Tuesday, May 25, 2010

Testing 1,2,3!

Disebabkan demo vendor yang xjadi2 kat sume site yg dilawati, satu testing telah dijalankan tgh hari semalam. Last2, cik nemo pon terlibat sekali untuk menyertai testing nie..walaupon sepatutnye xberkaitan pun ngan cik nemo, tp dah di request untuk sama2 melihat dan mencari punca sebenar masalah, tak ada yang rugi pun dalam mencari sedikit ilmu dan pengetahuan..

Tengah hari semalam, 4 org kakitangan unit PD belanja kami2 makan kambeng golek kat opis nie..Rupe2nye depa setup tempat kat Sky Garden level 18..fuuhh mmg heaven! Cik nemo yang xmkn kambeng jadik makan dek dagingnya yang xberbau dan sedap! Marvelous! Terhuyung hayang pegi testing lepas tuh..haihhh..penangan kambeng! Blom abes lagi ya, pagi2 lagik dah makan sup tulang kambeng yang dimasak wife En.Rawi..fuuhh..kompem..mmg huyung~ Kak zana goreng nasik goreng, cik nemo bawak kopok dan telur dadar..complete bekfes cik nemo pg tadi ;D

Kambeng day!!


*Tujuan utama nak tunjuk kambeng tuh jek, tiada kene mengena dengan orang yang memegang kambeng, harap maklum*
*Big Boss*

Adioss~!

Monday, May 24, 2010

K.L lagi~

Nak dijadikan cerita, Rabu lepas outstation ke Ipoh pulak, kali ni kami berkampong di Impiana hotel. Nice, cantik. Mula2 masuk dah dihulurkan dgn welcomin' tea *mule2 takot juge nk minum, ingt air bukan2..ye la..mane taknye, gelas cumey kecik, air kaler kuning2 plak tu ;p*

Gambar kat atas tu, di pagi Khamis di mana kami bersiap-siap untuk check out dan menuju ke TM RNO Ipoh. Supplier ngah ketaq lutut tuh..demo xjalan..hahaha..macam-macam..tapi apa-apa pun cik nemo nak ucapkan ribuan terima kasih buat vendor yang membenarkan kami dari pihak TM untuk sama2 menaiki kenderaan vendor untuk ke sana ;p. Big credit to En.Ezizul. Adios~!

Friday, May 14, 2010

Jumaat

Salam semua..

Jumaat yg indah, Alhamdulillah..aku panjatkan kesyukuran pada Yang Esa, kerna maseh dapat menghirup udara yang dingin di pagi Jumaat kali ini..hari yang ke 24 tahun 17 hari berada di bumi ciptaan-Nya yang agung. Terima kasih Ya Allah..perjalanan dari KL-JB-KL berjalan lancar dan aku memohon agar senantiasa berada di dalam perlindungan-Mu dan diberkati segala usaha serta penat jerih yang dizahirkan.. dan.. semoga hati senantiasa disusuli dgn niat yang ikhlas..

Thursday, May 13, 2010

K.L


Morning view from Crystal Crown Hotel (lurus aje jalannye)
*Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yg lurus*

Sekarang berlangsungnya acara persembahan dari pihak Supplier.

Ngeh2..sbenonye, dah abeh present, legaaa..Cik nemo skrang K.L (Keje Luar ;p) dan berada di TM Pelangi JB bersama-sama Vendor untuk membuat training untuk pihak RNO Johor. Bertolak 3.30p.m smlm dari opis bersama Laila dan Shurimen dari Product Manangement. Jauh upenyee JB niee..ingtkan dekat! Mmg lembik giler laa time sampai...diasak pulak dengan panggilan talipon dari Vendor yg dah sampai awal utk makan..Org lalu kot atas awan mmg laa kuat, cerdas, cergas dan aktif! Keluar makan tepi selat Tebrau, nampak S'pore kt seberang..Fuuhh..jakun betui cik nemo, xpenah sampai! Mata kuyu pon jadik cerah! Makan pulak best kat gerai yg dibawak Shurimen. So insyaAllah, sekiranya semua berjalan lancar, ptg sikit kami akan pulang ke KL semula. Smoga segalanya dipermudahkan olehNya, dan selamat sampai..Aminn~

Roger n Out~