Wednesday, September 25, 2013

Insaf

Dah lama tak buat entry insafkan diri.

*****
Semalam...

Memandangkan my lifetime drebar blk lewat mlm, kerja2 buang sampah perlu di 'take over', risau ulat2 comel menari-nari exotic pulak kat dapur.

Dari jauh,

"Awalnya kakak2 cleaner ni masuk 'opis'"

Di tengah2 limbunan sampah sampah buangan penduduk, terselit 2 orang kakak lingkungan umur lewat 20an mengais-ngais sampah. Mungkin sedar dgn kehadiran cik nemo yg gigih berjalan senget membawa sampah, mereka semacam memperlahankan aktiviti yg sedang dilakukan....

OK. Tarik nafas.

...

...

...

Beberapa helai baju baby dilihat di birai tong sampah gabak tu hasil kaisan mereka sebentar tadi. Mereka semacam malu dengan kehadiran cik nemo di tepi tpt pembuangan sampah tu.

Senyum. Tarik nafas.

"Boleh letak sampah ni kat sini jer?" cik nemo cuba menghilangkan kecuakan mereka.

"Boleh boleh!" mereka membls senyuman cik nemo.

"Okay!"

Insaf.

*****

Xpayah nk angkuh sangat anak pakai baju mahal
;)


No comments: