Showing posts with label reminder for myself. Show all posts
Showing posts with label reminder for myself. Show all posts

Tuesday, January 18, 2011

Peringatan!

"Allah setiap saat 'memanggil-manggil' kita untuk kembali kepada-Nya. Dengan cara apa saja. Dia, dengan kasih sayang-Nya,terkadang membuat suasana kehidupan seorang anak manusia sedemikian rupa dengan musibah, kesusahan dan kesukaran sehingga kalbunya dibuat-Nya 'menoleh' kepada Allah..Tetapi..teramat sedikit orang yang mendengarkan, atau berusaha mendengarkan, panggilan-Nya ini." [dipetik dari blog saudari nursyirah]

Secebis peringatan buat si penulis..yg kadang2 alpa dengan dunianya sendiri...Moga diberi kekuatan iman dan jiwa yang kental dalam menjalani kehidapan seharian..insyaAllah..

Friday, January 14, 2011

Terima kaseh tak terhingga!

Terima kasih yang tak terhingga buat ayahanda dan bonda tersyg..atas susah payah penat lelah yang dizahirkan..semata-mata untuk menghantar buah ati kesayangan aku tu..Maaf di atas segala kesusahan..kesulitan..kepayahan yang sememangnya selalu datang dari aku sendiri...


Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


Kerna sesungguhnya...
Aku amat menyayangi mereka lebih dari nyawaku sendiri..

Thursday, December 2, 2010

Ungkapan

"Jika kamu inginkan kejayaan di dunia, hendaklah dengan ILMU...Jika kamu inginkan kejayaan di akhirat, hendaklah dengan ILMU...Jika kamu inginkan kejayaan kedua-duanya, hendaklah juga dengan ILMU..."

-Imam Syafie-

Tatkala mata menangkap ungkapan keramat ini...sel2 neuron otak membuat perkiraan..betapa ceteknye ilmu selama mana nikmat bernafas di muka bumi ini dikurniakan..betapa banyaknya detik dan saat2 yg dibazirkan dengan perkara sia-sia...

Hidayah, BERUSAHALAH!

Monday, March 2, 2009

* Terfikir.. *

Panggilan untuk ke satu tempat di ptg Isnin yg agak mendung membuatkan hati bercampur-baur. Gembira, sedih, sayu, insaf..semuanya melengkapi equation yg dirangka sendiri di ruang minda cik nemo..Kenapa? Persoalan yg bertalu-talu meluncur laju di mulut si pencerita. Dan di dalam usaha mencari jawapan kepada persoalan2, tiada istilah "meluncur laju" di minda cik nemo. Kenapa ni?? I suppose to know the answer!! Soalan senang pon xkan xbley jawab hidayah! Being a Muslim, you are suppose to know! Ah, jahilnya aku..sedih dengan diri sendiri sambil bermonolog sendirian.


Kesibukan yg melanda kadang2 membuatkan kita lupa kepada tugas2 utk melengkapkan kehidupan sbg seorang Muslim. Eh, aku solat ape! *Dimana-mana pon kita, solat jgn tinggal! Pesan seorang bapa kpd seorang anak. Walau siape pon kite, solat tetap solat! Pesan ayah kedua cik nemo* Ya, aku ingat pesanan itu, dan akan diingati sampai bila2. Tapi, aku lupa..solat bukan sekadar solat..aku lupa untuk mencari isi tersirat di sebalik pesanan2 keramat tu.


Sibuk ker aku?

FYP? Nak salahkan FYP? Ker..FET yg mengenalkan dunia FYP buat penghuni2nye? Ataupon supervisor yg kdg2 sedikit menekan ketenangan jiwa? Ah, alasan! Sape2 pon xsalah, yg salah hanyalah seorang..tak lain dan tak bukan..AKU sendiri! Aku yang sengaja mencelah dengan pelbagai alasan yang direka-reka. Apa-apa yang terjadi, insan pertama yang patut terjah di ruang legar minda ialah diri sendiri. Nak salahkan syaitan laknatullah? Hahahaha... bukankah makhluk Tuhan itu dah bersumpah untuk menyesatkan manusia. Lupa? Nak salahkan sbb kita umat akhir zaman? Tak ade Rasulullah sbg pemimpin? Lupa lagi? Umat akhir zaman umat yang special! Orang kate, tak kenal maka tak cinta. Tapi kita tak kenal pon pesuruh Allah tu, masih boleh melaksanakan ajaran-ajarannya. Tak ke istimewa tuh?


Setiap yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya. Kesilapan menjadikan kita lebih berhati-hati dalam setiap gerak geri. Masih ada ruang kemaafan sekiranya kita membuka ruang untuk diri sendiri untuk berubah. Pintu taubat sentiasa terbuka buat mereka yang inginkan diri mereka dilabel sebagai..umat ISTIMEWA.