Friday, June 18, 2010

*Al-kisah seorang budak*

Terkesima rasanya melihat keratan akhbar Metro bertarikh 15 Jun 2010.


Kuasa Allah siapa dapat menahan. Boleh diklasifikasikan sebagai intan terpilih dikalanganNya seawal usia setahun jagung, penulis menaburkan pujian dan kesyukuran di dalam diam. Sifat Al-fikr mula mengambil peranan dalam menterjemahkan segala yang tersirat di sebalik bibit-bibit perkataan yang dibaca laju oleh mata empat penulis. Sebagai insan yang waras, pastinya segala yang tertulis, tergambar dan terdengar mahu yang terlihat oleh mata kepala, mampu membuat hati kecil berbicara biar sekadar mengaguminya. Pastinya, anda..juga terkesan..berfikir..dan terus berfikir..

Penulis pernah bertanya bonda tercinta: Ngape eh umie, budok2 ler ning, dok makang samang sungguh, ngamok maroh2 mok pok..bla..blaa..blaa..Dulu2 anok2 umie gining jugok ker? *maap, kene gune slang tanah tumpah darah*

Bonda mengiyakan kata-kata penulis yang mana budak2 zaman sekarang, makin kurang ajar. Berdasarkan pengalaman bonda sebagai guru sudah hampir 30 tahun, banyak cerita-cerita yang dibawa pulang ke rumah untuk dijadikan topik minum petang. Penulis sendiri, hampir setiap hari melihat karenah kanak2 kecil mengamuk hanya kerna dilarang menconteng dokumen yang penting. Memangla lumrah, kanak2 kecil mengamuk, tanda protes, tanda bantahan..iyelah, nama pon budak kecil, tetapi amukan yang biasa itu jadi luar biasa tatkala mulut serta tangan kaki sama naik memprotes insan yang bertanggungjawab melahirkan mereka. Kadang deria dengar tidak dapat menahan, hati memohon agar insan kecil itu tidak terbawa-bawa keburukan sampai dewasa kelak.

Bilamana mata terpaku menatap keratan akhbar dia atas, hati mengagumi kebolehan insan sekecil itu, betapa beruntungnya. Penulis tidak mahu melebarkan kata-kata dengan membuat perbandingan dua situasi yang jauh berbeda itu. Lagipon, penulis belum mempunyai anak, tak relevan rasanya untuk membuat 'judgement'. Sekadar mengeluarkan pendapat dan luahan yang tidak seberapa.

Adios~

No comments: