Sunday, November 23, 2008

* Sembuh *

Alhamdulillah, cik nemo dah beransur-ansur sihat sikit, w'pon batuk masih menghantui di mlm hari. Mungkin xberpantang mkn ni agaknye ;p Mana taknya, hari Sabtu cik nemo pegi 2 majlis kawen, dan kedua2nya cik nemo minum ais, dah air itu yg tersedia..bedal aje. Sebanarnya umie dah rancang nk balik Kemaman hujung minggu ni, dan sebelum balik Kemaman kene pegi 2 majlis kawen dulu. Satu anak kawan umie, yg kedua anak kawan abah. Sebelum bertolak, cik nemo bawak Yayah ke Tunas Manja shopping brg2 die sikit memandangkan die akan ditinggalkan di Kemaman seminggu, jadi ibu asuh Mea. Pastu cik nemo belikan Chipsmore untuk Mea. Seb baek Mea mkn.


Majlis kawen yg pertama cik nemo pegi bertempat di dewan belia Indera Mahkota. Tak menjangkakan apa2, rupa2nya agak grand juge majlisnye. Cik nemo rasa mcm kekok sikit, kene lalu red carpet, pastu amek mknn pon pekerja in-charge asyik tgk gerak geri.. pengawal2 siap dgn walkie-talkie..cik nemo amek mknn sikit aje, sbb mcm xselesa nak mkn dalam air-cond cam tuh..dan cik nemo dah dapat rasa, makanannya xmenepati sgt citarasa kampong cik nemo ;p Meja pulak dah dihias dgn segala eksesori, sudu garpu, napkin..cik nemo xgune pon ngeh3 sambil mkn, cik nemo ketawa dgn Yayah, sbb dgr lagu yg dipasang. Cik nemo ingt dari radio, rupa2nya ada kumpulan muzikal kat depan pentas. Tak perasan pulak! Cik nemo sekeluarga makan semeja dengan rakan2 guru dari sekolah umie. Secara tak langsung, cik nemo dapat jumpa ustazah cik nemo dulu ;D garang tuh ajar ngaji! Cik nemo xkan lupa.


Lepas kenyang perut (err..cik nemo xkenyang mana sgt, kene spare utk tempat kedua), kiteorg pon keluar dewan, dan waktu tu, kompang berbunyi tanda mempelai dah sampai. Sempat la si ucop 'snap'kan pic pengantin ngah ready2 luar dewan sebelum masuk. Pastu, kami meneruskan perjalanan ke tempat kedua iaitu Felda Neram.

Sampai di Felda Neram, kami sesat. Kami tersilap baca peta. Abah cakap umie xpandai baca peta, Yayah pulak dgn 'confident'nya menerangkan semula, cik nemo gado2 ngan usop psl jln, cik nemo pening bace2 dlm kereta ni, sms lagi lah..hakikatnya, sume xpandai baca peta ;p Last2 cik nemo telefon Pakcik Aziz, tanya kedudukan sebenar..5minit lepas tu ada org dtg amek nk tunjuk kan jln..pastu bermula lah dialog seterusnya.. "Haa..kite lalu doh sini ni..", "Napok doh sipang ni..tp pk2, dok kang la sining", " Haa..ni ho skoloh", sume nk membetulkan silap masing2 adeh~ Dah sampai, kami terus mkn..ape lagik, fuhh ini la baru best kenduri! Makan ngan tgn..baru nikmat. Pastu, daging fresh, baru sembelih pg tu, lauk pauk sume lauk pauk kampung, masak kawah.. best2..w'pon tersangatlah simple, kalau diberi pilihan ke majlis perkahwinan, cik nemo akan memilih tempat yg kedua. Cik nemo tak sempat nk amek gambar, sebab cuaca terlalu panas, dan ramai sgt org kampong, segan juge..cuma adalah sekeping gambar cik nemo ngan umie dalam rumah, itupon berpeluh2 ;p

Kemudian, kami bertolak pulang ke Kemaman, disambut si kecik, Mea. Suke die org ramai balik, sengih aje menampakkan gigi depannya. Mea dah makin tembam, bak kata cik Hasanah, perut Mea dah terkedepan, dulu2 nk panjat kerusi cepat aje, sekarang payah, sbb dah berat badan ;p Mana taknya, org makan, die pon nak mkn juge. Chipsmore kaklong bwk khas untuk Mea pon Mea habiskan. Darwisy pon dah nampak berisi untuk umur yg baru mencecah 29 hari. Mea buat dek je ngan adek die..tapi petang tu ada tamu dtg jumpa tokki. Kebetulan ada budak kecik yg mungkin tua sikit dari Mea, dan Mea pon bukan main seronok berkejar-kejaran di laman tokki.



Pagi ni, cik nemo ngan Mea, bersama cik Hasanah ke stesen bas untuk menjemput papa Mea yg baru sampai dari Penang. Bak kata papa Mea, "Weekend father" ehehhee..Mea mase awal2, macam konpius bile kaklong bagi Mea kat papa di sit belakang. Agaknya berpk, kejap ade org ni, kejap xder. Dah lama barulah realise papanya. Lepas tuh, mmg xmboh duduk laa..nk dukung ngan papa aje.. Pic kat bawah ni keje kakak Yayah ngan abg Ucop yer Mea, buli Mea waktu Mea minum susu ;p Ops..sebelum terlupa, a big tenkiu to Tokwan yg buatkan apam berkuah untuk cik nemo ;D cik nemo dah bls dgn membasuh bilik air umah Tokwan tgh ari tadi ngeh3. Tgh busuk2, berpeluh..cik Fadhilah ngan Che Iz sampai untuk meramaikan suasana. Ptg, lepas asar, kami ber4 pulang ke Beserah. Esok kejer!

2 comments:

nohanz^_^ said...

salam.

huhu, suka membaca blog cik nemo. banyak crite2 menarik yg blh dibaca.

harap2 batuk cik nemo sembuk la erk. Kat tmpt nohan nih pon, diorang slambe badak je smoke even kat tmpt ber-air cond. adoi. Tahan jer ler.

suka tgk pics gamba budak dua kecik (sorang boy n sorang girl). Comel2. :)

hidayah *^_^* said...

wslm.

trima kaseh sbb sudi membaca catatan harian cik nemo yg xseberapa..cik nemo suke tulis2 crite2 harian cik nemo..supaya cik nemo x lupa nnt ;)

alhamdulillah, on-journey to cure ;D

waahh..kembang la mak ayah budak2 tuh ;p