Friday, April 29, 2011

C.I.N.T.A

Mari kita cari semula CINTA yang hilang itu bersama-sama! ;)

Wednesday, April 27, 2011

25.

Selamat Hari Lahir Nurhidayah!

Alhamdulillah! Alhamdulillah di atas nikmat usia yg dikurniakan..terima kasih kepada yang mengingati tarikh ni...aku pon hampir terlupa..semalam baru teringt..

Terima kaseh buat umie yg malayangkan ucapan selamat buat anakanda..ucapan selamat dari adinda2ku...ucapan selamat dari kakanda2 auntie ku...ucapan selamat dari sahabat2ku..

Sesungguhnya, aku amat tersentuh dengan ucapan dari umie tersyg...yg mana tidak pernah putus mendoakan kesejahteraanku..

"Terima kaseh wahai umie...k.long mohon segala kemaafan atas segala salah dan silap yang nampak mahupun tidak..sesungguhnya tiada satu pon cacat cela didikan yang telah umie limpahkan pada k.long...kerna segala kekurangan adalah daripada diri k.long sendiri...terima kaseh umie, sayang umie!" msg replied.


Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakiim.. hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu.

**********

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar Engkau menjadikan sebaik-baik umur kami pada akhirnya, sebaik-baik amal pada penutupannya, sebaik-baik hari-hari kami adalah saat bertemu dengan-Mu. Aku memohon kepada-Mu agar Engkau menjadikan kuburan setelah berpisah dengan dunia, sebaik-baik tempat tinggal kami, luaskanlah liang lahat kami, dan rahmatilah saat kami menjadi rendah pada waktu menghadap-Mu saat hisab, tetapkanlah kaki-kaki kami di atas shirath, selamatkanlah kamidari kesusahan hari kiamat, putihkan wajah kami pada hari dimana wajah manusia ada yang putih dan ada yang hitam. Aku memohon kepada-Mu kenikmatan yang tak terputus-putus, mata yang sejuk yang tidak terputus-putus, aku memohon kepada-Mu untuk dapat melihat wajahMu, dan kerinduan bertemu dengan-Mu. Aku memohon agar Engkau mensucikan kerusakan hati kami dengan taubat, dan menyatukan hati kami dalam keadaan takut kepada-Mu, dan memberi kami pemberian yang besar yang dapat memasukkan kami ke dalam surga, tempat yang aman.. Amin.

Ya Allah, kepada-Mu aku beribadah dan untuk-Mu kami shalat dan sujud. Kepada-Mu kami menuju dan bersegera. Kami mohon rahmat-Mu dan takut akan azab-Mu, sesungguhnya azab-Mu menimpa orang-orang kafir. Ya Allah aku memohon perlindungan kepada-Mu, kami meminta ampun dari-Mu, memuji-Mu dengan kebaikan, tidak kufur kepada-mu, tunduk kepada-Mu dan mencabut siapa yang kufur kepada-Mu.. Amin...


Barakallah fi umrina [semoga Allah memberkati usia kita]..

Tuesday, April 26, 2011

Maafkanlah...

Memaafkan kesilapan seseorang adalah sikap yg terpuji..Setiap manusia tidak trlepas dr melakukan kesilapan..Tidak salah kiranya kita memberi peluang kepada org yg prnah melakukan kesilapan pd kita utk dia melakukan perubahan setelah menyesali kesilapan yg dilakukan..Dan adalah lebih mulia bagi kita jika kita mendoakan semoga Allah mengubah hatinya untuk menjadi orang yang lebih elok peribadi dan akalnya..

Sunday, April 24, 2011

Heart..

Semoga suatu hari nanti, kita dapat memahami apa yang dikatakan hati sebenarnya.

Yer betul! Aku menunggu saat itu...dari hari ke hari...ntahla...kadang hati kata begini..kadang hati kata begitu..kadang hati ingin begini...kadang hati ingin bagitu...bila ikutkan hati...menyesal.. :( tido hampir xlena setiap mlm...

