Wednesday, August 4, 2010

Kehilangan

Betul la kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti..tapi.. kali ni, belum pun patah, dah tumbuh pucuk yang baru..rase macam pokok ni xsepatutnya patah, cume mungkin dahan yang dicantas..

Jumaat lepas, kunun2 ngah kusyuk stadi,

"Dayah, aku nk resign"

Terkejut.Terkedu.Terdiam.Termenung.

Kepada Mushtaq, ucapan ribuan terima kasih aku dahulukan..kerna, jejaknya kau ke sini memberi semacam satu kegembiraan yg sekian lama lusuh. Adanya org yg mendengar aku membebel, luahan ketidakpuasan hati, chit chat pg mengomen tajuk2 berita yg menarik perhatian dan pok pek, pok pek lagi dan lagi..rasa puas, kerna bagi siapa yang mengenali Nurhidayah, manusia ini sangat suka bercakap, ketawa, membebel dan mengarut. Sehinggakan di hari pertama Mushtaq,

"Mushtaq, aku rase aku penat gile ari ni, sbb byk giler aku bercakap"

Sekian lama memendam rutin harian, terasa puas bila tertunai. Keserasian mungkin buat dua kelahiran April ini.

TEMAN.

Itulah selayaknya yang boleh aku klasifikasikan. Jauh berbeda dari manusia yang dipanggil KAWAN.
Batasan, tidak pernah kami lupakan.

Kepada Mushtaq, aku ucapkan Selamat Maju Jaya dalam apa jua bidang yang diceburi, semoga diberkati dan dipermudahkan dalam urusan mencari rezeki yang halal walau sebesar zarah sekalipun.

Telah kau zahirkan niat aku.

Mungkin masih belum terlambat, Selamat Pengantin Baru buat kau dan Syamim, aku mendoakan agar kebahagian senantiasa bersama kalian. Cepat2 dapat anak, bley sembang ngan Acik Hidayah ngeh3. Semoga kalian tidak membuang jauh aku dari ingatan.

To new comer, Oya, welcome to our family ;) This is not the right time to judge her, but, i knew she wont go thru all the hardest time like me during my arrival, as everybody seems to please her. Good sign friend! Tumpang gumbira ;D


Senyum sikit!
Tak ikhlas pon kalo senyum,
jadi,
Xpayahlah senyum!

No comments: