Jumaat lagi! Cik nemo baru balik dari mengambil reading di beberapa antenna. Fuhh~ Berpeluh-peluh..bley kurus macam ni, bukan dekat..kene jalan dari satu cabin ke cabin yg lain. Minggu ni baru cik nemo diberi authority untuk mengambil reading di tempat2 tu sume. Sebelum ni cik nemo hanya pusing2 dalam bangunan ni aje, xmemerlukan access card untuk masuk. Sekejap jer cik nemo rasa, dah berlalu minggu ni..haihh..report cik nemo belum siap. Sebelum cik nemo menghabiskan latihan industri ni cik nemo kene menyediakan report untuk dihantar kepada supervisor. Memang dalam jadual yang dibekalkan buat cik nemo sepanjang training ni ada tertulis "Penyediaan laporan dari cik Nurhidayah Mohammad" iaitu di dua minggu terakhir cik nemo di sini.
Semalam, waktu cik nemo nak balik, cik nemo tgk phone, cik nemo received 2 sms, satu dari norhan dan satu dari yayah. Sms dari norhan hanya bertanyakan notes Communication Network mengenai Wimax. Katanya xade dalam simpanan. Cik nemo rase lah norhan, norhan xamek la chapter Wimax tuh time final exam, sbb tuh xder notes tu kot. Kan kite same2 pakat xmo amek chapter Wimax yg panjang lebar tuh. Sms kedua dari yayah, bgtau bekalan air mungkin terputus kembali hari ni! Waduhh2! Dah seksa 2 hari takde air baru2 ni, time raya pulak tuh. Ingatkan cukuplah satu hari suntuk xder air, rupe2nye keesokan harinya pon masih sama keadaannya. Cik nemo terpaksa menumpang solat di rumah acik Yatie memandangkan air tangki rumahnya xberusik dek kerana mereka sekeluarga pulang berhari raya ke Kelantan. Cik nemo balik tgh hari, amek umie, yayah dan ucop untuk ke rumah acik Yatie. Balik kerja pon sama, cik nemo dah suruh mereka ready2, terus ke rumah acik untuk solat Asar. Cik nemo mengharapkan magrib adalah air, rupe2nye hampeh jek! Cik nemo amek keputusan untuk naik ke opis ngan yayah dan ucop untuk amek air. Haihhh..penat satu hari xmandi! Busuk betul! Rupe2nya, pakcik Bakri pon bawak satu family die ke opis untuk mandi dan bersolat. Tibe2 baru 2 hari ada air, dah buat hal balik. Tapi cik nemo berfikir jugak, macam tu lah agaknya keadaan umat yg tak berkemampuan seperti yg dipaparkan di Bersamamu TV3. Cik nemo ni masih bernasib baik, banyak lagi alternatif yang boleh diguna pakai. Datang satu kesedaran dalam diri: Xbaik bersungut!!
Cuaca sangat baik petang semalam walaupon sedikit berangin. Mungkin kerana lokasi cik nemo yang terletak di atas bukit. Terfikir juge untuk ke pantai, tetapi umie ckp nak tengok episod terakhir Sutera Maya. Lepas tuh cik nemo tgk yayah sibuk menggoreng roti canai! Umie masak kuah kari tgh hari tuh, dah sesuai la tuh ngan roti canai. Haaa..apelagik! Cik nemo pon buat air minum petang, lepas tuh hampar tikar kecik kat depan. Sambil2 tgk TV boley la mengunyap ;p
Pagi2 lagi umie menguak pintu bilik cik nemo. Mau diajak membeli makan pagi rupa2nya. Cik nemo memilih nasi lemak ikan untuk juadah pagi ni :D Agak lambat ke tempat kerja, sbb dikala bukak pintu pagar, abah pulak berjaya mencabut sedikit tinted di tingkap belakang kereta. Cik nemo ape lagik, dah memang nk cabut dari dulu lagi, sbb tinted tuh dah xokie, xcantik, pening kepala sapa2 yg duk dibelakang. Dah dapat koyak sikit, cik nemo tarik sampai abes. Masalah yang terjadi selepas tu, banyak sisa2 gam yang tertinggal. Mula2 abah guna minyak gas, tertanggal, tapi perlu menggunakan tenaga yg kuat untuk menggosok. Cik nemo xlarat! Lepas tuh abah guna thinner pulak, cik nemo dah bersedia untuk mengelap sbb bimbang terlekat di mana2. Mudah! Tapi lepas tuh tgn panas, dek kerana thinner tuh 'makan' tgn. Sedar2 dah pukul 9a.m ;p Lewat setengah jam! Ahahahha..xpelah, shift leader pon nak balik mkn juge ;p
1 comment:
besar lagi!!!
besh besh!! :D
*hugs!!*
nanti kita dah balik ke Melaka kita makan besar lagi okeh!!~
Post a Comment