Friday, May 18, 2012

Tetap Salah!

Dalam seminggu ni, penulis berada dalam situasi yg agak tidak digemari - di mana berada dalam suasana masing2 suka menyalahkan org lain...susah agaknya nk mengaku kesalahan tu terbit dari tindakan kurang relevan diri sendiri!

"Aku jadi cm ni sbb xder org paham ape kehendak aku"
"Eleh..ko tu duk marah2 org, ko tuh lagik teruk dulu"

Penulis agak pantang bilamana kita cuba nk perbetulkan kesalahan yg nyata di depan mata, kesilapan lampau kita dulu dibuat perbandingan! Agak kurang cerdik tindakan itu penulis rasakan! Kesilapan lampau kita mungkin telah kita sedari dan kerna kesedaran itulah kita tak mau kesilapan itu berulang kembali! Teguran dibalas dengan hentaman! Agak tidak adil kan?

Itulah sifat tercela dlm diri manusia - SUKA salahkan org lain atas pilihan, tindakan dan kekurangan diri sendiri. Meh penulis klasifikasikan jenis2 manusia nie..dari pembacaan dan pengetahuan penulis, manusia ni ada 2 jenis: Sama ada kita ni tergolong dalam golongan Internalists atau Externalist. 

Ahaaa...kita ni tergolong mane satu?

Golongan Internalists ni adalah mereka yang berorientasikan PENCAPAIAN iaitu BERTANGGUNGJAWAB atas TINDAKAN, kejayaan mahupun kegagalan yg mereka hadapi.
Golongan Externalist pulak pastilah yg bertentangan dengan golongan yg disebut di atas kan.. - mereka yg TIDAK bertanggungjawab atas TINDAKAN mereka dalam hidup, dan BERSEMBUNYI di sebalik ALASAN.

Dan...mereka inilah org yg gemar menyalahkan org lain atas kegagalan mereka dan menganggap diri mereka adalah MANGSA keadaan! Memang KURANG cerdik!

Padahal, apa yg kite ada atau peroleh skrg adalah hasil dari pilihan kita. Kehidupan skrg mencerminkan cara kita memberi respon dan bertindakbalas dengan apa yg berlaku. Bukannya HASIL dari TINDAKAN org lain! 

Bukan main banyak alasan kita bila sesuatu kesalahan dpt dikesan. Alasan tu bagi penulis adalah satu PEMBOHONGAN yg kita beritahu kepada diri kita sendiri dan mahukan org lain mempercayainya. Dah tau sampai opis lambat, kuarlah awal, xpayah nk salahkan cuaca mahupun traffic jam...contohnya la kan.....

Kita semua di muka bumi ni, mempunyai KUASA untuk membuat pilihan dan kita BERTANGGUNGJAWAB membuat pilihan yg tepat.
Senario1: Kita mempunyai kemampuan utk memburukkan lagi keadaan.
Senario2: Kita juga mempunyai kemampuan utk melakukan yg lebih baek

Setuju?
Walau betapa banyak pon kesilapan yg kita dapati dari org lain dan menyalahkannya, tidak akan mengubah kita pon...xbahagia pon... Membazir masa jer!

Tapi, kalau nk salahkan diri sendiri pon kenalah berpada-pada..jangan sampai nak BUNUH DIRI pulak...nk putar balik roda kehidupan xmungkin dapat...terimalah takdir yg telah berlaku..yang mampu kita ubah ialah diri kita di masa akan datang..semoga kesilapan kita yg lalu dpt kita perbaiki dengan lebih baek dan elok...insyaAllah!

Jadilah golongan Internalist,
bukan Externalist!! 

Monday, May 14, 2012

Salam Hari Lahir!

Wow...dah 14th May pon today, tp baru hari ni berkesempatan lepak di sini..juz to say Happy Birthday to my beloved husband yg tarikhnya jatuh pada 12th May, sabtu yg lepas..mudah mudahan dipanjangkan umur, disihatkan tubuh badan, dimurahkan rezeki, dan senantiasa di dalam perlindungan-Nya.

Teringt masa awal2 kenal dulu, disuruh pgg kunci...tapi bukan kunci 2 3 batang...mau segenggam...kunci pe ntah...tp yg aku tau skrg, di antara segugus kunci tuh la kunci motornya...pastu terselit satu key chain bola kecil yg tertera no 12 di tgh2 nya..pernah disuruh teka, apa maksud nombor tuh..dgn selamba aku jawab:

"Nombor jersi bola favourite kot..." dah nmpak kat bola...

