Sunday, February 3, 2013

Happy 1 year and 5th month!

Syukur alhamdulillah atas nikmat yg diberikan. Mudah mudahan rumahtangga kami diberkati dan dirahmati Allah insyaAllah... Kata org hidup berumahtangga ni byk cabaran dan cobaannya kan..tp alhamdulillah, setakat ni kami tidak mempunyai apa2 masalah sbb kami cenderung utk selesaikan apa sahaja masalah jika ada secara face to face, rasional dan tidak drag pjg dan yg paling mustahak, TIDAK SUKA mengadu domba dgn third party yg mana boleh membuka segala keaiban pasangan kita ;) cik nemo tabik spring ngan abah Fitri sbb mempunyai satu sifat yg sebegitu sbb kalau ikutkan cik nemo punya tabii, nak merajuk pjg ajee kaann hehe..bila difikirkan balik, tak ada sudahnya..itulah yg dikatakan saling melengkapi satu sama lain ;) 

Mungkin salah satu cabaran yg biasa didengar ialah bukan mudah nk menyesuaikan diri dalam keluarga baru selepas berkahwin. Iyelah, ada yg boleh menerima, ada yg kurang dan lambat sikit penerimaannya kan..itu dikira masih normal sbb kata org tak kenal maka tak cinta kan...cuma cik nemo kadang2 agak berang dgn perangai manusia yg suka "jugde a book from it's cover" nie..yg molek hanya dia, yg kurang molek tu lah kita. Kamu kenalkah siapa saya secara keseluruhan? Rentetan dari itu timbullah spekulasi2 yg mengatakan si polan ni begitu dan begini..walhal siapa kamu utk menentukan kehidupan org lain begitu dan begini ;) Ubahlah sikap, kenali lah si polan kerna mungkin die tidak sebegitu dan cerminlah diri anda dahulu sebelum anda mengatakan begitu dan begini kepada pasangan lain kerna itulah yg mencerminkan keperibadian anda - nmpak kulit buku comel, cantik, kemas berbalut, bila diselak, isinya lerai dimamah anai2... Oh rapuhnya hati dan sanubari kamu!

Sejujurnya cik nemo TIDAK LAYAK utk memberi tunjuk ajar kerna cik nemo juga sedar atas kekurangan diri yg maseh perlu diperbaiki. Segala pendapat hanyalah dari diri sendiri, mungkin ada yg setuju dan mungkin ada yg tidak, terpulang kpd penerimaan masing2.. ;)

Semoga Allah memberkati rumahtangga kami serta melimpahkan rahmat kpd kami, dan menghimpunkan kami dalam kebaikan insyaAllah, Amiinn~

A dlm peperiksaan,
tetapi D, E, F dlm kehidupan.
-abu Saif-

No comments: