Terima kaseh atas undangan berbuka puasa dari Cik Lie, Cik Haniey and family jumaat yang lepas. Walaupon maseh kong..kong..kong batuknye..bedal aje hihi..kat bawah sini sedikit chit chat dengan Nan Haniey Nurdini yg semakin petah dgn dunia english nye hehe..
Sebenarnya, aku ni xder la seorang yg kedekut pon, kalau sape2 yg kenal Nurhidayah, aku ni bukan la tangkai jering orgnya, tp aku ni jenis menjaga barang2 aku, aku sayang, aku hargai, nak gune xpe, xkisah, tp biarlah seperti yg asalnya dipinjam. Datang opis setelah bercuti 2 hari last week, tgk meja xseperti yang ditinggalkan. Meja aku, jadi aku ingt susun atur macam mana. Sapa ntah yang gatal tangan pegi bukak diari aku, bio terkangkang cam tuh sampaila tuan die dtg tutupkan..nak korek rahsia ape pon aku xtau..bukak laa..belek laa..tengoklaa...aku xmarah, TAPI, tolong letakkan balik kepada kedudukannya yang asal. Dah kemas, labuhkan punggung, aaiiikkk!!! yang ni mmg aku naek darah btol2 pagi jumaat lepas! kerusi aku pon dah bukan kerusi aku! mencari la aku nyee si encik kerusi..dengan perasaan yang bengang + marah yang terpaksa ditahan.. sedayanya menolak AURA NEGATIF, teringt sejenak ungkapan ni spt yang dirungkaikan uncle di terataknya. Tarik nafas sedalam-dalamnya dalam usaha mengembalikan AURA POSITIF yang semakin menipis.
Haihh..bukan ape, kadang bila habit tuh dah dididik dari kecil oleh mak bapak, ayahanda especially..dah mmg tersemat di sanubari. Uiih..ayahanda, kalau ade jek barang yang dibeli utk anak2nya, pastu punah ranah dek dibantai anak2 yang xreti nk menghargai masa tuh, memang sepanjang hari telinga ditadah dengan bebelannya. Bukan tak tahan dengan bebelan ayahanda, tapi riak kekeciwaan di air mukanya tuh yang membuatkan hati aku menangis dan sejak itu aku senantiasa beringt-ingt. Bibit2 bebelannya juga membuatkan hati sedih mendengar.
"Kalau aboh dulu2..nok mender2 bukan senang..duit xdok...."
Oleh itu, adalah wajar aku marah di pagi Jumaat lepas! ;D Positif...positif...positif...positif ~~~
No comments:
Post a Comment