Monday, September 30, 2013

Kembalinya dia...

Khamis lepas, pagi2 buta lagi cik nemo terima panggilan dari umie yg mengkhabarkan berita kurang enak..perginya seorg insan yg cik nemo panggil 'tokki' untuk selama lamanya.. 

Tokki Usop, adalah tok sedara cik nemo sebelah umie. Kematian mengejut di awal pagi mengejutkan seluruh sanak saudara. Memandangkan cik nemo tinggal berdekatan dengan arwah, sepantas kilat bersiap utk melihat arwah buat akhir kalinya...

Sungguh, cik nemo baru aje bawak Fitri bulan lepas, tup tup dah takda..telinga cik nemo terngiang ngiang dgn celotehnya yg mengatakan bahawa muka cik nemo sama mcm isterinya (Tok Pah) masa muda. Masa cik nemo kawen, cik nemo kenalkan my lifetime drebar dgn Tok Pah. Magicnya, my lifetime drebar ckp, oh die dah tau mcm mana rupa cik nemo bila tua sambil tersenyum!

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah..
Amin~

(Arwah tokki Usop 3 dari kiri dan Tok Pah 3 dari kanan
lebih kurang 10 hari sebelum menghembuskan nafasnya yg terakhir...)

Al-Fatihah....

Wednesday, September 25, 2013

Insaf

Dah lama tak buat entry insafkan diri.

*****
Semalam...

Memandangkan my lifetime drebar blk lewat mlm, kerja2 buang sampah perlu di 'take over', risau ulat2 comel menari-nari exotic pulak kat dapur.

Dari jauh,

"Awalnya kakak2 cleaner ni masuk 'opis'"

Di tengah2 limbunan sampah sampah buangan penduduk, terselit 2 orang kakak lingkungan umur lewat 20an mengais-ngais sampah. Mungkin sedar dgn kehadiran cik nemo yg gigih berjalan senget membawa sampah, mereka semacam memperlahankan aktiviti yg sedang dilakukan....

OK. Tarik nafas.

...

...

...

Beberapa helai baju baby dilihat di birai tong sampah gabak tu hasil kaisan mereka sebentar tadi. Mereka semacam malu dengan kehadiran cik nemo di tepi tpt pembuangan sampah tu.

Senyum. Tarik nafas.

"Boleh letak sampah ni kat sini jer?" cik nemo cuba menghilangkan kecuakan mereka.

"Boleh boleh!" mereka membls senyuman cik nemo.

"Okay!"

Insaf.

*****

Xpayah nk angkuh sangat anak pakai baju mahal
;)


Friday, September 20, 2013

No matter how..

Bak kata Acu, nano nano pon solat jgn tinggal tau!




*****

"No mater how old you both get, never stop holding hands, never stop dancing, and never stop saying,
I love you!"

:)

***

Thursday, September 12, 2013

Wonder why..

Kan Fitri? Fitri paham ker apa ibu ckp ni?

Kata kata yang tak berapa nak pujangga sangat:

"Alahh...xpe, mulut dia kalau berckp mmg mcm tu..tp hati dia baik.."

I just wonder,
Kalau hatinya baik, takkan percakapannya begitu kan?

Wonder..wonder..wonder..

Tuesday, September 3, 2013

Reached 2 years!

Alhamdulillah!
It has been 2 years together and now we are having our junior around. Semoga Allah memberkati hubungan ini dan kekal sehingga ke akhir nya...


Sebenarnya, mmg xingat langsung hari ni! Aiyaakkk!

Hanya bila perasan petang tadi bilamana mau isi borang PMCare di klinik...bila tang tarikh tu, mcm terberhenti masa jap.. ;p nurse plak duk tercacang tunggu bila nk fill up form..haha..pusing2 tgk my lifetime drebar dtg lps park kereta...

"Abang! Ingat tak ari ni ari ape??"

Senyap.

Pastu dua2 ketawa. Sah! Mmg dua2 nyanyuk!

Happy anniversary my dear!