Tuesday, December 9, 2008

* Salam Aidiladha *

Salam Aidiladha buat para sahabat semua. Cik nemo dah start masuk opis hari ni. Ikut perancangan, cik nemo nk cuti hari ni sbb ingat lepas hantar nadiah ke stesen bas untuk pulang ke Melaka pukul 3p.m semalam, cik nemo merancang untuk menjenguk Tokki dan Tokwan di Kemaman. Seperti yg diketahui ramai, pantai timur sibuk diperkatakan dgn bencana bah yg menimpa. Jadi, hujan tak berenti2 turun sejak 3 hari yg lalu. Cik nemo risau juga, takut2 insiden bah yg berlaku di kediaman cik nemo 5 tahun yg lalu kembali berulang. Mengikut perancangan, cik nemo akan ke Kemaman bersama umie, yayah dan ucop memandangkan abah kerja mlm semalam. Hujan yg lebat membuatkan kami membatalkan niat ke Kemaman, cik nemo xberani memandu dalam keadaan yg xmenentu tu. Jadi kami xdapat menghadiri majlis cukur kepala si kecil, Darwisy mlm semalam. Mengambil keberkatan Aidiladha, uncle turut serta dalam aktiviti qurban, aqiqah untuk anak lelakinya tu. Katanya, sekira tiada apa2 aral, mereka sekeluarga akan berangkat ke Penang pagi ni. Bermakna, berakhirlah percutian Mea di rumah Tokki. Ibu Mea pon dah abes pantang. Cik nemo xsabar nk mengikuti perjalanan hidup Mea sekeluarga di Penang nanti, maklumlah ada pertambahan ahli kan ;)


Tgh hari Ahad, cik nemo dapat berita Mea sekeluarga bersama cik Hasanah nk singgah rumah. Kedatangan itu disebabkan membawa Darwisy ke klinik kanak2 akibat selalu menangis di malam2 hari. Nak ikut kak Mea yeh Darwisy. Mengimbau kembali sewaktu kelahiran Mea, waktu siang Mea akan tidur aje..charge battery agaknya..tgh malam jer..haa..start la die menangis..sampai ke Subuh. Lepas Tokki memangku, Tokwan pulak, lepas tu ke tangan orang2 lain yg ada dikala itu, tetap xmau senyap..bak kata Tokki..dah habis ayat baca..Mea tetap menangis xhenti2..sampai la Subuh. Tak tidur lah penghuni2 rumah tu dek kerenah manja Mea. Sekarang adek Mea mengikut jejak langkah kakaknya ;p Naseb baek Mea sekeluarga singgah rumah cik nemo, dapatlah kami jumpa mereka sebelum pulang ke Penang memandangkan kami xdapat pulang ke Kemaman. Maklumlah, nak jumpe balik..hmm..jauh tuh, jumpe tak jumpe agaknya waktu walimatul urus cik Hasanah nanti..agaknya Darwisy di kala itu dah tembam. Dan yg pasti cik nemo dah kembali ke Melaka semula untuk meneruskan sisa2 perjuangan cik nemo di sana.


Cik nemo sekeluarga beraya di Beserah, tahun ni giliran ucop mengambil bahagian dalam aktiviti qurban. Sejak ahad lagi, cik nemo sibuk di dapur bersama-sama umie, persediaan untuk juadah di hari raya. Di pantai timur ni, sambutan raya haji lebih kurang meriahnya dengan raya puasa. Itu yang unik, masih ada para tamu yg datang berziarah. Memakai persalinan yg cantik2. Umie dah sediakan menu2 yg akan dihidangkan di hari raya, yang pasti rendang umie xterlepas dari senarai menu. Pagi2 lagi, lepas Subuh, umie membuka bilik cik nemo:


Umie: Kaklong, nk gi pasar tani dok?

Cik nemo: Err..ujan2 nie..xmboh la umie ;p


Hujan xhenti2, jadi cik nemo malas nk turut serta bersesak-sesak di pasar tani yg sememangnya penuh dgn org. Ditambah dengan hujan yg lebat, pastinya manusia2 di sana sesak dengan "umbrella traffic". Kalau dah setiap sorang pegang payung, tak ker jammed. Sepeninggalan abah dan umie ke pasar tani, cik nemo berkira-kira, mengharapkan abah tak terpikir untuk menyembelih ayam kampong seperti raya puasa yg lepas. Fuuhh..9 ekor tuh, sekerat ari cik nemo berbau ayam. Balik2 aje:


Abah: Haihh..sapela nok pegang ayam nok sembelih kekgi..

