Wednesday, April 20, 2011

Peringatan buat anakanda syg..

Minggu sudah, aku mengambil keputusan untuk pulang ke kampong halaman..Tanpa berfikir pjg, tiket dibeli ptg Rabu, Khamis pagi aku sudah terpacak di stesen bas Pekeliling dengan hati yg berdebar-debar..Maklumlah, inilah pertama kali aku naek bas selepas habis belajar 2thn yg lepas..mcm2 rasa, pening+nk kencing+nk muntah..well..sape yg kenal Nurhidayah, mcm tu lah perangai bila nak naek bas!


Jangan maen2, double deck tuh! Glluuup~~ telan air liur gak seposen bila nampak bas depan mata..

Saja aku ambil EL, memandangkan umie xberapa sihat..dah berminggu-minggu mendengar suara lemah di corong talipon, hati xtenang..kalaulah ada Pintu Suka Hati Doraemon, kompem! Lunch hour boley balik kejap hehe..Apa yg menggembirakan hati, aku balik jer..umie makan dengan sungguh2nya! Padahal katanya, sejak 3 minggu kebelakangan ni, makan kena paksa..Alhamdulillah..umie ceria!

Walau tiada ucapan dan ungkapan yg dituturkan..riak wajahnya yang ceria sudah menggambarkan segala-galanya..Betapa kurang pekanya aku dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang ANAK kepada seorang IBU..kepala mula ligat berfikir dalam membetulkan kesilapan yg telah aku lakukan dalam tidak sedar; Perkhabaran melalui suara TAK sama dengan kehadiran jasad di depan mata! Cakaplah melalui talipon TM tuh hari2 pun..tak akan sama bila berada di depan mata..TAK AKAN SAMA!

Jasa mereka TAK akan terbalas..bagilah duit bersepah-sepah pun...masih tak mampu menampung apa yang telah mereka limpahkan buat kesenangan anak2...walau tidak dizahirkan di depan mata, tak ada siapa yang tahu..bangunnya ibu di pagi yang hening..menadah tangan..memohon agar dikurniakan kejayaan buat anak2..memohon agar dikurniakan kesihatan yang tegar buat anak2..memohon segala kebaikan buat anak2..di kala anak2 lena dibuai mimpi..mengalirnya air mata di pipi tanda kesungguhan..tanda kesayangan ibu buat anak2..org tak tau..TAPI, aku tau...dan aku mmg tau..kerna dia adalah Ibuku!

Terima kasih Umie!!

Sempat umie berpesan, memberi peringatan buatku di hari kepulanganku ke KL: Jaga maruah diri baek2 anak umie..

Ringkas. Tapi, punya maksud mendalam.

Ya Allah, kadang aku terleka..kadang aku terlalai, ku pohon..janganlah Kau tutupkan hatiku untuk menerima kekuatan iman-Mu..sehingga tiada lagi kedudukanku di sisi-Mu..kuatkanlah dan tabahkanlah hatiku dalam setiap saat jantungku berdengup, dalam setiap saat sedutan nafas yang dipinjam..moga aku tergolong di kalangan mereka yang beriman kepada-Mu..

Ya Allah, berilah kedua ibu bapaku balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku..

Amin..

No comments: