Friday, May 9, 2014

Fasa Baru

Its been a long time...dah lama rupanya tak singgah sini..Iya, fasa baru dalam kehidupan menjengah sebulan setengah yang lepas and I'm very grateful on that, Alhamdulillah...thank you Allah! Sekarang tengah berusaha utk qadha' all those time utk bersama Fitri..terima kaseh anakku, sebab sama2 kuat dgn ibu all this while. 

Let him be LITTLE cause he is only that way for a while!
Ok, another story, I'm getting older guys! T_T
Million thanks to Mama & Mimi Fitri sbb surprise kan ibu dgn kek Blueberry yg sangat sedap ni! I luv you both so much!
My sweet 17th!
Times Up!

Pelik.
Sebab ramai yg suka menyucikan wajah,
tapi jarang menyucikan hatinya..
Salam Jumaat barakah!

Thursday, February 13, 2014

Would you let me see..

Baru perasan, takde satu pon post in 2014.

Now,
here i am! ;)

What can I say about 2014..?
Its a gud start to hear about transferring matters. Mana taknya, dah setahun bersabar dengan hidup berjauhan dengan Fitri. Sejujurnya, kadang2 perasaan putus asa tu ada menerjah..tapi aku cuba buang jauh2 dengan memujuk hati, pasti ade yang lebih baik menanti di hadapan..and as usual.. the cure is by letting the tears go down..and down...and down...seksakan bila rindu menjengah..?

Ok. Stop.
Esok dah Jumaat! Hari yang ditunggu-tunggu! Cheers!

2014 ni pon aku dapat beberapa mimpi yang agak pelik..dan mcm reminiscing all the past memory bila bangun..anyhow, its the journey dat I want to remember..for the rest of my life..so, geleng2 kepala dan senyum sendiri aje..

Hi there! Botak dh lebat!
U let all the gurls go
Makes u feel good, don't it?
Behind ur Broadway show
I heard a boy say, "Pls, don't hurt me"
U've carried on so long..
U couldn't stop if u tried it..
U've built yr wall so high...
That no one could climb it..
But I'm gonna try..
Would u let me..see beneath yr beautiful..?
-Beneath your beautiful. My song of the day-

Tuesday, December 31, 2013

Last day!

Tik tok tik tok tik tok...

Lebih kurang 16 jam lagi, dah bertukar angka tahun. How time flies...dan org akan start buat azam tahun baru...bla..bla...bla..tp actually start tahun ni, cik nemo dah set azam tahun baru ikut tahun Hijrah! So xyah set dah la kan ;p

But I do hope 2014 brings me a good news to hear! 

Prayin' for it!

Monday, November 11, 2013

Flashcards!

Again..
Million thanks to Mama Fitri sbb belikan mainan unik ni...mama jenis xsabo sabo...beli mainan yg sah2 tulis untuk budak 4 tahun ke atas...haha, its okay, Fitri boleh start to learn hopefully! W'pon kepala Rabbit mcm dah nk patah.... T_T
 

Siap ada QnA dekat belakang card and at last kami plak excited main Pop Kuiz!
How does the horse sound?
Neeighhhhhhh~~~

And when its time..
I'll leave the ocean behind..
Different World. My song of the day! 

Friday, November 8, 2013

Hobi baru..

Baru jer balik pagi Rabu itu hari, mimi Fitri dah WApp gambar hobi baru anak sedaranya..

Fitri...Fitri...
Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasik ;p

This is sooooo me!

Alhamdulillah! Dah ada tanda2 nk duduk...w'pon lambat sikit, it doesn't matter for me, as long as he shows a positive sign of growth.

Hari ni mama Fitri mungkin balik, sukela Fitri semua ada! Tak sabar nk ketemu! May Allah bless my little mujahid! Semangat bangun awal pagi ari ni, gara2 kene drive sendiri..dah alang2 bgn awal, readykan juadah nk bawak ke opis utk pot luck ari jumaat..kalau naek motor, kompem aku beli jer ;p Org surau baru nk start smayang subuh aku dah gigih kuar umah...dats y motor juga menjadi pojaan ;) Yg paling iri ati tgk abah Fitri yg maseh guling2 dgn bestnya sampai xsedar apa! Haha...Lemah longlai jer kuar umah usai memberi pesanan kpd abah Fitri yg ntah dgr ker tidak..

"Saye nk pegi opis da ni..breakfast atas meja, baju dah gantung kat situ tau..." 

