Wednesday, April 6, 2011

Kata2

Yes! Lamanya xupdate teratak kesayangan nie...betapa messy nye life!
Tapi tiba2...sejuk hati bila terpandang:

"Bukalah pintu maaf untuk embunku agar ku dapat mengusir kebekuan di kelopak-kelopakmu.."


Friday, February 25, 2011

Realiti

Entah kenapa smlm, jammed sangat2...sampai rasa TAKNAK bawak kete lagi..kaki lenguh menekan break..kepala pening melihat kereta-kereta yg bagaikan LEGO tersusun rapi, kaku, tak bergerak. Di kala inilah emosi memainkan peranan. Kalau aku teruskan dengan melayan tekanan perasaan tu, alamatnya..balik nanti, pain killer lah penyudahnya...Tak ker memudaratkan diri sendiri tu? Lepas tu, ade org kata, kalau selalu berfikir sgt..nanti cepat TUA!

Alamak! TAKNAK! Belum kawen lagi... ;p *kecikkan sket font*

Oleh itu, aku mengambil initiatif untuk melarikan fokus tekanan jiwa itu kepada sesuatu yg dapat memberi manfaat seterusnya menjadikan aku lebih awet MUDA ;D Sempat berkira-kira dalam kepala, mencari ungkapan yg sebetul-betulnya kena dengan senario yang terjadi petang smlm. Sesungguhnya apa yang terjadi tak ada kaitan pon dengan aku, tapi saja mahu mencari sesuatu yg tersembunyi di sebalik diskusi pendek ptg itu. Aku kan memang suka main Hide N Seek. Maklumla, itula permainan Abah dengan putra putrinya sejak kecil. Pikir punya pikir..dptla aku buat satu konklusi...cuma ayatnya takdelah cantik sgt mcm ayat kat bawah nie...

"Kadang-kadang kita asyik mengatakan tindakan orang itu tidak betul tetapi adakah tindakan yang dilakukan oleh kita itu bijak daripada tindakan orang lain?"

Ayat yg btol2 kena dgn apa yg aku fikir.. ni aku ambil dari FB seorg hamba Allah ni...xsangka bukak2 tgk..aikk...sama lah pulak ngan buah pikiran aku..

Itula...manusia...kadang xdapat nk terima teguran..mula nk menyalahkan org lain..mula nk mencari alasan untuk melepaskan diri...renung2kan la...

Monday, January 24, 2011

Doaku buatmu..

SMS from Adibah Adam @11:34 a.m

"Jenazah arwah Oden @ Zainuddin Elias dah selamat dikebumikan.
Doakan & sedekahkan Yaasin dan Al-fatihah buat arwah.."

Alhamdulillah...selesai semuanya..
May Allah reward him with the best reward..
InsyaAllah...

Teringat kate2 "ayahanda MMU":
Semoga Allah menetapkan Hidayah untuk menjadi salah seorang pembantunya..

InsyaAllah!

Segala puja dan puji itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.

Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.


Ya Allah…

Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.


Ya Allah...

Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.


Amin..Ya Rabbal Alamin..


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami

Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan

Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan

Kau sahabatku kau teman sejati


Tulus ikhlasmu luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu
Menghiburkan kami
Memori indah kita bersama
Terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa

Ya Allah
Tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang diKau janjikan nikmat
Untuk hambaMu

Sahabatku
Akan kuteruskan perjuangan ini
Walau kutahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahgia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati


Sunday, January 23, 2011

Dia...

1.00 p.m @ ICU

Dia....
Sebaik baik insan pernah ku kenal...
Ku tenung lama wajahnya...
Hati kecil berbisik...
"Bgnla oden....bgnlaaa...semua org tunggu oden..."

Diam.Kaku.Tiada respon.

"Zaki..tgn die berdarah lg..?"
"Dah berbalut dayah..."

Teman ICU ku bertukar kepada Zaki hari ni...
Isyarat mata kutuju khas buat Zaki sambil melihat jam di tgn..
Tamatnya waktu melawat kian hampir..
kalaula boleh kubekukan waktu walau seketika..
Berat rasanya hari ni nak meninggalkan dia...

"Bro, aku balik dulu k...nnt aku dtg lagi...."
bisik Zaki di telinga kiri Oden.
"Oden, kuatkan semangat yer..."
bisik aku di telinga kanan Oden.

Masih diam.Kaku.Tanpa respon.

Ya Allah...
Tunjukkanlah kekuasaan Mu...

****************************************
5.00 p.m @ Subang

"Hello sis!"
Sepantas kilat telefon ku angkat bilamana nama Megi terpampang..
Hati berdebar-debar..

"Hello...sis..."
Esakan suara nya cuba kuabaikan...

"Oden da nazak dayah...cepat datang.."
Talian diputuskan.

"Hello..meg...helloo!"

"Kita patah balik!"
Teman sebelahku menurut tanpa soal jawab..bagai memahami isi hati..
Terima kaseh!
Maaf!

***************************************
5.30 p.m @ ICU

"Hello meg..kat mane??"
"I kat Cyberia.. u naek dulu.."

Kaki laju ke bilik menunggu..
Sekilas ku atur pandangan di cermin bilik menunggu..
Serentak itu..Noi, teman istimewa Oden bangun keluar...
Belum pon sempat melangkah masuk..
Aku dipeluk kemas....

"Oden dah takde........"
Innalillahiwaiina ilaihi raji'un...
Speechless...
"Banyakkan sedekah al-fatihah yer.."

Pandangan ku lontarkan buat ibu Oden yang maseh setia die bangku itu...

"Makcik...."
"Anak makcik dah takde....."
Aku dipeluk kemas. Buat kesekian kalinya..

Terpana.
Mintak2 la mimpi.....

Kulihat sekeliling..
Ya Allah! Aku jer ade kat sini!
Aku kene bgtau kwn2 laen!

Redial button dicari..
Meg!
Ariff!
Amir!
Setakat itu sahaja yg termampu...

Sempat kerling ke arah didie yg setia menunggu..
menggalas beg2 ku..
Terima kaseh..

************************************
6.30 p.m @ Rumah Mayat

Teman..
Inilah kali terakhir aku bersamamu..
di sini...

Kulihat kakaknya, adiknya, dan Noi..
Setia di sisi Oden yang lengkap dikafankan...
Segera kucapai surat2 Yassin...

Keluar.
Ku edar kepada teman2..
yang kukenali...mau pon tidak..
Tak penting.
Paling utama, sedekah buat arwah.

Terpana.
Bilamana ada satu tgn yg meminta dikalangan mereka yang menerima..
Mukanya..
Pandangannya..
Mcm pernah kulihat budak Chinese nie...

Kupandang mukanya dengan pandangan sayu..
Segera kuhulurkan surat Yaasin yang dipinta dengan senyuman..

Hati kecil seakan menjerit..
"Oden....lihatlah...tengoklah...tidak kira agama kawan2mu yg dtg memberi penghormatan terakhir buatmu...hidupmu di dunia disenangi rakan2...disayangi taulan...Moga hidupmu di akhirat yang kekal abadi seindah-indahnya ...
insyaAllah...

Segera ku kembali ke bilik di mana terkujurnya jasad Oden yang kaku.
Diikuti laju teman Chinese Oden sebentar tadi..
Diambilnya sudut kiri Oden..
Aku memulakan bacaan bersama teman2 Islam yg laen..
Kulihat teman tadi tunduk..seakan menghayati ritual itu...

Insaf.
"Lihatlah Oden...di luar sana, maseh ramai yg menunggu untuk melihatmu.."

Sodakallahul'azim...
Aku menyelesaikan bacaanku.
Kepala ku angkat.
Kulihat semakin ramai teman terkumat kamit mulutnya..
Bacaan bercampur-campur..
Alhamdulillah...

