Saturday, March 28, 2009

* Panggilan *

Buat waktu sekarang cik nemo hanya mampu menulis, kerna untuk berkomunikasi, amatlah terhad. *yes, i do fall sick..it comes again..* Panggilan pertama telah cik nemo jawab, off-melaka untuk 1 week lamanye..semua perkara2 penting telah cik nemo settlekan sebelum meninggalkan melaka. Maklumla, waktu belum cuti. Dan box FYP keSYGan cik nemo, cik nemo xtinggal, dgn harapan, dpt curi2 masa untuk menyiapkannya. Dan kemudian, sedikit nikmat kesihatan ditarik Yang Maha Kuasa..dah agak apa yg akan berlaku, tp ikut status ariff, "buat-buat sehat" dan status daus, "buat-buat bz". I don't hv a time to rest.

Dan...

Panggilan kedua menyusul..i need to go back home! *umah melaka* I've been called from TM for Attachment Program from 25th-27th March! Dgn keadaan diri yg xberapa sehat, gagahkan diri jugak untuk ke briefing rabu pagi. Lepas tu bermulalah penjelajahan ke unit2 TM di Melaka, bermula di MITC, Bandar Kaba *sgt thriller kt sini!* , Lendu, dan berakhir semalam di Pengkalan Balak untuk unit Submarine Cable *sgt canggih ;p*. Opps..tertinggal, tambahan unit baru di akhir2 program, TM Point di Batu Berendam. Adelah beberapa org yg cik nemo kenal, termasukla norhan. Yang lain semua kwn2 baru ehehehe..dan maafla buat semua yg senantiasa mendengar batuk sy yg xsudah2 bermula program sampaila tamat semuanya. At the end, dah penat otak dengan semua kerja2 yg diterangkan, dapat cenderamata kat TM Point. Tanda penghargaaan. Dan lastly, otw nk menghantar 2 pegawai TM yg bertugas, En Zulkifli dan En Aini bg plak topi TM. Ahahahaha..cik nemo nk kasik abah jek nnt ;p Trime kaseh buat mereka2 yg byk membantu.


Dan...dah habes kan..so..

I need to prepare report! :( *report lagi..dan lagi..*

Kepada sahabat2 yg YM! cik nemo untuk 2 midterm next week, Isnin dan Khamis dan tiada balasan, mintak maaf byk2..tiada upaya untuk berada di depan PC. Ape2, sahabat2 boley SMS ye!


Oh ye, terlupe, cik adah, meh ler amek baju kamu nie, harap kamu suke. Sy maen beli yg mane sy berkenan ;p harap kamu suke ;) Kalo xberkenan, sy naaaakk!! ;p

Tuesday, March 17, 2009

* Yang terjadi *

Terasa mau menelefon adinda tersyg yang baru sampai di melaka lebih kurang pukul 6.30 petang semalam. Khabarnya diserang demam panas. Usai solat magrib, cik nemo kol nadiah.


Cik nemo: Hello, nadiah. Demaam...
Nadiah: Along!! Kiteorg baru eksiden nie!!
Cik nemo: Haaahhh???!! Kat maneee??
Nadiah: Depan U-center. Teruk keter kak Ja.


OMG! Tempat tuh! Terlintas kejadian2 kemalangan yg lepas di tempat yg agak misteri tuh. Selepas beberapa ketika berckp, cik nemo suruh die rilex dan cik nemo teringt beberapa org yg cik nemo nk kol utk menjengah ke tempat kejadian. Sbb katenye, Ja dan mcm ala2 bergaduh dgn kereta yg dilanggarnye. Ciknemo kol Salimie yg berada dekat dgn tempat kejadian tanpa memikirkan die outstation! Zahid ngan Ariff antara rakan yg cik nemo kol untuk menjenguk ke tpt tersebut. Maklumlah semuanya perempuan. Teramat risau cik nemo yg jauh berada dari Melaka atas urusan yg belum selesai.




Pic pertama kereta Ja; Nissan Latio. Teruk rite? Terpaksa di'tow ke balai. Dan pic kedua; kereta yang bersalah, MyV putih. Kereta Ja yang agak sporty melanggar bahagian bumper MyV yg dipandu oleh seorang lelaki berbangsa Cina. Cik nemo nak ucapkan terima kasih banyak2 buat Zahid yang ke IPK untuk memanggil polis dan Ariff (pic ketiga yg berdiri di samping Nadiah dan Dila) yang turut serta memberi sokongan moral buat Ja, Nadiah dan Dilla. Apartment kat view belakang tulah Ixora Apartment tempat cik nemo dan rakan2 bermukim selama berada di Melaka. Terima kaseh juge buat Daus yg khabarnya turut serta. Terima kaseh buat semua. Cik nemo di sini sentiasa mendoakan keselamatan kalian. Dan semoga perjalanan jauh cik nemo esok dilindungi-NYA.