Oh, "kat situ"....gelak sendiri, tunjuk beria beno, mcm la kawan tu bukak mata..

Wake up Maggie I think I got sumthin' to say to you...
Its late September and I really should be back at school...
Lalalalalala...
Lalalallalalala...
OK. Maggie May. My song of the day!

Wednesday, November 6, 2013

Terima Kasih ;)

Terima kasih nenek! Hadiahkan Fitri mainan ni ;)
Reminiscing all my childhood days with mama Fitri, Nadiah...dulu2 kami tak ada mainan mcm budak perempuan lain - barbie doll, teddy bear and so on..besides, keadaan dulu berbeza dgn keadaan sekarang. Tapi kami boleh bermain dgn gumbiranya! Paling best kalau umie bawak balik buku2 cerita baru, wahh....mmg kami xbuat keje lain, baca sambil berangan dgn kaki silang di dinding ;p lps tu gilir2 tukar buku! What a very memorable moment!

We had learnt how to seek for a knowledge to went thru life. Sbb kata ayahanda, segalanya bermula dgn ilmu pengetahuan - sikap, perbuatan mahupun cara hidup, semua memerlukan ilmu. Jangan pandang rendah org lain bila kita berilmu, kongsi! Jangan pandang rendah org yg kurang ilmu, ajar! Mungkin mereka lebih pada perkara lain dan kita kurang pada perkara itu. Ilmu lagi berharga dari duit, harta, maka jgn letakkan jurang antara mereka yg berharta dan mereka yg kurang berharta! 






Sebulan lepas kot,
kemas2 rumah, terjumpa salah satu favourite story book cik nemo - Ratu dan Kelana ;p 
Aaaaaaa! Rindu betol! Dah tua dah umur buku ni, elok lagi...tp bila sampai kat tgn Fitri, ditarik tariknya digigit gigitnya! Oh nooooo! Buku ibuuuu!

Selamat Membaca!









Ya, saya kalah, dan
anda menang!

kerna hormat saya kepada anda sgt tinggi,
 kerna sy tidak pernah inginkan pertarungan pun,
kerna saya amat sayangkan hubungan baru ini,

Yet, silent is golden!

Let it ends here.

Keep swimming...keep swimming..keep swimming~ 

Thursday, October 31, 2013

Hari ni..

hari Khamis! Yuhhuu!!
how can I not miss u my son...!

Thank you abah Fitri, WApp kan ibu picture ni ;)

Wednesday, October 30, 2013

I won't let you go..

I had a very nice chit chat at this luvly morning with my lifetime drebar. Thank you very much for being such supportive husband. Kadang2 aku pun pelik dgn segilintir manusia yg hanya nampak keburukan org lain dan yg paling sadis boleh menyampaikan pulak kat org lain.

Am I a queen control?

Only me and my lifetime drebar know. Not you. Enough.

Perhaps, can I ask you one question?

Are you good enough?

Kalau di belakang isteri sendiri pon boleh berkata-kata tentang kekurangan teman sehidup semati kau, dan boleh dikategorikan sebagai membuka aib isteri sendiri yg mana sebagai seorang suami kau sepatutnya tahu batas apa yg boleh dikongsi bersama org lain dan apa yg xboleh dikongsi, 

Are you a very good enough?

Betullah kata Prof Muhaya,

Kita tidak akan dapat membersihkan jiwa selagi kita melihat keburukan dalam diri org lain. Salah satu cara Allah memberi kebaikan pada seseorg ialah bila dia melihat kesilapan diri dan melihat kebaikan org lain. Manusia paling malang ialah manusia yg melihat kebaikan diri dan merasa diri sudah baik dan melihat keburukan org lain dan sentiasa merasa lebih baik dari org lain.

To my lifetime drebar, I'm truly sorry for what they had been said to you..semoga kita sama2 kuat dan sabar dengan karenah manusia yg tak pernah reti nak bersyukur..I promise, to always be by your side! 

Remember my son, u don't hv to keep trying to point out sumone's true colors,
they will do it themselves eventually ;)

If your sky is fallin'
Juz take my hand and hold it
U don't hv to be alone...alone..
I won't let u go
And if u feel the fading of the light
and u're too weak to carry on the fight
and all ur friends that u count on hv disappeared
I'll be here, not gone, forever, holding on!




Thursday, October 24, 2013

Be thankful and..

Be strong!

Keep swimming....keep swimming...keep swimming...

Wednesday, October 9, 2013

When sum1...

