Tuesday, December 31, 2013

Last day!

Tik tok tik tok tik tok...

Lebih kurang 16 jam lagi, dah bertukar angka tahun. How time flies...dan org akan start buat azam tahun baru...bla..bla...bla..tp actually start tahun ni, cik nemo dah set azam tahun baru ikut tahun Hijrah! So xyah set dah la kan ;p

But I do hope 2014 brings me a good news to hear! 

Prayin' for it!

Monday, November 11, 2013

Flashcards!

Again..
Million thanks to Mama Fitri sbb belikan mainan unik ni...mama jenis xsabo sabo...beli mainan yg sah2 tulis untuk budak 4 tahun ke atas...haha, its okay, Fitri boleh start to learn hopefully! W'pon kepala Rabbit mcm dah nk patah.... T_T
 

Siap ada QnA dekat belakang card and at last kami plak excited main Pop Kuiz!
How does the horse sound?
Neeighhhhhhh~~~

And when its time..
I'll leave the ocean behind..
Different World. My song of the day! 

Friday, November 8, 2013

Hobi baru..

Baru jer balik pagi Rabu itu hari, mimi Fitri dah WApp gambar hobi baru anak sedaranya..

Fitri...Fitri...
Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasik ;p

This is sooooo me!

Alhamdulillah! Dah ada tanda2 nk duduk...w'pon lambat sikit, it doesn't matter for me, as long as he shows a positive sign of growth.

Hari ni mama Fitri mungkin balik, sukela Fitri semua ada! Tak sabar nk ketemu! May Allah bless my little mujahid! Semangat bangun awal pagi ari ni, gara2 kene drive sendiri..dah alang2 bgn awal, readykan juadah nk bawak ke opis utk pot luck ari jumaat..kalau naek motor, kompem aku beli jer ;p Org surau baru nk start smayang subuh aku dah gigih kuar umah...dats y motor juga menjadi pojaan ;) Yg paling iri ati tgk abah Fitri yg maseh guling2 dgn bestnya sampai xsedar apa! Haha...Lemah longlai jer kuar umah usai memberi pesanan kpd abah Fitri yg ntah dgr ker tidak..

"Saye nk pegi opis da ni..breakfast atas meja, baju dah gantung kat situ tau..." 

Oh, "kat situ"....gelak sendiri, tunjuk beria beno, mcm la kawan tu bukak mata..

Wake up Maggie I think I got sumthin' to say to you...
Its late September and I really should be back at school...
Lalalalalala...
Lalalallalalala...
OK. Maggie May. My song of the day!

Wednesday, November 6, 2013

Terima Kasih ;)

Terima kasih nenek! Hadiahkan Fitri mainan ni ;)
Reminiscing all my childhood days with mama Fitri, Nadiah...dulu2 kami tak ada mainan mcm budak perempuan lain - barbie doll, teddy bear and so on..besides, keadaan dulu berbeza dgn keadaan sekarang. Tapi kami boleh bermain dgn gumbiranya! Paling best kalau umie bawak balik buku2 cerita baru, wahh....mmg kami xbuat keje lain, baca sambil berangan dgn kaki silang di dinding ;p lps tu gilir2 tukar buku! What a very memorable moment!

We had learnt how to seek for a knowledge to went thru life. Sbb kata ayahanda, segalanya bermula dgn ilmu pengetahuan - sikap, perbuatan mahupun cara hidup, semua memerlukan ilmu. Jangan pandang rendah org lain bila kita berilmu, kongsi! Jangan pandang rendah org yg kurang ilmu, ajar! Mungkin mereka lebih pada perkara lain dan kita kurang pada perkara itu. Ilmu lagi berharga dari duit, harta, maka jgn letakkan jurang antara mereka yg berharta dan mereka yg kurang berharta! 






Sebulan lepas kot,
kemas2 rumah, terjumpa salah satu favourite story book cik nemo - Ratu dan Kelana ;p 
Aaaaaaa! Rindu betol! Dah tua dah umur buku ni, elok lagi...tp bila sampai kat tgn Fitri, ditarik tariknya digigit gigitnya! Oh nooooo! Buku ibuuuu!

Selamat Membaca!









