Friday, December 19, 2008

* Memaafkan *

Does forgiving means forgetting?
Ada org mengatakan bahawa memaafkan tidak bererti melupakan ataupon dalam bahasa omputih nye "forgive is not to forget". Haaa..betul ker? Cik nemo rasa setiap org pon penah mengalami dilema permasalahan kan..marah dan sakit hati yg membuak-buak dikala perkara yg tidak disukai terjadi. Di kala inilah kadang2 perbuatan, percakapan agak tidak relevan. Bila terjadi satu2 perkara yang dirasakan meragut ketenangan:

Maaf atau tak?

Boleh ker kembali seperti sediakala?


Kerna, pepatah mengatakan, sedangkan nabi ampunkan umat. Mungkin kerana itu, manusia mudah memaafkan, tetapi xmudah melupainya. Tidak mudah melupai, lama kelamaan tidak mustahil menjadi satu dendam pula.


Benar2 ikhlas ker maaf tuh?

Kalau ikhlas, nape xleh lupe?

Bukankah dgn melupai, anda lebih tenang dan tidak dirundung kemurungan tatkala kisah suram tiba2 mendarat di landasan minda?


Yang pasti masing2 punya pandangan yg tersendiri. Dalam Christianity, they do support forgive and forget. Melupakan pasti dapat memaafkan. Dalam Jeremiah 31:34- forgetting precedes forgiving. Dalam Buddha, mereka melihat kemaafan sebagai latihan menghalang pemikiran jahat daripada menjadi kacau bilau kepada kesihatan mental seseorang. Mana taknye, dendam, hasad dengki boleh meninggalkan kesan jangka panjang dalam karma minda. Kerna itu, agama Buddha menggalakkan percambahan fikiran yang boleh meninggalkan kesan positif yang menyeluruh.


Cik nemo xbermaksud apa2 yg tidak baik dengan mengeluarkan sedikit quote dalam ajaran ini. Kerna yang pasti, ajaran Islam juga menganjurkan konsep kemaafan yang sangat mulia. Sekiranya para pembaca salah seorang pelajar Comparative Religion Program, pasti para pembaca memahami maksud cik nemo. Setiap ajaran menganjurkan yg molek2 untuk para penganutnya tetapi yg pasti, ajaran Islam adalah ajaran yang terbaik dan mulia di sisi Allah, tiada pincangnya. Islam memuji sifat individu yang dapat menahan marah, dengan tidak memuaskan nafsu marahnya atau melepaskan perasaan marahnya dengan suatu tindakan, namun hanya dengan menahan marah masih belum dapat mengikis perasaan dendam di dalam hati. Oleh itu, Islam menggalakkan umatnya saling bermaafan kerana dengan kemaafan boleh meredakan ketegangan dan perasaan dendam. Mereka yang dapat menahan marah, kemudian menyusul dengan kemaafan dapat membersihkan hatinya daripada perasaan dendam. Allah itu Yang Maha Pemaaf dan Maha Pengampun. Dia sentiasa menyuruh kita supaya selalu memaafkan kesalahan orang seperti dalam firmanNya "Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'aruf serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh."(Al-A'raf :199)


Okeh, nak cerita sikit ape yg berlaku semalam. Cik nemo pagi2 dah jadi camera woman, duk click sane click sini untuk satu insiden yg agak menyedihkan bagi empunya diri.

Kereta Pakcik Harun dilanggar bas. Pemandu bas yang kurang asam telah membuat statement yang bertentangan dgn kebenaran. Itulah dunia~

4 comments:

emceejalanan said...

is he alrite?
i hope the pakcik is ok.

ala biasa la manusia, boleh lari di dunia, kat akhirat mmg dead end la kan...

Kanak2 riang said...

alhamdulillah, insan yg terlibat tak mengalami apa2 kecederaan~

betul tuh, balasan Tuhan tiada sape boleh lari.

Nohanz Potter said...

hurm. BEst betul baca entry2 cik nemo.

Ha ah la. Nohan rasa time COmNet dulu kita tak amik chapter WiMax kan? tuh pasal la takde softcopy. [nyesal gak tak download sume2 notes utk wat rujukan di masa hadapan. Kan skang M'sia tgh sibuk implement WiMax] T_T


Huhu. Ader bakat jadik ibu la dayah. Tgk dayah pegang baby yg cumil2. Huhu. Biler plak giliran cik nemo nak menimang cahaya mata cik nemo? Kan si Mie (BF cik nemo laa) dah menunggu tu~ kui kui kui

Yer la. Forgive but not forget. Org blh memaafkan tapi kekadang ader certain kesilapan yg sukar dilupakan walaupon sudah dimaafkan. *sorry ayat tunggang-langgang. :P

Kanak2 riang said...

trime kaseh!

tuhlaa..nyesal gak :( dah ade blum notes tuh? cik nemo ade, tp di melaka..

ahahahhaha..pandai2 jek buat assumption..adehhhh~ sape yg tunggu sape ni en norhan ;p

xpe, pehe2..jgn orgnye tunggang langgang udah ;p