Friday, July 2, 2010

Aja..ajaa fighting!

Minggu lepas, minggu yang meruntun jiwa, emosi, mental dan seantero dengannya. Utusan sehelai kertas dari lembaga-lembaga yang berkuasa di tanah jajahan Menara XX betul-betul menyesakkan pernafasan.

"I SUPPORT YOU! I KNOW YOU CAN DO BETTER!"

Laungan itu seakan-akan padam sekelip mata, semangat yang membara, buusshh! kene siram dek air sejuk beku! Takpelah, biarkan..manusia, sifatnya yang gugup, gentar untuk mengaku kesalahan.. terasa macam nak ckp:

"EH KORANG2 YANG PUNYE KEJE JADI CAMNIE, THEN U ALL R THE ONE YG PATUTNYA RESPONSIBLE!"

Apa pun alasan mereka-mereka yang berkuasa di tanah jajahan, i'm FORCING maself to believe it. N..the truth is..

I'M FORCING MASELF..DAY BY DAY..TO ACCEPT IT..

Dan..mereka-mereka takkan pernah tau, dan takkan pernah nak ambil tau, dat..

I'M ALMOST LOOSE MA SPIRIT..

Yes!
I'm acting.

U are BEING shortlisted to be ma GUARDIAN! I need YOU to lend a hand..so dat i WONT fall down..but YOU are nothing!

IMPORTANT MESSAGE TO ALL THE PEOPLE UNDER CATEGORY 'YOU':
I WANNA SAY, U OWE ME A FORGIVENESS!

Thanks dad&mom, for being such an understanding n supporting parent!

Friday, June 18, 2010

*Al-kisah seorang budak*

Terkesima rasanya melihat keratan akhbar Metro bertarikh 15 Jun 2010.


Kuasa Allah siapa dapat menahan. Boleh diklasifikasikan sebagai intan terpilih dikalanganNya seawal usia setahun jagung, penulis menaburkan pujian dan kesyukuran di dalam diam. Sifat Al-fikr mula mengambil peranan dalam menterjemahkan segala yang tersirat di sebalik bibit-bibit perkataan yang dibaca laju oleh mata empat penulis. Sebagai insan yang waras, pastinya segala yang tertulis, tergambar dan terdengar mahu yang terlihat oleh mata kepala, mampu membuat hati kecil berbicara biar sekadar mengaguminya. Pastinya, anda..juga terkesan..berfikir..dan terus berfikir..

Penulis pernah bertanya bonda tercinta: Ngape eh umie, budok2 ler ning, dok makang samang sungguh, ngamok maroh2 mok pok..bla..blaa..blaa..Dulu2 anok2 umie gining jugok ker? *maap, kene gune slang tanah tumpah darah*

Bonda mengiyakan kata-kata penulis yang mana budak2 zaman sekarang, makin kurang ajar. Berdasarkan pengalaman bonda sebagai guru sudah hampir 30 tahun, banyak cerita-cerita yang dibawa pulang ke rumah untuk dijadikan topik minum petang. Penulis sendiri, hampir setiap hari melihat karenah kanak2 kecil mengamuk hanya kerna dilarang menconteng dokumen yang penting. Memangla lumrah, kanak2 kecil mengamuk, tanda protes, tanda bantahan..iyelah, nama pon budak kecil, tetapi amukan yang biasa itu jadi luar biasa tatkala mulut serta tangan kaki sama naik memprotes insan yang bertanggungjawab melahirkan mereka. Kadang deria dengar tidak dapat menahan, hati memohon agar insan kecil itu tidak terbawa-bawa keburukan sampai dewasa kelak.

Bilamana mata terpaku menatap keratan akhbar dia atas, hati mengagumi kebolehan insan sekecil itu, betapa beruntungnya. Penulis tidak mahu melebarkan kata-kata dengan membuat perbandingan dua situasi yang jauh berbeda itu. Lagipon, penulis belum mempunyai anak, tak relevan rasanya untuk membuat 'judgement'. Sekadar mengeluarkan pendapat dan luahan yang tidak seberapa.

Adios~

Wednesday, June 16, 2010

Vacation~

Pagi2 mendengar lagu Alleycats nie, best la pulak! Heee ;D Umie's fav.

Opis sunyi sepi. Mungkin masih ramai yang bercuti sempena cuti sekolah kan, bawak family berjalan-jalan. Tak ketinggalan, aku pun sama naik meng'apply' cuti ;D *walaupon xder anak lagik kan* single2 pon nk cuti jugak ape. Sebenanye dah lama apply cuti untuk vacation kali ni, sebab dah banyak kali di'warning' oleh parents dan adek2. Jadi on last Thursday (10hb) and Friday (11hb), laluan pagi2 ke opis ditangguh sementara!

9 Jun 2010:
Family arrival at Ajoe's house. Aku ditemani Nadiah ke rumah Ajoe untuk mengambil mereka untuk bermalam di Amie's house.

10 Jun 2010:
Kami bertolak dari KL-Penang around 8.30a.m. Singgah sebentar di Malim untuk bertemu salah seorang forumer, Suketani. Pak Tani *tak tau la pulak nama sebeno ape ;p* dan isteri dah sedia makan tengah hari untuk kami. Terima kasih diucapkan. Walaupon baru pertama kali bersua di alam realiti, masing2 bagai tak kekok untuk berbual mesra. Dalam pukul 4 ptg, kami meneruskan perjalanan ke USM, Penang untuk bertemu Ateh n Family yang dah lama menunggu ketibaan kami ;D Sedikit sesat, sedikit marah, sedikit sakit kepala, sedikit hangen dari driver CAR, maaf dipinta yer, maklumla..semua pon keletihan kan..emosi pon xberapa nak stabil hehe. Tapi dah kate holiday, mane boley marah2..xsyok la kan..xpe2, akan cube mengubah mana2 yang kurang di masa akan dtg! Makan malam yg enak disediakan dari Chef Beserah, Acik Yatie dan Penang, Ateh ;D walaupon aku la org terakhir makan, akibat dah terlentok awal2 pas Magrib ;p *bile ntah nk makan gulai ayam uncle...*

-rumah Pak Tani-

-hijaunye pemandangan-


11 Jun 2010:
Haa..jalan2 kali ni, xpayah drive memandangkan kami2 masih boleh disumbat di celah2 kereta yang masih available sit! Kali ni, aku menjadi penumpang Ayah Cik dan Acik Yatie. So pagi tu, kami 3 keluarga menjalankan misi perjalanan ke lokasi pertama, Wet Market Chowrasta! Sekali tgk, macam Rantau Panjang, Kelantan. Best! Xpuas jalan. Kami rehat sebentar untuk memberi laluan buat kaum Adam menunaikan tuntutan solat Jumaat. Kemudian, kami ke Padang Kota untuk makan tgh hari sementara menunggu turn untuk naek feri untuk ke seberang. Waaahh..mcm jakun jek! Maklumlaa..da 24 tahun idup, pertama kali naek feri ;p

-Wet Market Chowrasta-

-berjalan sampai lenguh-


-kids of the day-

-berferi sambil mkn angin+asap-

Di seberang, kami ke 'Coming Soon House' of Ateh's Family yang masih dalam proses membaik pulih. Rumah yang sangat cantik! Bak kate org teranung, lawas! Tu yg penting tuh, pengudaraan yang baek boleh mempengaruhi emosi juge! Tak sabar tunggu House Warming dari mereka.

-semangat mendengar taklimat dari consultant 'bertauliah'-

Perjalanan diteruskan ke Sg. Petani, dengan semangat tegar untuk makan malam di sana ;p Maka berjayalah kami dinner di Radix Pizza House. Sedap! Lepas tu, aku mmg flat truz dalam keter. Xbest betuii..pttnye nk enjoy the moment. Tp dah xlarat..mcm boleh ditahan-tahan..Sampai umah Ateh@Uncle around 11..Wat the most enjoyable day!!

-makan2-

-kenyang perut suke hati-

11 Jun 2010:
Packing! Ready to move to the next destination, Bagan Lalang! DD Forumers Gathering is waiting there! Acik Yatie pon sama naek mengemas untuk ke Malim bertemu keluarga sebelah Ayah Cik. Masa ni..si kecik, Mea ngan Wish dah sibuk2 mengekor kat belakang, nk ikut ;p Nanti next time k.long datang lame sket yee..boleh kite jalan2 lagik! Departured from USM at 9.30a.m. Bye bye! Terima kaseh yang tak terhingga buat Uncle, Ateh, Ayah Cik dan Acik Yatie! Maaf dipinta juga, sekiranya menyusahkan mana-mana pihak secara tidak sengaja.

-persons behind d scene, million thanks!!-

Arrived at Bagan Lalang at 4p.m! Jauh giler! Tak sangka ada pantai pulak kat celah2 ladang kelapa sawit ni..isk3..unsangkareable! Urusetia pon tengah santai2 tunggu ketibaan semua forumers. Siap hidang kopok lekor tuh, credit to Jambu Air!

-DD's gathering-

-disambut dgn karipap dan kopok lekor-

Perjumpaan yang penuh makna. Yang mana xkenal, jadi kenal..kira..tak dapat diungkapkan dengan kata-kata lah ;p Makan, jalan2 tepi pantai..dan mkn lagi...dan mkn lagi..pastu tgk acara kat bawah ni ;)

-dan tibe2..-

-meriah-

Mcm zombie jalan bila terima call dari Abah yg bgtau kambing golek dah siap! Fuuhh..mmg sodap! ditambah dengan jagung bakar Pak Taf4 ;D Apelagik, aku gaul sume ngan marjerin dan garam ikut sukatan rasa aku sendirik! Mlm tido..sangat la lena....

-kambeng golek berempah V3 a.k.a KGB V3-

-ikan bakar pon xketinggalan-

-youngsters of the forum!-

12 Jun 2010:
Makan lagi..packing..borak2..santai2..dan last, kami semua merakamkan gambar bersama-sama..alahai..emosi la pulak!