When sum1 is nasty or treats u poorly, dun take it personally..it says nothin' about u, but a lot about them.
Positive! Save ur own lil' heart! Chill~

Ok. Meeting done! One more to go for the evening. Aku harap sangat dpt close projek Shangri La ni supaya xperlu lagi nk layan karenah manusia yg xreti nk bersyukur. For me, malas nk stress, ikut jer rentak yg dah ala2 hip hop ni, sbb I need to save my own little heart before it started to burst!

Ok. Sangat lapar sekarang. Boss mcm tau2 da ajak makan, tp "xpela boss, pegi dulu..I follow" hehhe...end up aku duk merapu kat sini..arghhh mcm nk mkn Shepherd Pie! Right......lets plan for this comin' weekend!


Friday, October 4, 2013

One miracle year..

We had gone thru one miracle year..

Thank you Allah!

1st October 2013 - Happy one year old my lil' angel..may we passing more and more miracle year onwards..


I can't touch u, I can't kiss u, I can't hug u, and I can't say: thank u for being strong with me as promised..

I can't celebrate it with u..

but all I can do at this luvly mornin' is walked in to Neonatal ICU to meet ur so called 'first family' to share our greatest appreciation with them. When they saw me, they said: Fitri!

Hey, its been a year and they did remember u son! 

Melangkah kaki ke NICU mengimbau kembali saat2 getir tahun lalu. Aroma NICU, suasana NICU..membuat air mata mengalir dgn sendirinya tanpa disangka-sangka tadi..Surprisingly, nurse bagi kami masuk, bila dgr nurse2 tu panggil: Nurhidayah...Nurhidayah...Fitri! ooooohh..mmg air mata laju jek, they did remember us! Madam pulak dtg peluk....dgn nurse2 pon banjir...haiihhh...how time flies...

Kiteorg bawak juadah sikit untuk mkn pagi mereka, walaupon pemberian tu sememangnya tak dpt dibandingkan dengan keprihatinan mereka terhadap Fitri, 
Heartfelt thanks to abah Fitri, to my beloved abah and umie, to my luvly sis and brother Nadiah, Yayah, and  for all ur support, ur care, ur attention and ur luv to me to went thru life..

Kadang, ada waktunya aku menangis sendiri bila hati dan telinga tak dpt lagi menahan dan mendengar kata2 mereka yg aku harapkan dpt memberi kata2 semangat, namun sebaliknya yg berlaku. Mereka di atas lah yg senantiasa menghulurkan bahu... 

In this journey of life, even though we may begin it with difficulties, this is design of God that I appreciate and cherish! Alhamdulillah!

Monday, September 30, 2013

Kembalinya dia...

Khamis lepas, pagi2 buta lagi cik nemo terima panggilan dari umie yg mengkhabarkan berita kurang enak..perginya seorg insan yg cik nemo panggil 'tokki' untuk selama lamanya.. 

Tokki Usop, adalah tok sedara cik nemo sebelah umie. Kematian mengejut di awal pagi mengejutkan seluruh sanak saudara. Memandangkan cik nemo tinggal berdekatan dengan arwah, sepantas kilat bersiap utk melihat arwah buat akhir kalinya...

Sungguh, cik nemo baru aje bawak Fitri bulan lepas, tup tup dah takda..telinga cik nemo terngiang ngiang dgn celotehnya yg mengatakan bahawa muka cik nemo sama mcm isterinya (Tok Pah) masa muda. Masa cik nemo kawen, cik nemo kenalkan my lifetime drebar dgn Tok Pah. Magicnya, my lifetime drebar ckp, oh die dah tau mcm mana rupa cik nemo bila tua sambil tersenyum!

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah..
Amin~

(Arwah tokki Usop 3 dari kiri dan Tok Pah 3 dari kanan
lebih kurang 10 hari sebelum menghembuskan nafasnya yg terakhir...)

Al-Fatihah....

Wednesday, September 25, 2013

Insaf

Dah lama tak buat entry insafkan diri.

*****
Semalam...

Memandangkan my lifetime drebar blk lewat mlm, kerja2 buang sampah perlu di 'take over', risau ulat2 comel menari-nari exotic pulak kat dapur.

Dari jauh,

"Awalnya kakak2 cleaner ni masuk 'opis'"

Di tengah2 limbunan sampah sampah buangan penduduk, terselit 2 orang kakak lingkungan umur lewat 20an mengais-ngais sampah. Mungkin sedar dgn kehadiran cik nemo yg gigih berjalan senget membawa sampah, mereka semacam memperlahankan aktiviti yg sedang dilakukan....