Ya, saya kalah, dan
anda menang!

kerna hormat saya kepada anda sgt tinggi,
 kerna sy tidak pernah inginkan pertarungan pun,
kerna saya amat sayangkan hubungan baru ini,

Yet, silent is golden!

Let it ends here.

Keep swimming...keep swimming..keep swimming~ 

Thursday, October 31, 2013

Hari ni..

hari Khamis! Yuhhuu!!
how can I not miss u my son...!

Thank you abah Fitri, WApp kan ibu picture ni ;)

Wednesday, October 30, 2013

I won't let you go..

I had a very nice chit chat at this luvly morning with my lifetime drebar. Thank you very much for being such supportive husband. Kadang2 aku pun pelik dgn segilintir manusia yg hanya nampak keburukan org lain dan yg paling sadis boleh menyampaikan pulak kat org lain.

Am I a queen control?

Only me and my lifetime drebar know. Not you. Enough.

Perhaps, can I ask you one question?

Are you good enough?

Kalau di belakang isteri sendiri pon boleh berkata-kata tentang kekurangan teman sehidup semati kau, dan boleh dikategorikan sebagai membuka aib isteri sendiri yg mana sebagai seorang suami kau sepatutnya tahu batas apa yg boleh dikongsi bersama org lain dan apa yg xboleh dikongsi, 

Are you a very good enough?

Betullah kata Prof Muhaya,

Kita tidak akan dapat membersihkan jiwa selagi kita melihat keburukan dalam diri org lain. Salah satu cara Allah memberi kebaikan pada seseorg ialah bila dia melihat kesilapan diri dan melihat kebaikan org lain. Manusia paling malang ialah manusia yg melihat kebaikan diri dan merasa diri sudah baik dan melihat keburukan org lain dan sentiasa merasa lebih baik dari org lain.

To my lifetime drebar, I'm truly sorry for what they had been said to you..semoga kita sama2 kuat dan sabar dengan karenah manusia yg tak pernah reti nak bersyukur..I promise, to always be by your side! 

Remember my son, u don't hv to keep trying to point out sumone's true colors,
they will do it themselves eventually ;)

If your sky is fallin'
Juz take my hand and hold it
U don't hv to be alone...alone..
I won't let u go
And if u feel the fading of the light
and u're too weak to carry on the fight
and all ur friends that u count on hv disappeared
I'll be here, not gone, forever, holding on!




Thursday, October 24, 2013

Be thankful and..

Be strong!

Keep swimming....keep swimming...keep swimming...

Wednesday, October 9, 2013

When sum1...

When sum1 is nasty or treats u poorly, dun take it personally..it says nothin' about u, but a lot about them.
Positive! Save ur own lil' heart! Chill~

Ok. Meeting done! One more to go for the evening. Aku harap sangat dpt close projek Shangri La ni supaya xperlu lagi nk layan karenah manusia yg xreti nk bersyukur. For me, malas nk stress, ikut jer rentak yg dah ala2 hip hop ni, sbb I need to save my own little heart before it started to burst!

Ok. Sangat lapar sekarang. Boss mcm tau2 da ajak makan, tp "xpela boss, pegi dulu..I follow" hehhe...end up aku duk merapu kat sini..arghhh mcm nk mkn Shepherd Pie! Right......lets plan for this comin' weekend!


Friday, October 4, 2013

One miracle year..

We had gone thru one miracle year..

Thank you Allah!

1st October 2013 - Happy one year old my lil' angel..may we passing more and more miracle year onwards..


I can't touch u, I can't kiss u, I can't hug u, and I can't say: thank u for being strong with me as promised..

I can't celebrate it with u..

but all I can do at this luvly mornin' is walked in to Neonatal ICU to meet ur so called 'first family' to share our greatest appreciation with them. When they saw me, they said: Fitri!

Hey, its been a year and they did remember u son! 

Melangkah kaki ke NICU mengimbau kembali saat2 getir tahun lalu. Aroma NICU, suasana NICU..membuat air mata mengalir dgn sendirinya tanpa disangka-sangka tadi..Surprisingly, nurse bagi kami masuk, bila dgr nurse2 tu panggil: Nurhidayah...Nurhidayah...Fitri! ooooohh..mmg air mata laju jek, they did remember us! Madam pulak dtg peluk....dgn nurse2 pon banjir...haiihhh...how time flies...