-We are Family!-

Dan tiba2, Jambu Air ajak semua forumers join kenduri kawen kat mane ntah..macam otw nk ke Morib..fuuhh jalan lagik..kami konvoi lebey kurang 10 bijik kete gak laa..happening! Tapi yang bestnyee, mane la kami tau ade kenduri kawen..jadik cantek sangat2 la attire kami2 ;p maap ye tuan rumah, tp apa2 pon makanan yg sgt best! Itula bezanya kenduri kampung ngan bandar. Masih penuh dengan adat dan tatasusila ;D i like!

Kemudian...tataaaa~ T.T

Sampai umah Amie dalam 3.30p.m, dan kemudian..merekaa..melambai..tataaaaa~ T.T, T.T, T.T

13 Jun 2010:
Opis. No mood.

TERIMA KASIH SEMUA! FOR BRIGHTENED MY DAYS!

Tuesday, May 25, 2010

Testing 1,2,3!

Disebabkan demo vendor yang xjadi2 kat sume site yg dilawati, satu testing telah dijalankan tgh hari semalam. Last2, cik nemo pon terlibat sekali untuk menyertai testing nie..walaupon sepatutnye xberkaitan pun ngan cik nemo, tp dah di request untuk sama2 melihat dan mencari punca sebenar masalah, tak ada yang rugi pun dalam mencari sedikit ilmu dan pengetahuan..

Tengah hari semalam, 4 org kakitangan unit PD belanja kami2 makan kambeng golek kat opis nie..Rupe2nye depa setup tempat kat Sky Garden level 18..fuuhh mmg heaven! Cik nemo yang xmkn kambeng jadik makan dek dagingnya yang xberbau dan sedap! Marvelous! Terhuyung hayang pegi testing lepas tuh..haihhh..penangan kambeng! Blom abes lagi ya, pagi2 lagik dah makan sup tulang kambeng yang dimasak wife En.Rawi..fuuhh..kompem..mmg huyung~ Kak zana goreng nasik goreng, cik nemo bawak kopok dan telur dadar..complete bekfes cik nemo pg tadi ;D

Kambeng day!!


*Tujuan utama nak tunjuk kambeng tuh jek, tiada kene mengena dengan orang yang memegang kambeng, harap maklum*
*Big Boss*

Adioss~!

Monday, May 24, 2010

K.L lagi~

Nak dijadikan cerita, Rabu lepas outstation ke Ipoh pulak, kali ni kami berkampong di Impiana hotel. Nice, cantik. Mula2 masuk dah dihulurkan dgn welcomin' tea *mule2 takot juge nk minum, ingt air bukan2..ye la..mane taknye, gelas cumey kecik, air kaler kuning2 plak tu ;p*

Gambar kat atas tu, di pagi Khamis di mana kami bersiap-siap untuk check out dan menuju ke TM RNO Ipoh. Supplier ngah ketaq lutut tuh..demo xjalan..hahaha..macam-macam..tapi apa-apa pun cik nemo nak ucapkan ribuan terima kasih buat vendor yang membenarkan kami dari pihak TM untuk sama2 menaiki kenderaan vendor untuk ke sana ;p. Big credit to En.Ezizul. Adios~!

Friday, May 14, 2010

Jumaat

Salam semua..

Jumaat yg indah, Alhamdulillah..aku panjatkan kesyukuran pada Yang Esa, kerna maseh dapat menghirup udara yang dingin di pagi Jumaat kali ini..hari yang ke 24 tahun 17 hari berada di bumi ciptaan-Nya yang agung. Terima kasih Ya Allah..perjalanan dari KL-JB-KL berjalan lancar dan aku memohon agar senantiasa berada di dalam perlindungan-Mu dan diberkati segala usaha serta penat jerih yang dizahirkan.. dan.. semoga hati senantiasa disusuli dgn niat yang ikhlas..

Thursday, May 13, 2010

K.L


Morning view from Crystal Crown Hotel (lurus aje jalannye)
*Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yg lurus*

Sekarang berlangsungnya acara persembahan dari pihak Supplier.

Ngeh2..sbenonye, dah abeh present, legaaa..Cik nemo skrang K.L (Keje Luar ;p) dan berada di TM Pelangi JB bersama-sama Vendor untuk membuat training untuk pihak RNO Johor. Bertolak 3.30p.m smlm dari opis bersama Laila dan Shurimen dari Product Manangement. Jauh upenyee JB niee..ingtkan dekat! Mmg lembik giler laa time sampai...diasak pulak dengan panggilan talipon dari Vendor yg dah sampai awal utk makan..Org lalu kot atas awan mmg laa kuat, cerdas, cergas dan aktif! Keluar makan tepi selat Tebrau, nampak S'pore kt seberang..Fuuhh..jakun betui cik nemo, xpenah sampai! Mata kuyu pon jadik cerah! Makan pulak best kat gerai yg dibawak Shurimen. So insyaAllah, sekiranya semua berjalan lancar, ptg sikit kami akan pulang ke KL semula. Smoga segalanya dipermudahkan olehNya, dan selamat sampai..Aminn~

Roger n Out~