Cik nemo: Huh? Abah beli ayam kapong ker??

Abah: Ade! Tuh 2 ekor.

Cik nemo: Xdok doh org laen.. (teringt peristiwa raya puasa yg lepas, memegang 9 ekor ayam untuk disembelih, garang2 pulak tuh sume)


Rupa2 nya abah tambah lagik sekor ayam kampongnye. Jadi, 3 ekor semuanya. Okielah tuh, buat sederhana2 cukuplah. Tapi kali ni, umie menawarkan khidmatnya untuk memegang ayam untuk disembelih. Lagipon, xbyk..jadi cik nemo bersiap sedia untuk proses seterusnya, merebus air untuk mencabut bulu ayam. Lepas sembelih, cik nemo take part, umie memproses daging yg dibelinya di pasar tani untuk dibuat rendang. Cik nemo bersih2 ayam ngan abah, lepas tuh cabut bulu. Haa..bukan senang tau kawan2. Bulu ayam yg halus xdapek nk dicabut ngan tangan. Abah ngan yayah keluar sekali lagi ke pasar tani untuk membeli kuih deram yg diidamkan Nadiah. Cik nemo masih meneruskan perjuangan meremang ayam atas api pulak. Kali ni xberpeluh-peluh sebab ujan ;p Umie pulak sibuk menyediakan juadah Mea sekeluarga untuk tgh hari tu. Dah abes tugas meremang ayam, abah balik bawak sebesen ikan selar untuk dibuat sambal nasi impit. Cik nemo terjun ke bidang memproses ikan pulak. Lepas tu cik nemo mkn tgh hari bersama Mea sekeluarga. Agak ptg juge uncle pulang ke Kemaman, hujan terlalu lebat! Lepas magrib cik nemo masuk dapo kejap, sbb umie bg tugas kat cik nemo wat kek batik untuk nadiah bawak balik ke Melaka esok harinya. Cik nemo bereskan cecepat, lps isyak dah bley ready untuk juadah hari raya. Sekali lagi cik nemo ditugaskan untuk menyediakan acar nasi minyak.



Semalam, sambutan hari raya berlangsung dgn lancar. Walaupon hujan, aktiviti korban tetap berlangsung. Cik nemo teringat kat keluarga pakcik cik nemo di bukit antarabangsa. Ayah de Wan sekeluarga merupakan antara yg terperangkap akibat insiden tanah runtuh Sabtu pagi yg lalu. Kawasan runtuhan hanya bersebelahan dgn taman kediaman ayah de. Syukur, semuanya selamat! Pagi2 lagi umie terima SMS dari ayah de. Sejak pagi, kami sentiasa di depan kaca TV menanti berita terkini. Lepas cik nemo balik dari hantar ucop tuisyen, cik nemo dgr perbualan abah dgn ayah de. Chekde Noor pon bercerita ngan umie bagaimana sukarnya mereka sekeluarga keluar dari taman kediaman mereka. Waktu itu, jalan alternatif belum diwujudkan. Mereka sekeluarga terpaksa berjalan meredah hutan, manaiki bukit untuk keluar ke jalan utama. Mujur di kala itu semua sepupu2 cik nemo bersama ayah de dan chekde melainkan Aisyah yg berada di Yogjakarta yg meneruskan pengajiannya di sana. Cik nemo berharap ayah de sekeluarga tabah dengan musibah yg terjadi, dan semoga hari2 mendatang berjalan dengan lancar.

3 comments:

emceejalanan said...

cutenya baby & budak kecik tuhhhhhhhh....

kalo sy ada sana mau depa kene gomol sma sy... ngeh...

love cha sistah!~~

Nohanz Potter said...

waahh... banyaknyer update yg nohan ketinggalan. Jgn riso, baru selesai baca semuanyer! Huhu.

Wah, dah lepas satu bala cik nemo, iaitu lecturer visit. nohan punyer bala tak tau la pulak biler.

Huhu. baby mmg sgt cumil. Alhamdulillah, nangis2 pon baby tuh, selesai gak majlis bercukur. Kes kes kes.

Salam Aidiladha (tak lambat lagi kan nak wish? hari tasyriq lagi nih... ahaks)

Kanak2 riang said...

To Sis Ain: Mau gomol2 moh kite ke Penang moh!

To nohanz: Ahahaha..ke mana menghilang en noan? Lamenye cuti raye..ker outstation niee.. dah lepas satu bala, eh tapi dr zul okie kot..noan pon nnt ngan die jugak kan? haaaa..sure okie nye lah! Salam aidiladha juga!!