Ya Allah,
Bantu aku!
Kerna..
Hanya Kau Yg Maha Tahu..
Apa yang terbaek buat diriku..
Hanya Kau tempat aku mengadu..


saje.. suka pulak lagu slow melow nie...http://www.youtube.com/watch?v=Pvaovoc_puM

Malam semua~

Friday, April 22, 2011

Kata2

"Mungkin ada baiknya berhijrah demi untuk mempertahankan iman, kemuliaan dan amanah. Percayalah, Allah s.w.t akan menggantikannya dengan sesuatu yang jauh lebih baik untuk dunia dan akhirat nanti...InsyaAllah.."

Wednesday, April 20, 2011

Peringatan buat anakanda syg..

Minggu sudah, aku mengambil keputusan untuk pulang ke kampong halaman..Tanpa berfikir pjg, tiket dibeli ptg Rabu, Khamis pagi aku sudah terpacak di stesen bas Pekeliling dengan hati yg berdebar-debar..Maklumlah, inilah pertama kali aku naek bas selepas habis belajar 2thn yg lepas..mcm2 rasa, pening+nk kencing+nk muntah..well..sape yg kenal Nurhidayah, mcm tu lah perangai bila nak naek bas!


Jangan maen2, double deck tuh! Glluuup~~ telan air liur gak seposen bila nampak bas depan mata..

Saja aku ambil EL, memandangkan umie xberapa sihat..dah berminggu-minggu mendengar suara lemah di corong talipon, hati xtenang..kalaulah ada Pintu Suka Hati Doraemon, kompem! Lunch hour boley balik kejap hehe..Apa yg menggembirakan hati, aku balik jer..umie makan dengan sungguh2nya! Padahal katanya, sejak 3 minggu kebelakangan ni, makan kena paksa..Alhamdulillah..umie ceria!

Walau tiada ucapan dan ungkapan yg dituturkan..riak wajahnya yang ceria sudah menggambarkan segala-galanya..Betapa kurang pekanya aku dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang ANAK kepada seorang IBU..kepala mula ligat berfikir dalam membetulkan kesilapan yg telah aku lakukan dalam tidak sedar; Perkhabaran melalui suara TAK sama dengan kehadiran jasad di depan mata! Cakaplah melalui talipon TM tuh hari2 pun..tak akan sama bila berada di depan mata..TAK AKAN SAMA!

Jasa mereka TAK akan terbalas..bagilah duit bersepah-sepah pun...masih tak mampu menampung apa yang telah mereka limpahkan buat kesenangan anak2...walau tidak dizahirkan di depan mata, tak ada siapa yang tahu..bangunnya ibu di pagi yang hening..menadah tangan..memohon agar dikurniakan kejayaan buat anak2..memohon agar dikurniakan kesihatan yang tegar buat anak2..memohon segala kebaikan buat anak2..di kala anak2 lena dibuai mimpi..mengalirnya air mata di pipi tanda kesungguhan..tanda kesayangan ibu buat anak2..org tak tau..TAPI, aku tau...dan aku mmg tau..kerna dia adalah Ibuku!

Terima kasih Umie!!

Sempat umie berpesan, memberi peringatan buatku di hari kepulanganku ke KL: Jaga maruah diri baek2 anak umie..

Ringkas. Tapi, punya maksud mendalam.

Ya Allah, kadang aku terleka..kadang aku terlalai, ku pohon..janganlah Kau tutupkan hatiku untuk menerima kekuatan iman-Mu..sehingga tiada lagi kedudukanku di sisi-Mu..kuatkanlah dan tabahkanlah hatiku dalam setiap saat jantungku berdengup, dalam setiap saat sedutan nafas yang dipinjam..moga aku tergolong di kalangan mereka yang beriman kepada-Mu..

Ya Allah, berilah kedua ibu bapaku balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku..

Amin..

Friday, April 8, 2011

Makan..

Semalam mmg rasa nak sgt mkn KFC..Balik dari HUKL, melahap KFC dengan bersungguh nya!


Macam tau2...mekaseh!!

Wednesday, April 6, 2011

Kata2

Yes! Lamanya xupdate teratak kesayangan nie...betapa messy nye life!
Tapi tiba2...sejuk hati bila terpandang:

"Bukalah pintu maaf untuk embunku agar ku dapat mengusir kebekuan di kelopak-kelopakmu.."