Hakikatnya, bola pon my lifetime drebar xminat! Yoshh! Satu kemenangan buat aku! Huraayyy...!

"Tarikh lahir laa...."

Woops...

"Ooo...bulan berapa?"

"May"

Wooopps!! Lagi skali! Kali ni lagik tersentak! 

Apa2 pon moga menjadi khalifah-Nya yg beriman dan bertakwa! Amiinn....~


Wednesday, May 9, 2012

My memory...

6.23p.m: Maseh setia menunggu my lifetime drebar...

Macam biasa..playin' a soft music..selow melow di ptg yg hening...tiba2 telinga menangkap satu music yg sgt touching...

All those memory....i will never forget....

Watak dlm OST ni mengembalikan ingatan itu....di library itulah titik permulaan pengenalan....di cubical kecil di ceruk rak2 buku itulah kenangan yg aku ada..bersama dia...maseh terasa sweater tebalnya yg ala2 korea membalut badanku yg mula kesejukan...kuperhatikan rambutnya yg terpacak...persis Jun Sang dalam Winter Sonata! Mmg die peminat fanatik gaya ala2 korea...

Malam itu, helaian paper Mid term Electromagnetic Theory diselak dengan senyuman! Mana dia?? Aku mencari-cari jasadnya di ruangan exam hall yg penuh dengan manusia! Rase nak menjerit:

"Oden!! Kita dah buat soalan nie ptg tadi!!!"

SMS yg diterima di kala mata mau berehat menunjukkan dia amat puas dengan hasil usaha kami! Itu adalah usaha kau Oden....akan aku ingt semangat kobar2 itu!

Oden...
Dayah amat merindui saat2 itu....
Sungguh...
Moga kau tenang di sana...
Al-Fatihah....

Monday, May 7, 2012

Married!

Minda penulis 'hidup' di pagi yg segar bugar! Org cuti kita bekerja! Yeaahhh~ Ikhlas kan hati! Mudah mudahan diberkati segala rezeki yg dikurniakan pada hari ini..insyaAllah...

Minda 'hidup'? Kenapa? Cerita sikit!

"Perkahwinan dan rumahtangga perlu didatangi dengan minda sedar. Minda yang jelas tentang erti sebuah perkahwinan yang lebih daripada sekadar rasa cinta, kemahuan seorang lelaki kepada seorang perempuan, atau perempuan kepada lelaki. Nikah datang dengan tuntutan upaya mengendalikan output perkahwinan, bermula daripada persefahaman dan kerjasama, pengurusan hubungan dua keluarga dalam dimensi mertua dan ipar, anak yang bayi kemudian kanak-kanak, remaja dan seterusnya dewasa, pengurusan kewangan, kesihatan, tekanan kerjaya dan keluarga, yang semua itu perlu didatangi dengan minda sedar, bukan gedik" -Abu Saif.


Penulis suka dengan cetusan minda Abu Saif di entry terbarunya. Benar, penulis bukan seorg yg amat arif dengan bicara ini, tetapi keputusan mendirikan rumahtangga sekaligus meng'Arif'kan diri penulis untuk melahirkan sebuah perkahwinan yang diberkati dan keluarga Ahli Syurga..insyaAllah! 

Penulis suka bila Abu Saif mengatakan ".....semua itu perlu didatangi dengan MINDA SEDAR, bukan GEDIK" Perkataan gedik yg dipilih membuatkan penulis ketawa kecil di permulaan bacaan. Mendalam!

Thursday, May 3, 2012

Selamat!

Salam Hari Lahir Nurhidayah!
Semoga sentiasa sihat, bahagia dan senantiasa berada di dlm perlindunganNya..insyaAllah! Mudah mudahan diberkati hidup sekeluarga...dan menjadi isteri yg solehah buat suami tercinta ;)

Naaaaaa.....i turn 26!!

Abah ckp: Ohh...slamat hari jadi yg ke-27..! T____T


Ok...enuf...
buat ucapan utk diri sendiri...
kih kih kih...
(post ditulis pada 27th April-
oh chanteknya nombor ni!)