OK. Tarik nafas.

...

...

...

Beberapa helai baju baby dilihat di birai tong sampah gabak tu hasil kaisan mereka sebentar tadi. Mereka semacam malu dengan kehadiran cik nemo di tepi tpt pembuangan sampah tu.

Senyum. Tarik nafas.

"Boleh letak sampah ni kat sini jer?" cik nemo cuba menghilangkan kecuakan mereka.

"Boleh boleh!" mereka membls senyuman cik nemo.

"Okay!"

Insaf.

*****

Xpayah nk angkuh sangat anak pakai baju mahal
;)


Friday, September 20, 2013

No matter how..

Bak kata Acu, nano nano pon solat jgn tinggal tau!




*****

"No mater how old you both get, never stop holding hands, never stop dancing, and never stop saying,
I love you!"

:)

***

Thursday, September 12, 2013

Wonder why..

Kan Fitri? Fitri paham ker apa ibu ckp ni?

Kata kata yang tak berapa nak pujangga sangat:

"Alahh...xpe, mulut dia kalau berckp mmg mcm tu..tp hati dia baik.."

I just wonder,
Kalau hatinya baik, takkan percakapannya begitu kan?

Wonder..wonder..wonder..

Tuesday, September 3, 2013

Reached 2 years!

Alhamdulillah!
It has been 2 years together and now we are having our junior around. Semoga Allah memberkati hubungan ini dan kekal sehingga ke akhir nya...


Sebenarnya, mmg xingat langsung hari ni! Aiyaakkk!

Hanya bila perasan petang tadi bilamana mau isi borang PMCare di klinik...bila tang tarikh tu, mcm terberhenti masa jap.. ;p nurse plak duk tercacang tunggu bila nk fill up form..haha..pusing2 tgk my lifetime drebar dtg lps park kereta...

"Abang! Ingat tak ari ni ari ape??"

Senyap.

Pastu dua2 ketawa. Sah! Mmg dua2 nyanyuk!

Happy anniversary my dear!

Friday, August 2, 2013

Book of Quote

Quote of the day yg aku rasa sangat2 dekat dekat kehidupan aku sekarang, and I am truly agree of it!

"Stay away from people who talk BAD,
       these KINDS of people carry a NEGATIVE spirit,
    The problem is,
They are NOT HAPPY with themselves!"

Salam Jumaat Ramadhan terakhir :D


Sunday, July 28, 2013

Salam 10 Ramadhan terakhir..

Forgive often,
And luv with all ur heart,
Becoz...
U may not know,
That u may not hv the chance again..
 
Hi there!!

Friday, July 26, 2013

26/7

Cukup2 sebulan blog ni hidup kembali!

Memang nmpak sgt la kan semangat nak update blog tuh mmg tak berkobar-kobar pon! Apa-apa pon belum terlambat utk mengatakan Salam Ramadhan kepada semua sahabat (..w'pon lagu raya dah berkumandang sana sini..), dah lebih separuh bulan pon...ayuh, kita tingkatkan amalan di hari-hari terakhir Ramadhan ni!

Apa yg beza Ramadhan kali ni dengan Ramadhan yg lepas - dulu bertiga, skrg berempat.

ok. tutup mulut. kecilkan mata anda balik.

Fitri belum nk dpt adek lagi ngeh3...Ramadhan dulu Fitri maseh dikendongan, Ramadhan kali ni tiap2 hari dapat peluk cium, alhamdulillah! Terima kaseh Ya Allah! Ramadhan kali ni, Fitri bawak acunya sekali berpuasa di KL, jadi ibulah satu satunya kaum hawa kat rumah tu...Terima kaseh acu, hanya Allah yg dpt membalas segala budi yg dicurahkan buat kami sekeluarga :)

Macam biasa, bila tiba bulan puasa, time paling mencabar mustilah time sahur kan...bgn awal pagi utk masak buat kakanda dan adinda terchenta..betul lah kata org, bila kita buat sesuatu dengan penuh kasih dan sayang, segala penat lelah tak terasa! W'pon tido satu hari average 4 jam (..my routine had totally changed!) bgn dengan minda yg separuh sedar berjalan ke dapur...bila dah start masak, mengantuk tu hilang! Magic!

Bila tgk mknn yg dimasak habis, sakit urat pulak terus hilang! Lagi magic!! Itulah hikmatnya kan? Masa ni lah nak cari pahala lebey hihi!