Thursday, March 5, 2009

* Ketawalah *


Baru jek lepas menyapu bilik yg dah cam gaye workshop. Bersepah-sepah dgn segala wayar yg bermacam warna..agaknye keadaan tu melambangkan keseluruhan saraf2 otak yg berserakan memikirkan pelbagai solusi kepada permasalahan yg menimpa. Baru best sket memijak lantai, licin bersih!


Lately, cik nemo cuba untuk 'create' satu relationship yg aman damai..tapi mungkin usaha tu tak memberi apa2 kesan..hurm..xpelah, at least i've tried..huuu..bkn senang nk menzahirkan usaha tuh, tp xpe, its up to them ;)


Sabtu minggu lepas, cik nemo dipelawa untuk mengikuti trip ke Sagil bersama rakan2 se'accounting' dgn Ja. Fikirkan kerja, mmg xhabis2..sembang2 ngan abah, akhirnya cik nemo amek keputusan untuk join sekali! Saya perlu ketawa! Supaya saraf2 di dalam otak tak tersumbat dek perkara-perkara yg menekan jiwa. Di pagi Sabtu yg cun, kami yg sentiasa ber4 sama2 ke destinasi yg dituju. Trime kaseh buat Ja dan rakan2!



Monday, March 2, 2009

* Terfikir.. *

Panggilan untuk ke satu tempat di ptg Isnin yg agak mendung membuatkan hati bercampur-baur. Gembira, sedih, sayu, insaf..semuanya melengkapi equation yg dirangka sendiri di ruang minda cik nemo..Kenapa? Persoalan yg bertalu-talu meluncur laju di mulut si pencerita. Dan di dalam usaha mencari jawapan kepada persoalan2, tiada istilah "meluncur laju" di minda cik nemo. Kenapa ni?? I suppose to know the answer!! Soalan senang pon xkan xbley jawab hidayah! Being a Muslim, you are suppose to know! Ah, jahilnya aku..sedih dengan diri sendiri sambil bermonolog sendirian.


Kesibukan yg melanda kadang2 membuatkan kita lupa kepada tugas2 utk melengkapkan kehidupan sbg seorang Muslim. Eh, aku solat ape! *Dimana-mana pon kita, solat jgn tinggal! Pesan seorang bapa kpd seorang anak. Walau siape pon kite, solat tetap solat! Pesan ayah kedua cik nemo* Ya, aku ingat pesanan itu, dan akan diingati sampai bila2. Tapi, aku lupa..solat bukan sekadar solat..aku lupa untuk mencari isi tersirat di sebalik pesanan2 keramat tu.


Sibuk ker aku?

FYP? Nak salahkan FYP? Ker..FET yg mengenalkan dunia FYP buat penghuni2nye? Ataupon supervisor yg kdg2 sedikit menekan ketenangan jiwa? Ah, alasan! Sape2 pon xsalah, yg salah hanyalah seorang..tak lain dan tak bukan..AKU sendiri! Aku yang sengaja mencelah dengan pelbagai alasan yang direka-reka. Apa-apa yang terjadi, insan pertama yang patut terjah di ruang legar minda ialah diri sendiri. Nak salahkan syaitan laknatullah? Hahahaha... bukankah makhluk Tuhan itu dah bersumpah untuk menyesatkan manusia. Lupa? Nak salahkan sbb kita umat akhir zaman? Tak ade Rasulullah sbg pemimpin? Lupa lagi? Umat akhir zaman umat yang special! Orang kate, tak kenal maka tak cinta. Tapi kita tak kenal pon pesuruh Allah tu, masih boleh melaksanakan ajaran-ajarannya. Tak ke istimewa tuh?


Setiap yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya. Kesilapan menjadikan kita lebih berhati-hati dalam setiap gerak geri. Masih ada ruang kemaafan sekiranya kita membuka ruang untuk diri sendiri untuk berubah. Pintu taubat sentiasa terbuka buat mereka yang inginkan diri mereka dilabel sebagai..umat ISTIMEWA.