orang bersesak-sesak naik lif, Amalya tetap lena di dlm tidurnya. Orang duk hingar bingar luar dewan, Amalya tetap seronok diulit mimpi indah barangkali. Sampailah sujoe amek time cik nemo nak mkn, Amalya tetap mcm tuh jugak. Fuuhh..ngantuk betul! Kemudian kami mkn2..amek2 gambar..dan bertemu si mempelai. Pak Alang, Mak Alang, Ayah Teh Man dan Mok Teh Ha turut serta memeriahkan suasana. Lebih kurang pukul 2.30p.m, kami mengundurkan diri, sebab Ayah De Aziz meminta bantuan 'tour guide' kami menunjukkan jalan ke hotel tempat di mana Ayah De Aziz akan bertemu dgn Mok De Lah yg berkursus di hotel tersebut. Kali ni, Nabilah pulak tidur di pangkuan cik nemo. Bak kate Sujoe dan Su Yah, "lenguhla kaklong.." Sekali sekala ehehehe.. Selepas melambaikan tgn tanda perpisahan, kami pulang ke rumah Sujoe untuk bermalam di sana.
[nabilah yg malu-malu]
[Aiman&Asyraf]
[ kala tiba di tingkat2..tgk si budak kecik tuh, lena betul! ]
[ senget sebelah ]
[ lena diulit mimpi indah ]
[ makan-makan, sembang-sembang ]
[ bergambar-gambar ]
[ kehijauan ]
[ Nabilah dah mula rapat2 ]
[ kan..dah baek tuh~ ]
[ si budak kicik sudah bgn! ]
Pada malam harinya, cik nemo rasa mcm xbley nak bukak mata, ngantuk sgt2..padahal baru pukul 8.30p.m..cik nemo golek2 sebelah Amalya, kakinya bagai mengikut rentak irama menendang-nendand cik nemo yg bergolek-golek sbelah nye. Agaknye tau cik nemo nk tdo kot ;p Tapi mmg pon..last2 sekali cik nemo terbaring di situ sampailah umie kejut suh cik nemo mkn, maap yer Su Yah, mmg nk ke dapor menolong..tapi xlarat sgt2..Keesokan paginya, kami menunggu kedatangan Ayah De Wan sekeluarga, termasuklah Tok Su Nah yg rupa2nya sudah pulang ke tanah air selepas ke Abu Dhabi bertemu Kak Fatin. Kire ala2 bercuti lah tuh ehehehe..lepas tuh gamatlah rumah tuh bilamana Tok Su Nah membuat gaya ala2 Mak Arab berckp arab..paham2 jek la tok sedare cik nemo sorang tuh kan..tak sah kalo tak buat lawak gile2nye~
Lepas Zohor, masa bersiap2 untuk bergerak pulang ke kampung halaman kami, Amie a.k.a Ayah Ngah Mie tiba2 sampai di umah Sujoe. Rupa2nya, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah mereka dari Kemaman, jadi singgah dulu untuk bertemu kami ;) Si kecil, Danial bad mood, jadi dieorang xmasuk pon, sembang2 kat luar aje..hulurkan tgn pon, muka tetap masam mencuka..haiihh anak papa sorang~
Usai kepulangan Amie, kami pula melambaikan tgn buat Sujoe sekeluarga. Terima kaseh yang tak terhingga buat Sujoe dan Su Yah kerana menumpangkan kami semalaman di sana, dan bawa kami jalan2 ;)
[ A big tenkiu! Mmuah3 ]
2 comments:
travelling + eating = AWESOME!
love & hugs. :D
aku cam knal je yg handbag cekelat baju kurung pepel tu..hahahaha
Post a Comment