Ku atur langkah ke arah jasad yg terbaring kaku.
Siap dikafankan.
Ku selak kain putih bersih itu..
Seraya itu aku dikerumuni oleh insan2 lain yang ingin menatap wajahnya..
Ingin ku tatap wajahnya buat kali terakhir..
Kutenung. Kurenung.
Hati kecil berbisik..
Bersemadilah engkau dengan tenang wahai sahabat..
Tenang wajahnya. Alhamdulillah..

Kututup kembali kain putih itu.
Berundur.

Inilah perkhabaran duka keduaku..
dari sahabat rapat yg telah kuanggap mcm saudaraku sendiri..
dulunya Zahid...sekarang Oden..
bezanya,
Oden pergi dulu...

Sahabatku Zahid,
Mungkin kerna semangatmu yg tinggi..
Meletakkan engkau di tika dan kala ini..
Walau engkau terbaring..terbujur..
namun nafas maseh dipinjamkan..
engkau bertuah..
cukup bertuah..
bersyukurlah....


Dari-Nya kita datang..
Kepada-Nya jua kita pergi..
Wallahua'alam..

Saturday, January 22, 2011

Berita

Memori itu..
Sejak semalam berputar-putar di dalam benak fikiranku..
Menganggu tidur malamku...

Gedung ilmu itulah yg menemukan aku..
dan si dia...
Kerna..
di situlah rumah keduanya...
Cari saja di mana Oden..
semua org boleh petakan lokasinya dekat tepat dan jitu..

Sejuk.Beku.
Itulah cubic pilihannya...

Di kala jari jemari keras di lembaran tutorial EMG..
Di kala jari mengusap-usap pipi dlm usaha mengembalikan haba..
Tatkala itu...

"Nah amek sweater oden!"
"Eh..xpayah..nnt oden....."
"Xpe...oden ade lg satu dlm loker!"

Dalam pada tu..
Aku terpikir...
Muat ker aku pakai sweater mamat cekeding nie...
Riak mukanya yg beria-ia..aku sarungkan jua...
W'pon agak2 sendat...
Maklumla...sweater tebal mcm dlm snow...

"Dayah, nak cokelet?"
"Naakk!"

"Dayah, jom oden anto kan balik"
"Alaa...dekat jer oden..xpelaa"
"Jom2...mlm da niee...oden anto kan.."

"Dayah, oden xpahamla ngape jawapan die cm nie..."
"Oww...yg niee....cm niee...dayah pon xpaham..hafal jek lah..haha"

Oden..
Sebentar lagi aku dtg..
Menjengukmu...
Moga dikuatkan hatiku...
Dan..
Hatimu jua....

************************************
1.00pm..@ ICU

Keras.Kaku.
Hanya mesin pernafasan aktif menjalankan tugasnya..
Terpana.
Bagai semalam die tersenyum..
dan hari ini..kala ini...
aku menanges sendiri..

Tuhan...
Aku bermohon...
Diringankan beban yg ditanggungnya...
Amin....

Tuesday, January 18, 2011

Peringatan!

"Allah setiap saat 'memanggil-manggil' kita untuk kembali kepada-Nya. Dengan cara apa saja. Dia, dengan kasih sayang-Nya,terkadang membuat suasana kehidupan seorang anak manusia sedemikian rupa dengan musibah, kesusahan dan kesukaran sehingga kalbunya dibuat-Nya 'menoleh' kepada Allah..Tetapi..teramat sedikit orang yang mendengarkan, atau berusaha mendengarkan, panggilan-Nya ini." [dipetik dari blog saudari nursyirah]

Secebis peringatan buat si penulis..yg kadang2 alpa dengan dunianya sendiri...Moga diberi kekuatan iman dan jiwa yang kental dalam menjalani kehidapan seharian..insyaAllah..

Monday, January 17, 2011

Air nyor

10 minit sebelum..

A: Order ape?Jus buah ade, air kelapa ade, air panas ade, air sejuk ade, sumee adee..
B: Air kelapa satuu yeh bang..

10 minit kemudian..

A: Air kelapa kan..

Speechless...mari2 air nyor dalam cebok yg wat mandi tuuu...haduila..ingt nk wat mandi bungaa~ Kah3~

Sekian..