Kiteorg bawak juadah sikit untuk mkn pagi mereka, walaupon pemberian tu sememangnya tak dpt dibandingkan dengan keprihatinan mereka terhadap Fitri, 
Heartfelt thanks to abah Fitri, to my beloved abah and umie, to my luvly sis and brother Nadiah, Yayah, and  for all ur support, ur care, ur attention and ur luv to me to went thru life..

Kadang, ada waktunya aku menangis sendiri bila hati dan telinga tak dpt lagi menahan dan mendengar kata2 mereka yg aku harapkan dpt memberi kata2 semangat, namun sebaliknya yg berlaku. Mereka di atas lah yg senantiasa menghulurkan bahu... 

In this journey of life, even though we may begin it with difficulties, this is design of God that I appreciate and cherish! Alhamdulillah!

Monday, September 30, 2013

Kembalinya dia...

Khamis lepas, pagi2 buta lagi cik nemo terima panggilan dari umie yg mengkhabarkan berita kurang enak..perginya seorg insan yg cik nemo panggil 'tokki' untuk selama lamanya.. 

Tokki Usop, adalah tok sedara cik nemo sebelah umie. Kematian mengejut di awal pagi mengejutkan seluruh sanak saudara. Memandangkan cik nemo tinggal berdekatan dengan arwah, sepantas kilat bersiap utk melihat arwah buat akhir kalinya...

Sungguh, cik nemo baru aje bawak Fitri bulan lepas, tup tup dah takda..telinga cik nemo terngiang ngiang dgn celotehnya yg mengatakan bahawa muka cik nemo sama mcm isterinya (Tok Pah) masa muda. Masa cik nemo kawen, cik nemo kenalkan my lifetime drebar dgn Tok Pah. Magicnya, my lifetime drebar ckp, oh die dah tau mcm mana rupa cik nemo bila tua sambil tersenyum!

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah..
Amin~

(Arwah tokki Usop 3 dari kiri dan Tok Pah 3 dari kanan
lebih kurang 10 hari sebelum menghembuskan nafasnya yg terakhir...)

Al-Fatihah....

Wednesday, September 25, 2013

Insaf

Dah lama tak buat entry insafkan diri.

*****
Semalam...

Memandangkan my lifetime drebar blk lewat mlm, kerja2 buang sampah perlu di 'take over', risau ulat2 comel menari-nari exotic pulak kat dapur.

Dari jauh,

"Awalnya kakak2 cleaner ni masuk 'opis'"

Di tengah2 limbunan sampah sampah buangan penduduk, terselit 2 orang kakak lingkungan umur lewat 20an mengais-ngais sampah. Mungkin sedar dgn kehadiran cik nemo yg gigih berjalan senget membawa sampah, mereka semacam memperlahankan aktiviti yg sedang dilakukan....

OK. Tarik nafas.

...

...

...

Beberapa helai baju baby dilihat di birai tong sampah gabak tu hasil kaisan mereka sebentar tadi. Mereka semacam malu dengan kehadiran cik nemo di tepi tpt pembuangan sampah tu.

Senyum. Tarik nafas.

"Boleh letak sampah ni kat sini jer?" cik nemo cuba menghilangkan kecuakan mereka.

"Boleh boleh!" mereka membls senyuman cik nemo.

"Okay!"

Insaf.

*****

Xpayah nk angkuh sangat anak pakai baju mahal
;)


Friday, September 20, 2013

No matter how..

Bak kata Acu, nano nano pon solat jgn tinggal tau!




*****

"No mater how old you both get, never stop holding hands, never stop dancing, and never stop saying,
I love you!"

:)

***

Thursday, September 12, 2013

Wonder why..

Kan Fitri? Fitri paham ker apa ibu ckp ni?

Kata kata yang tak berapa nak pujangga sangat:

"Alahh...xpe, mulut dia kalau berckp mmg mcm tu..tp hati dia baik.."

I just wonder,
Kalau hatinya baik, takkan percakapannya begitu kan?

Wonder..wonder..wonder..

Tuesday, September 3, 2013

Reached 2 years!

Alhamdulillah!
It has been 2 years together and now we are having our junior around. Semoga Allah memberkati hubungan ini dan kekal sehingga ke akhir nya...


Sebenarnya, mmg xingat langsung hari ni! Aiyaakkk!

Hanya bila perasan petang tadi bilamana mau isi borang PMCare di klinik...bila tang tarikh tu, mcm terberhenti masa jap.. ;p nurse plak duk tercacang tunggu bila nk fill up form..haha..pusing2 tgk my lifetime drebar dtg lps park kereta...

"Abang! Ingat tak ari ni ari ape??"

Senyap.

Pastu dua2 ketawa. Sah! Mmg dua2 nyanyuk!

Happy anniversary my dear!

Friday, August 2, 2013

Book of Quote

Quote of the day yg aku rasa sangat2 dekat dekat kehidupan aku sekarang, and I am truly agree of it!

"Stay away from people who talk BAD,
       these KINDS of people carry a NEGATIVE spirit,
    The problem is,
They are NOT HAPPY with themselves!"

Salam Jumaat Ramadhan terakhir :D


Sunday, July 28, 2013

Salam 10 Ramadhan terakhir..

Forgive often,
And luv with all ur heart,
Becoz...
U may not know,
That u may not hv the chance again..
 
Hi there!!

Friday, July 26, 2013

26/7

Cukup2 sebulan blog ni hidup kembali!

Memang nmpak sgt la kan semangat nak update blog tuh mmg tak berkobar-kobar pon! Apa-apa pon belum terlambat utk mengatakan Salam Ramadhan kepada semua sahabat (..w'pon lagu raya dah berkumandang sana sini..), dah lebih separuh bulan pon...ayuh, kita tingkatkan amalan di hari-hari terakhir Ramadhan ni!

Apa yg beza Ramadhan kali ni dengan Ramadhan yg lepas - dulu bertiga, skrg berempat.

ok. tutup mulut. kecilkan mata anda balik.

Fitri belum nk dpt adek lagi ngeh3...Ramadhan dulu Fitri maseh dikendongan, Ramadhan kali ni tiap2 hari dapat peluk cium, alhamdulillah! Terima kaseh Ya Allah! Ramadhan kali ni, Fitri bawak acunya sekali berpuasa di KL, jadi ibulah satu satunya kaum hawa kat rumah tu...Terima kaseh acu, hanya Allah yg dpt membalas segala budi yg dicurahkan buat kami sekeluarga :)

Macam biasa, bila tiba bulan puasa, time paling mencabar mustilah time sahur kan...bgn awal pagi utk masak buat kakanda dan adinda terchenta..betul lah kata org, bila kita buat sesuatu dengan penuh kasih dan sayang, segala penat lelah tak terasa! W'pon tido satu hari average 4 jam (..my routine had totally changed!) bgn dengan minda yg separuh sedar berjalan ke dapur...bila dah start masak, mengantuk tu hilang! Magic!

Bila tgk mknn yg dimasak habis, sakit urat pulak terus hilang! Lagi magic!! Itulah hikmatnya kan? Masa ni lah nak cari pahala lebey hihi!

Wednesday, June 26, 2013

Holiday End

I've got 3 days MC since Monday. Batuk teruk sgt last week sampai suara dah bertukar garau..grrr... Tapi happy sbb dpt stay longer with awe lenje ;) Harap2 jerebu hilang cepat2, dan aku dpt meneruskan apa yg telah dirancang..insyaAllah...

So petang ni aku akan berangkat pulang ke sarang..kesian abah Fitri sorang2 kat sana, kompem perut kempis kan...mkn xtentu hala ;p Cik Nah aka mama Lisa aka Jaddah Fitri singgah umah tgh ari smlm, dan ditakdirkan mereka sekeluarga akan ke KL petang nie...jadi kate Cik Nah, xpayah naek bas, balik jer ngan mereka..TQ!!

Call ucop, batalkan urusan pembelian tiket...naseb baek blom sempat beli..hehe..

Wednesday, June 19, 2013

Dan bila..

Dan bila kite buat org gumbira,
Kita pon tumpang gumbira...

My sis, Nadiah suke sgt bile Streamyx dah pasang umah dia pagi ni..sblm ni eksyen...org offer xmau kan...so katanya:

"Pasni aku xketinggalan keretapi lagi"
"Pasni xder la aku menyorok tepi langsir lagi tayang2 hp di awan awangan nk cari signal"
"Pasni boley la aku update blog yg dah bersawang!!"

