Buat adinda tersayang, Yayah, TAHNIAH k.long ucapkan di atas pencapaian cemerlang SPM kamu! Keep it up sis! Perjalanan kamu masih jauh dan k.long senantiasa mendoakan yg terbaek buat adek2 tersayang!
Jangan lupa untuk memanjatkan kesyukuran kepada Yang Paling Mulia, Yang Paling Satu..
Jangan lengahkan ucapan terima kaseh dan ciuman sayang buat ayahanda dan bonda tercinta..atas setiap ungkapan doa yang terbit dari bibir mereka..atas setiap peluh jerih pengorbanan yg mereka lulurkan khas buat anak yg tercinta..
kerna..
Petikan maksud firman Allah dari Surah Al.Israa', ayat ke-24:
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
No comments:
Post a Comment