Oh noooo...

Baru teringt aku pon ade blog yg bersawang. Internet access ada 24hrs pon, xboley jugak nk merapu kat sini...so aku mcm dpt semangat baru dari Nadiah hihihi!

Saksikan la semangat tu berkobar kobar sampai bila kan... :p

mode: missing awe lenje....

Friday, March 29, 2013

End of week

Its Friday again!
All the best to my little miracle ;)


Friday, March 22, 2013

Yes!

It's Friday!
Tak sabar bertemu si dia!


Tuesday, March 12, 2013

Maseh bernafas!

Dear all,
Saya maseh di sini!

Times up!
Happy hour, moh mkn!

Thursday, February 21, 2013

A lil' cupcake

Yaaawwnnnnn~~

Lamenye xupdate. How time flies...cik nemo dah masuk kerja dah hampir 3 minggu...sbb tu lah xsempat nk menyinggah sini...skrg dah jadi weekend mother, lagi xsempat...bukan xsempat apa, mental masih dalam proses utk adapt with my new environment without my son aside. (T_T)

1.30p.m satgi workshop akan start balik...oh..cepatlah esok, minggu ni saja duk mengadap muka cute Andre n the group from Accenture, dah xlarat...sogokan mknn yg dikau hidangkan tidak sikit pon jejas dgn segala keputusan yg akan dibuat esok hihi...sorry guys! Anyhow, thanks for the food ;p

U can say this..
U can say that...
U can say anything...
But,
I'm the one who feel it..
Yet,
Silence is golden.

Sunday, February 3, 2013

Happy 1 year and 5th month!

Syukur alhamdulillah atas nikmat yg diberikan. Mudah mudahan rumahtangga kami diberkati dan dirahmati Allah insyaAllah... Kata org hidup berumahtangga ni byk cabaran dan cobaannya kan..tp alhamdulillah, setakat ni kami tidak mempunyai apa2 masalah sbb kami cenderung utk selesaikan apa sahaja masalah jika ada secara face to face, rasional dan tidak drag pjg dan yg paling mustahak, TIDAK SUKA mengadu domba dgn third party yg mana boleh membuka segala keaiban pasangan kita ;) cik nemo tabik spring ngan abah Fitri sbb mempunyai satu sifat yg sebegitu sbb kalau ikutkan cik nemo punya tabii, nak merajuk pjg ajee kaann hehe..bila difikirkan balik, tak ada sudahnya..itulah yg dikatakan saling melengkapi satu sama lain ;) 

Mungkin salah satu cabaran yg biasa didengar ialah bukan mudah nk menyesuaikan diri dalam keluarga baru selepas berkahwin. Iyelah, ada yg boleh menerima, ada yg kurang dan lambat sikit penerimaannya kan..itu dikira masih normal sbb kata org tak kenal maka tak cinta kan...cuma cik nemo kadang2 agak berang dgn perangai manusia yg suka "jugde a book from it's cover" nie..yg molek hanya dia, yg kurang molek tu lah kita. Kamu kenalkah siapa saya secara keseluruhan? Rentetan dari itu timbullah spekulasi2 yg mengatakan si polan ni begitu dan begini..walhal siapa kamu utk menentukan kehidupan org lain begitu dan begini ;) Ubahlah sikap, kenali lah si polan kerna mungkin die tidak sebegitu dan cerminlah diri anda dahulu sebelum anda mengatakan begitu dan begini kepada pasangan lain kerna itulah yg mencerminkan keperibadian anda - nmpak kulit buku comel, cantik, kemas berbalut, bila diselak, isinya lerai dimamah anai2... Oh rapuhnya hati dan sanubari kamu!

Sejujurnya cik nemo TIDAK LAYAK utk memberi tunjuk ajar kerna cik nemo juga sedar atas kekurangan diri yg maseh perlu diperbaiki. Segala pendapat hanyalah dari diri sendiri, mungkin ada yg setuju dan mungkin ada yg tidak, terpulang kpd penerimaan masing2.. ;)

Semoga Allah memberkati rumahtangga kami serta melimpahkan rahmat kpd kami, dan menghimpunkan kami dalam kebaikan insyaAllah, Amiinn~

A dlm peperiksaan,
tetapi D, E, F dlm kehidupan.
-abu Saif-

Friday, February 1, 2013

Happy 5th month!

Happy 5th month sayang!
Kejap jer masa berlalu, mujahidku dah nak melangkau masuk 5bulan...4bulan yg lps tanggal 1 Oktober 2012, Fitri lahir dgn caranya yg tersendiri yg telah diatur oleh ketentuaanNya. Alhamdulillah, syukur atas rezeki yg dikurniakan buat kami sekeluarga..mencapai berat sebanyak 4kg diusia 4bulan agak ketinggalan byk berbnding bayi normal lain..ibu doakan mujahid ibu dan abah ini membesar dgn sempurna, sihat dan menjadi anak yg soleh ya..


Permulaan minggu seterusnya mungkin menjadi agak tegang dan beremosi buat ibu, mana mungkin ibu tenang bila anak manja tiada di sisi...setelah kami bersama-sama berjuang utk sampai ke peringkat sekarang, yg mana tiada org memahaminya melainkan ibu sahaja. Siapa tahu setiap hari hati senantiasa berdebar debar menanti hari esoknya..berdoa agar mujahidku hidup dengan penuh barakahNya.

Thursday, January 31, 2013

Anak itu..


Sharing is caring..

Children Learn What They Live
by Dorothy Law Nolte

If children live with criticism, they learn to condemn.
If children live with hostility, they learn to fight.
If children live with fear, they learn to be apprehensive.
If children live with pity, they learn to feel sorry for themselves.

If children live with ridicule, they learn to feel shy.
If children live with jealousy, they learn to feel envy.
If children live with shame, they learn to feel guilty.
If children live with encouragement, they learn confidence.

If children live with tolerance, they learn patience.
If children live with praise, they learn appreciation.
If children live with acceptance, they learn to love.
If children live with approval, they learn to like themselves.

If children live with recognition, they learn it is good to have a goal.
If children live with sharing, they learn generosity.
If children live with honesty, they learn truthfulness.
If children live with fairness, they learn justice.

If children live with kindness and consideration, they learn respect.
If children live with security, they learn to have faith in themselves and in those about them.
If children live with friendliness, they learn the world is a nice place in which to live.

Saturday, January 26, 2013

Tidak mahu!

Ya...betul..
Aku tidak mahu mengajar mujahidku begitu..
TQ.

Wednesday, January 23, 2013

Dah nk habes...

Wah, lamanya xdrop by kat sini..nk wat cm mane, sejak bergelar suri rumah ni..duk berkepit ngan Fitri jek lah..budak nk membesar, macam2 pola perubahan rutin harian dpt dilihat..kalau xcukup tido tuh dah biasa sgt..yelah, Tuhan dh bg tido sedap2 selama 26 tahun ni, skrg rasakanlah hehe..baru tau mak kita rasa cm mana kan...terima kaseh umie! Fitri kebelakangan ni agak kurang sehat, demam dan batuk sikit..harap2 tak larat lah mudah mudahan..dah nk habes pon cuti...hmmmhh..perasaan yg kurang enak gitu!

Tuesday, January 1, 2013

Month of 3

Our liltle mujahid turns 3 months today with a positive sign of growth. Alhamdulillah!

Ambil kesempatan untuk tido sekejap lepas subuh gara2 Fitri 'keras mata' pukul 3a.m. Pukul 5a.m baru nmpak tanda2 lali dan akhirnya tertido..sedar tak sedar bunyi rengekan Fitri dekat di telinga. Rupanya, abah Fitri letak Fitri baring sebelah ibu...nk kejut ibu ler tuuu....pandainyee abah! Lepas tu apalagi... kami sama2 cium2 dia sampai menangis haha..

Syukur kepada Allah atas kurniaanNya. Walaupon pembesaran Fitri masih kebelakang sikit dari graf pembesaran bayi normal, kata doktor, 'don't worry, it will slowly follow the curve'. Mudah mudahan..insyaAllah! 

Pengalaman dan rasa itu..
Tidak mungkin difahami org..
Ye, mmg tidak mungkin..
Namun kami bersyukur..
Lebih dekat kami dgn Pencipta..